Sunday 25 September 2011

Sahabat

JAGALAH

JAGALAH FIKIRANMU KERANA FIKIRANMU AKAN MENJADI UCAPANMU

JAGALAH UCAPANMU KERANA UCAPANMU AKAN MNEJADI PERBUATANMU

JAGALAH PERBUATANMU KERANA PERBUATANMU AKAN MENJADI SIFATMU

JAGALAH SIFATMU KERANA SIFATMU AKAN MENJADI KARAKTERMU

JAGALAH KARATERMU KERANA KARATERMU AKAN MENENTUKAN NASIBMU

Saturday 17 September 2011

Jangan bersedih

Jangan bersedih
Sekiranya waktu tidak memihak di antara kita

Jangan bersedih
Sekiranya masa tidak memihak di antara kita

Jangan bersedih
Sekiranya tiada pertemuan di antara kita

Jangan bersedih
Sekiranya tiada jodoh di antara kita

Jangan bersedih
Sekiranya kecewa yang memihak diantara kita

Jangan bersedih
Sekiranya derita yang memihak diantara kita

Jangan bersedih
kerana Allah lebih tahu tentang kita
kerana Allah lebih memahami kelemahan kita
kerana Allah lebih memahami kekuatan kita
kerana Allah lebih mengerti siapa kita
kerana Allah lebih mengerti di mana kedudukan kita
kerana Allah Maha Pemurah
kerana Allah Maha Penyayang


Jangan bersedih sesungguhnya
Allah mengetahui segalanya
Walau di mana kita berada
Kita tidak pernah terlepas dari PandanganNYA.................

Wednesday 14 September 2011

ku menunggu

Ku menunggu
Dan terus menunggu
Sedangkan ku tahu
Kau tetap tak kan kembali

Ku menangis
Dan terus menangis
Sedangkan ku tahu
Kau tetap tak kan kembali

Ku pujuk hati
Dan terus memujuk
Sedangkan ku tahu
Kau tetap tak kan kembali

Lalu datang sebuah harapan
Menyapa lembut di dasar hati
Lalu berkata tidak kah penantianmu
Suatu penantian yang sia-sia

Bukalah pintu hatimu
Bukalah pintu harapanmu
Bukalah pintu senyumanmu
Bukalah pintu peganganmu
Tidakkah selama ini
Ianya penantian yang sia-sia

Dirimu bukan sendiri
Dirimu punya teman
Teman yang memberi
Sebuah harapan
Sebuah kedamaian
Sebuah kasih dan sayang
Bukalah sekali lagi
Agar dirimu selalu bahagia.....

Airmata ini
Tetap mengalir saat aku melepaskan
Kau pergi untuk selamanya.....