Sunday 21 August 2011

Cinta Anis suraya - 2




11

Andai hadirnya cinta sekadar  untuk mengecewakan lebih baik cinta itu tidak pernah hadir.

Maafkan aku zarul jika pemergiaanmu penuh dengan kekesalan, tidak terniat untuk aku melukakan hatimu, maaf jika selama ini aku telah mengecewakan hatimu, kerana cinta kita terluka. Maaf seandainya aku telah membuat hidupmu menderita.

Maaf seandainya kedatangan aku nih begitu lambat untuk menjengukmu ditempatmu beradu, semoga Allah mencucuri rohmu dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Mengapa airmata ini tidak bisa berhenti, apakah aku layak hadir disini sedangkan selama ini aku yang terlebih dahulu meninggalkan dirimu, anis yang begitu mudah berpaling dari cinta kita, maafkan anis untuk kesekian kalinya.


Seharusnya anis tidak patut memijak tanah ini kerna anis tidak layak untuk hadir walaupun dirimu telah tiada untuk selama-lamanya, apakah anis perlu pergi jauh dari sini untuk selamanya, akhirnya aku tidak dapat melihat wajahmu untuk selama-lamanya, apakah aku begitu tamak kerna masih mengharapkan dirimu dan diwaktu yang sama hati ini telah mula menyukai fuad, adikmu sendiri, apakah aku begitu ego kerna menghadirkan cinta hadir di hati ini jika ia menambah kekecewaan di hati ini.   

Aku perlu membuang cinta ini untuk selama-lamanya, jika hanya melukai hati aku dan fuad, lebih baik aku cari jalan penyelesaian yang sewajarnya, aku tak nak melukai hati insan yang lain.

Bagaimana aku melupakan dirimu jika dirimu telah jauh dari ku, seharusnya aku sedar, dia hanya kenangan lalu yang seharusnya aku  buang dari hatiku namun  semakin aku buang hati ku terasa sakit, sakit sekali dan entah kali keberapa airmata ku mengalir lagi di saat kesalahan yang telah aku lakukan, cinta tidak selalunya kita dapat dan tidak semestinya berakhir dengan kebahagian, apa yang paling ku kesali aku tidak bisa membuang namamu dihati ku, sedangkan hati aku telah tumbuh cinta pada yang lain, apakah aku begitu tamak.


I will never be forget you when you give me a lot happiness and smile, how can i forget you. I never stop thinking of you n never forget n i don’t wanna say goodbye to you.

Kenapa lah aku hari ini begitu sentimental sangat, apa yang aku nak sekarang, begitu banyak benda yang nak aku fikirkan. Hati aku dah bulat untuk tinggalkan tempat ini, aku nak bawa hati aku pergi jauh dari negara ini, aku nak pergi untuk selama-lamanya.


“Elise, aku dah membuat keputusan yang aku nak pergi ke luar negara aku nak sambung belajar kat sana”.


“Kenapa tiba-tiba kau nak pergi ke sana anis, sampai hati kau tinggalkan aku kat sini”.


“Bukan niat aku nak tinggalkan kau elise, tapi aku terpaksa dan lagi aku tak nak tinggal lama-lama kat sini, aku tak nak berjumpa dengan fuad”.


“Sampai begitu sekali kau ambik keputusan anis, tak kan sebab kau tak nak jumpa dengan fuad, kau nak lari dari dia, tak kan tak ada jalan lain”.

“Kalau boleh dalam seminggu ini anis akan bertolak dan aku harap kau tak akan bagi tahu fuad aku nak pergi dari sini ?”.


“Baiklah anis kalau itu dah keputusan yang telah kau buat, aku tak boleh nak buat apa, aku nak larangpun dah tak ada gunanya lagi, aku harap kau tak mengambil keputusan yang akan membuat kau menyesal tak sudah”.
“Buat masa ini itu adalah jalan terbaik antara kami, aku  tak nak dia terima aku sebab terpaksa, dan lagi aku masih ingat lagi kat zarul, aku tak nak hati aku berbelah bagi memikirkan cinta antara mereka berdua, hati aku dah sakit sekarang ini”.

“Memang pun susah, tiada jalan yang mudah bagi mengatasi sesuatu masalah, kau bersabarlah anis, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa kau dan fuad.”

Anis telah bertekad akan meninggalkan tempat ini. Tiada lagi ruang antara dia dan fuad, semuanya telah jelas dan nyata antara mereka tidak mungkin bersatu.

Berat kakinya melangkah pergi namun itu lebih baik dari memendam duka lebih lama lagi, seharusnya dia lebih awal mengambil keputusan ini, tapi semuanya terlambat untuk mengubah apa yang telah berlaku antara dia dan fuad.

Sebelum aku nak bertolak, aku akan tinggalkan sekeping surat untuk tatapan fuad, semoga dengan cara ini dapat juga meringankan beban dihatinya.

Sedih ? sekuman perasaan itu masih terbuku dihati yang membuat dirinya dihimpit kelukaan bagi mengenangkan yang dirinya akan meninggalkan insan yang baru dicintainya sekali lagi, namun aku harus kuat melawan semua ini, bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
******
Ke hadapan fuad sahabat ku yang tersayang.....
Sesungguhnya ketika kau membaca surat ini aku telah pergi jauh dari tempat ini dan aku memohon maaf seandainya bicara ini akan membuat hatimu bertambah luka, tak terniat untuk aku melukai hatimu namun ini adalah jalan yang terbaik antara kita.
Aku harap janganlah kau cari aku lagi, biarlah kesudahan cerita antara aku dan zarul cukup setakat ini dan jangan lah di tambah derita lagi, tentang wasiat zarul, aku tak dapat untuk melaksanakannya, aku harap kau mengerti dengan keputusan ini.
Jagalah dirimu selalu dan aku akan tetap mendoakan kebahagianmu bersama insan yang kau sayang.
Dari temanmu Anis Suraya.

Sampai hati anis tinggalkan aku sendiri di sini, mengapa dia sanggup buat aku begini. Tiba-tiba hati terasa sakit sekali bila memikirkan anis telah pergi dari hidupnya. Apa yang harus aku lakukan sekarang ini. Di mana aku nak cari anis?.