Tuesday 9 August 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ziarah
Salam Ukuhuwah
Untuk pertama kalinya
kaki ku melangkah
Untuk pertama kalinya
kaki ku menyentuh
di tanah mu Ya Allah


Salam ziarah
Salam ukuhuwah
untuk pertama kalinya
aku memandang ciptaanMU
untuk pertama kalinya
aku terpegun betapa luasnya
anugerahMU


Salam ziarah
Salam ukuhuwah
Ramadhan ku berlabuh di sini
Ramadhan ku bertamu di bumiMU Ya Allah
Sejuta doa ku panjatkan kepadaMU Ya Allah
Sejuta kesyukuran ku panjatkan kepadaMU Ya Allah
ternyata ramadhan ku yang pertama tidak pernah sia-sia


Salam ziarah
Salam ukuhuwah
LambaianMU mengajak aku 
hadir di salah satu pintuMU


betapa tangan ku tak semudah kaki melangkah
ke destinasi Ramadhan Al-Mubarak


Salam ziarah
Salam ukuhuwah
Ramadhan Al-Mubarak

Perancangan Allah


Mungkin ALLAH dah takdirkan kehidupan kita sama, Cuma berbeza. Awak dengan kehidupan awak, dan saya dengan kehidupan saya. Saya mahukan jati diri yang hebat seperti awak, awak mahukan suasana hidup saya. Tetapi, apa yang kita nak, bukan semua yang kita akan dapat. ALLLAH bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
ALLAH letakkan awak dalam situasi sebegitu, sebab ALLAH nak letakkan saya dalam situasi begini. ALLAH susun dah cukup baik. ALLAH tahu awak kuat untuk hidup dalam kehidupan awak dan saya lemah jika saya berada dalam situasi awak.
Saya tak kuat dan tak hebat macam awak, sebab itula ALLAH letakkan saya dalam zone yang selesa dan selamat. Alhamdulillah. Bukan bermakna ALLAH letakkan awak dalam zone itu, ALLAH tak sayang awak, tetapi ALLAH lebih sayang. ALLAH beri kita ujian sebab mahu tingkatkan taqwa dan tebalkan iman kita.
Kan ALLAH ada kata bahawa DIA tidak akan membebankan hambaNYA luar dari kemampuan kita! Jadi, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita dapat. Jika tak mampu bersyukur dengan nilai yang kecil, mesti lagi susah mahu bersyukur dengan nilai yang banyak. Jika tak syukur bimbang akan menjadi kufur nikmat pula. Minta dijauhkan!
Awak….tolong jaga hati baik-baik tau. Awak jangan rosakkan dia, kalau ada luka, cepat-cepat sembuhkan, kalau ada cela, cepat-cepat hapuskan.


Semoga apa yang kita rancang tetap di kotak kawalan kita, jagalah hatiku dan aku akan menjaga hatimu....sebaik-baiknya kerana hati kita milikNYA....janganlah kita sia-siakan....

Tanda-tanda kematian



Adapun tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke ahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali Kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allahualam,






Sumber dari:  Blog Jalan Akhirat