Jaga hati itu sangat susah! Jika hati terjaga, insyaALLAH semuanya akan baik. Jaga hati itu banyak cara, pilihlah yang mana mudah. Rosakkan hati juga banyak cara, janganlah dipilih walaupun satu cara.
Wednesday, 22 June 2011
Memori indah
Kau telah lama pergi
Kau telah bawa pergi hatiku
Kau telah bawa kenangan kita............
Tiada yang tinggal
Yang ada Cuma memori
Kau telah curi hatiku
Dan kini kau telah membawanya pergi
Untuk selama-lamanya
Yang ada Cuma lagu kenangan kita
Menemani aku di setiap pagi
Menemani aku di setiap petang
Menemani aku di setiap malam......
Di setiap perjalanan ini
Tiada lagi kau di sisi
Yang ada buah hatimu
Yang selalu menemani ku
Yang selalu tersenyum pada ku
Di wajahnya terukir setiap manis wajahmu.....
Di setiap tingkah lakunya tergambar sifat-sifat mu...
Patutkah aku bersedih atau tersenyum
Di setiap pemberianmu.............
Seharusnya aku bertuah punya teman yang menemani
Seharusnya aku bersyukur aku punya cahaya hati
Yang selalu menghibur hati ku di kala suka n duka
Rindu rindu rindunya aku kepadamu tidak terkata
Sepi sepi sepi aku tanpa mu...............
Kebahagian kita cukup sampai di sini.....
Namun kebahagian ku bersama mutiara mu
Baru bermula...........
Aku hanya mampu mendoakan dirimu..........
Aku hanya mampu menghadiahkan dirimu
Dengan doa didalam setiap sujudku kepada
Yang Maha Esa...........
Kau tetap dihatiku
Walau kita tidak akan bersama
Untuk selama-lamanya
Antara kau dan aku
Ada dia buah hatimu
Menjadi pengikat kasih n sayang kita
Friday, 17 June 2011
Jejaka dan Gadis
Jejaka : Hai awak,
Gadis : Yup, npe....
Jejaka : Boleh kenalan k,
Gadis : Yup, npe....
Jejaka : Boleh k,
Gadis : Kalau tak boleh , cmne... apa yang nak awak lakukan?
Jejaka : Jangan lah sombonk
Gadis : Kalau saya sombonk, awak nak buat cmne?
Jejaka : Boleh lah
Gadis : Yang awak nak sangat berkenalan tuh kenapa n apa sebabnya
Jejaka : Senang je jawapannya, sebab saya suka kat awak itu je
Gadis : Itu bukan jawapan yang nak saya dengar dari awak.
Jejaka terpinga-pinga, dia ni waras k, nak jawapan apa lagi....
Gadis : kalau setakat suka je, itu tak memadai bagi saya
Jejaka : ???? Bengang
Gadis : Kalau awak tak dapat jawap, awak baliklah dulu dan fikir2kan lah dulu n then jumpa saya lagi jika kita ada jodoh.
Jejaka : Hish2 gadis nih buat aku bengang, nak jawapan apa lagi.......
Gadis : Awak, jumpa lagi.......
Jejaka : ???? awak ni serius k............
Gadis : kerana seriuslah ini, aku bagi soalan itu kat awak so cmne nak sahut cabaran tak?
Jejaka : ok2 nanti saya bagi tahu apa jawapannya......
Gadis itu pun berlalu n tersenyum sebab dia dapat mengenakan jejaka itu, sebab jawapan yang diberikan itu dah memang jawapannya, saja gadis itu nak bagi tekanan kat jejaka itu, dah terkena lagi si jejaka dibuat oleh si gadis........
(Namun jawapan yang pasti yang nak didengar oleh si gadis itu adalah aku menyukaimu kerana Allah, itulah jawapannya ).
hihihihi.............
layan lagi..........
hihihihi.............
layan lagi..........
Sabar itu indah
Setiap kali hanya diriku yang mengambil tahu tentang dirimu namun jauh sekali dia tak pernah mengambil tahu atau ambik peduli tentang aku, aku pun tidak tahu di mana salah n silap aku, dia semakin jauh berubah, dulu masa belum kenal dia bukan main berjanji akan selalu dekat dihati dan tak akan pernah mengecewakan aku namun mengapa sekarang dia telah banyak berubah, apakah aku yang bersalah?, entahlah.
Dulu dan kini aku tetap menunggu dan terus menunggu, aku tetap berpegang pada janji yang telah kami buat, aku tak sanggup mengingkarinya. Adakah aku begitu setia sehingga dia sanggup berpaling tadah dari aku.
Teganya dia bila mengatakan kepada aku yang dia tidak menyintai diriku, sungguh pedihnya hati ini bila mendengar kata-katanya itu, bagai pisau menusuk hatiku ketika itu. Namun aku tetap tidak berpaling darinya, namun akhirnya aku tewas juga bila aku menerima surat perpisahan dari dirinya. Aku menangis siang dan malam bila mengenangkan semua itu.
Mengapa dia sanggup tinggalkan aku setelah aku berkorban kasih dan sayang, mungkin jodoh antara kami hanya sampai disini saja, apakah aku perlu mengundurkan diri. Entahlah, hanya itu yang mampu aku katakan.
Sunyinya aku ketika ini, tiada lagi gurau senda dari dirinya. Tiada lagi senyuman yang manis dari dirinya, akhirnya aku sendiri lagi.
Ya Allah Ya Tuhan ku begitu berat dugaan yang ENGKAU berikan kepadaku, tak tertanggung rasanya.
Airmata ku mengalir lagi saat aku melihat gambarnya, sedih n sayunya hatiku, namun apa lagi yang boleh aku buat selain melepaskannya pergi, walau berat di hati ini untuk merelakannya pergi dari hidupku.
Mungkin itu lah cinta yang harus aku lepaskan untuk selama-lamanya, namun aku telah redha untuk segala-galanya, ku harap dia bahagia dengan keputusannya untuk meninggalkan aku .
Lalu kaki melangkah pergi meninggalkan dirinya namun semua kenangan pahit dan manis sewaktu kami bersama, itu tetap aku simpan di sudut hati aku ini, tak mungkin aku akan membuangnya begitu mudah, aku bukannya insan yang begitu kejam, entahlah.
Namun semua itu membuat aku lebih tabah dan bersabar dalam apa jua keadaan. Menjadi lebih sabar mengharuskan kita membuka hati kita pada saat ini yang derita tidak selama-lamanya.
Bahkan bila kita harus menderita hanya kesabaran mampu membuat kita mampu bertahan walau diuji beribu kali sabar juga menjadi kunci agar perjalanan hidup ini bisa meraih tujuan hidup, untuk menjadikan diri kita orang yang tenang dan penuh kasih sayang. Semakin kita sabar, semakin dapat menerima hidup ini apa adanya bukan semakin memaksakan hidup ini persis seperti yang kita kehendaki. Tanpa kesabaran, hidup pastilah akan membuat kita sengsara dan menderita. Kita akan mudah merasa tidak aman dan terganggu, dan juga merasa disakiti.
Jika langit hendak runtuh,
Bagaimana jari hendak menahannya,
Kita hamba yang dibatasi takdir,
Di situlah noktah segala tadbir.
Sesungguhnya sabar itu indah,
Didikan terus daripada Allah.
Ujian itu penebus dosa,
Meningkatkan darjat,
Menambahkan pahala.
Senyumlah jika ujian itu mendatangi kita
Bersabarlah kita dengan apa adanya
Dengan kesabaran dan disusuli dengan keimanan
Kita mampu mengubah segala-galanya
Subscribe to:
Posts (Atom)

