Thursday 9 June 2011

Menangis kerana tidak dapat menangis...



Tidak ada kata-kata yang dapat saya gambarkan perasaan saya buat masa ni.. Sungguh,saya rindu untuk menangis.. Menangis atas nama rindukan ALLAH..Menangis atas nama mensyukuri nikmatNya,menangis atas nama takut akan kebesaranNya dan menangis atas nama cintakan DIA... Mungkin sahabat-sahabat semua dapat bayangkan betapa jauhnya saya sekarang kan? Betapa kerasnya hati ini...Kerana tidak mampu lagi untuk menangis...Tapi itulah hakikat.. Segunung perasaan segan menyelubungi diri ini ketika artikel ini dicoret.. Tapi itulah realitinya.. Itulah kenyataan..

Saya tidak tahu kenapa hati ini,air mata ini amat payah untuk menitis.. Menitis kerana takutkan ALLAH..menitis kerana rindu akanNya... Masih ingat sewaktu saya masih menjadi pelajar UMS,air mata tidak segan silu untu menitis.. Menitis menghitung dosa...dan menitis menghitung nikmat yang diberikan..

Kemana hilangnya saya..? Terlalu jauhkah saya tersasar sehingga hati ini begini keras..? Banyak sangatkah dosa-dosa yang saya lakukan sehinggakan air mata ini tidak mahu lagi menyebelahi saya? Bedebar rasa hati,sejuk kaki tangan,bergetar jari jemari bila memikirkan keadaan diri ini sekarang.. Kata-kata naqibah suatu petang di surau UMS bermain dan berlegar difikiran saya..

“Jangan zalimi diri sendiri.. Sayangkan diri sendiri..”
Zalimi diri sendiri? Nauzubillah..tidak.. Saya tidak sanggup.. Saya tidak mahu tergolong dalam golongan yang alpa... Hidayah yang diberikan dibiarkan pergi begitu sahaja.. Tidak Ya ALLAH.. Namun,saya tetap lemah.. Meraba-raba di dalam kegelapan.. Seolah terumbang ambing di lautan yang luas.. Di mana salahnya? Di mana pincangnya?

Ya ALLAH..aku hambaMu.. manusia yang diciptakan dengan penuh kelemahan.. Dengan sejuta kedaifan.. Tanpa petunjuk dan sinar hidayahMu aku hina di atas bumiMu.. Kau gengamlah tanganku agar aku dapat terus bertatih.. Merangkak dalam dunia Mu yang penuh pancaroba ini.. Aku tidak kuat tanpa kekuatan MU..Aku bodoh tanpa kepandaianMU,aku hina tanpa rahmatMu..

Ya ALLAH,yang maha mengetahui isi hati..yang lebih dekat dari urat nadiku.. Aku hanya memohon kepada Mu kerana hanya Engkau yang layak untuk menerima perpohonan Ku,kerana Engkau adalah ALLAH..satu-satunya tuhanku yang layak dah wajib disembah.. Ya ALLAH,jangan biarkan aku terus hanyut mengejar dunia sehingga melupakan akhirat Mu,sungguh Ya ALLAh,aku manusia yang cepat alpa dan terlupa dan Engkaulah Maha Mengetahui segala sesuatu..

YA ALLAH,jika kesusahan adalah jalan terbaik untuk aku terus kembali kepada Mu,terus menyusuri jalanMU,terus memperoleh kasihMu,terus mendapat rahmatMu,aku redha Ya ALLAH,andai itu yang dapat mendekatkan aku dengan Tuhan Ku Yang Satu... aku terima segalanya dengan hanya terbuka kerana cinta ini hanya untukMU.. Aku mohon..tersangat bermohon kepadaMU... Tetapkan hati ku ini dijalanMU..kerana kesudahan ku nanti hanya Engkau men
getahuinya... Amin..






Sumber dari : http://wardahnailah.blogspot.com