Sunday 12 June 2011

Cinta ke dua


Sambungan 2 – Cinta ke dua


Tidak pernah terdetik dihati ini untuk menyambut segala kemungkinan bila ia membicarakan tentang cinta, kasih dan sayang, semuanya membuat hatiku berdetik seperti jam berbunyi.

Asyiknya mengapai cinta di awan yang penuh dengan warna-warni hingga aku terlupa berpijak di bumi yang nyata. Seharusnya aku telah tersedar dari mimpi yang lena yang hanya indah didalamnya namun diluarnya penuh dengan kelukaan.

Aku hanya bisa menangisi kesedihan ini, yang tak mampu aku buang dari hatiku ini, entahlah! Apakah aku harus bersemuka dengan dirinya dan berterus  terang, lebih baik aku batalkan niat aku nak berjumpa dengan haris hari ini, kenapa tiba-tiba hati aku nih tak kuat untuk berjumpa dengan dirinya, adakah aku telah menyedari yang antara kami tak mungkin bersama.

Lebih baik aku minta tolong kat acik, semoga dia dapat tolong aku nak selesaikan masalah ini.
Mana acik nih, tadi suruh dia kejutkan kita dia pula yang tidur, hish2 acik kalau bab tidur memang nombor satu. Kasihan pula aku nak kejutkan dia, baik aku selesaikan sendiri problem aku nih. Tapi macam mana ya, takkan aku nak call haris, susahnya kalau begini.
Baik aku jumpa haris, dari aku bingung macam orang tak tentu arah, baik aku pergi bersiap sebelum haris datang ambik aku.

Beberapa minit kemudian.......

Dah sampai pun haris, baik aku pergi dulu.

Wah kacaknya haris hari ini, nih yang buatkan aku tak dapat melupakannya, ( hati kecil ku berkata , aku dah mula buang tabiat lagi nih). Nak buat macam mana kalau  hati ku berkata begitu.

Hai nisa, long time no see, awak ni makin cantik la nisa.

Kau nih haris kalau bab memuji memang terror sangat.

Jom kita bertolak.

Haris, kau nak bawa aku pergi mana nih, dari tadi diam biasanya mulut kau tuh tak pandai diam kenapa hari ini senyap je dari tadi. Haris kau ada masalah , kalau kau ada masalah bagi tahu lah kat aku nih, takkan dengan aku pun kau nak berahsia.
Aku memang ada masalah nisa, tapi aku tak boleh bagi tahu kat kau nisa, sebab masalah ini terlalu peribadi.

Tak apalah ris kalau kau tak nak terus terang , aku tak nak paksa.

Jangan marah ya nisa, kalau aku dah sakitkan hati kau tuh.

Tak marah pun aku nih, bukannya aku budak kecik selalu nak marah, tak kuasalah aku nak marah kat kau tuh, buang masa aku nak marah. Lebih baik kita pergi ketempat yang nak kau bawa aku, takkan kau dah lupa tujuaan kau nak bawa aku pergi jalan-jalan takkan kita jalan2 makan angin je nanti kembung perut aku nih.

Sorry2 ya nisa aku terlupa, asyik sembang2 terlupa lak tujuaan sebenar aku nak bawa kau kat  tempat istimewa tuh so sorry banget ya nisa.
It’s okay la haris, tak apa-apa pun, aku tak kesah pun.
Jom dah dekat pun tempat yang kita nak pergi, mesti nisa terkejut  kalau kita sampai nanti.

Kau nih haris buat suspen je kat aku nih, macam2 ada kat kepala kau tuh nak kenakan aku, silap-silap bukannya special sangat tempat tuh, balik2 kat tempat mamak roti canai. Huhhhhhh, ciannya aku nih tak ada class langsung.
Janganlah gitu nisa, kedai mamak pun ok la tuh, ada class juga kan.
Class kau kata, hish2 kau nih ris memang seleramu dah teruk sangat, cian kat girlfriend kau tuh kalau dapat pakwee yang seleranya teruk sangat.
Kau nih nisa, memandang rendah lah dengan aku, mentang2 lah aku nih tak punya apa-apa.
Siapa makan lada dialah terasa pedasnya, cian ris dah terasa k,
Hahahaha..................
Kau nih nisa memang nak kena sekeh, nanti siapa yang nangis tak henti2, mulut kalau dah bercakap memang tak pandai stop.


Okay2, aku berhentilah nih.


Dah lapar sangat nih, dari tadi asyik bertekak dengan kau nih sampai perut aku mengaummmmm.
Hahahaha.......

Yelah tuh nisa, mengaum macam mengalahkan singa yang dah lapar sangat. Hahahaha......

Sakit dah perut aku nih ris, cepatlah memandu, takkan tak sampai2 lagi, hish2 kau nih ris, cakap tadi dah dekat, yang tak sampai2 ni kenapa?.

Sabarlah sekejap nisa, kau nih pun satu tak pandai bersabar.

Memanglah aku tak boleh sabar, dah berbunyi perut aku nih dari tadi.
Sabarlah sekejap lagi nak sampai.

Ha’ah dah sampai pun, macam mana cantik tak tempatnya, mesti ternganga mulut nisa. Hahaha......

Ris, ini tempat kau cakap cantik, hish2 kau nih ris memang tak pandai cari tempat yang baik, balik2 restoran mamak yang kau nak pergi, tak ada tempat lain ke dari tempat ini.

Cantiklah tempat nih, ada laut dan ada bintang dan juga ada bulan yang menemani kita berdua nih, kat tempat lain mana ada semua tuh.

Yela tuh ris hencem, memang tuh lah je yang kau tahu, asyik restoran mamak tak ada tempat lain ke.


tunggu cerita seterusnya..... & layan lagi cerita ini.......daaaaaaaaaa

BERITA GEMBIRA DARI TUHAN

Kisah Orang-Orang Yang Di Tolong Allah

Kisah pertama;

Pada zaman Rasulullah s.a.w, hiduplah seorang yang berwajah sangat buruk, namanya Dzun Namrah (namrah ertinya wajah berbintik-bintik). Pada suatu hari, dia menemui Rasulullah s.a.w.
  
“Ya Rasulullah, amal-amal apakah yang telah Allah wajibkan kepadaku?” tanya Dzun Namrah.

Allah telah mewajibkan kepada kamu tujuh belas rakaat setiap hari, berpuasa bulan Ramadan, haji ke Baitullah kalau mampu, dan berzakat,” jawab Nabi.

“Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan kebenaran, selain kewajipan-kewajipan itu, aku tidak akan melakukan lainnya, “ Kata Namrah.

“Mengapa begitu, Wahai Dzun Namrah ?” tanya Nabi.

“Kerana Dia telah menciptakanku berbentuk buruk dan bermuka jelek ini!”.

Pada saat itu Jibrail turun menemui Nabi dan berkata: “Ya Rasulullah, Tuhanku berkata: “Sampaikan salam dariku kepada Dzun Namrah dan katakan padanya, “Mahukah Allah menjadikanmu tampan berwajah seperti Jibrail pada hari kiamat nanti saat kamu dikumpulkan?”

Rasulullah s.a.w. menyampaikan khabar gembira (Bisyarah) dari Allah melalui Jibrail kepada Namrah.

Setelah mendengar kata itu, dia berdoa: “Ya Allah, aku bahagia! Tuhanku, Demi Keagungan-Mu sungguh aku pasti akan melakukan amal baik dan soleh supaya Engkau reda”.


Pengarah Dari: Mahdi Shahib Hunar
Penterjemaah: Syahrin Jasah
Mungkin kita seringkali berfikiran bahawa seseorang yang telah bergelimang dosa dan hanyut dalam lamunan, tidak akan diampuni lagi oleh Allah, meskipun setelah bertaubat dan mengharapkan rahmatNya. Dengan cara berfikir seperti ini, kita malah kian terperosok ke dalam lumpur dosa. Sebaliknya, Allah pasti akan mudah menolong, memaafkan dan mengampuni hamba-Nya jika benar-benar bertaubat.