Sunday 10 July 2011

CINTA ANIS SURAYA


1

Perjalanan kita masih jauh untuk hidup bersama, lagipun antara kita amat jauh berbeza, aku gadis miskin yang tak punya apa-apa berbanding dirimu punya segala-galanya.

Aku terpaksa memilih jalan ini untuk memutuskan perhubungan kita atas desakan orangtuamu yang tidak merestui perhubungan kita. Aku berharap suatu hari nanti dirimu akan mengerti mengapa aku terpaksa memutuskan perhubungan kita. Mungkin ini jalan terbaik untuk kita berdua. Aku berdoa agar dirimu selalu bahagia bersama pilihan orangtuamu.

Esok dirimu akan bersanding diatas pelamin bersama gadis pilihan orangtuamu dan aku amat mengharap semoga dia akan membahagiakan dirimu.
  
Tentang aku, usahlah dikau risaukan, pandai-pandailah aku membawa diri, senangnya bercakap sedangkan aku belum masih dapat  melupakan dirimu , begitu lama kita berkawan selama 3 tahun, mana mungkin aku begitu mudah melupakan dan membuang dirimu dari hidupku, memang mudah mengatakan tidak namun amat payah untuk melaksanakannya.

Emelda sedapnya nama gadis yang dapat membahagiakan dirimu, yang dapat bersanding disampingmu. Bukannya diri ini  yang dapat bersanding di samping dirimu,  begitu mudahnya janji kita terlerai begitu sahaja.

“Oiii Anis !!, kenapa duduk termenung ni fikirkan siapa ni dari  tadi aku panggil tak dibalaspun”.

“Oh  elise rupanya ! sorry , anis tak dengar elise  panggil, maaf ya”.

“Aku nak tanya ni aku harap kau takkan marah”.

“Apa dia elise ? apa benda nak kau tanya ni macam serius je bunyinya, aku takkan marah”.

“Begini anis esokkan hari persandingan zarul, kau tak nak kesana ke ?”.

“Kau ni elise tanya lagi kat aku soalan itu, manalah sampai hati aku nak kesana, nanti tak pasal-pasal aku kena maki dengan orangtua zarul, biarlah elise aku tak nak hancurkan persandingan zarul, biar hatiku ini terluka yang penting aku tak nak lihat zarul lihat aku mengalirkan airmata sedangkan aku masih lagi menyayangi dirinya “.

“Kenapa? Anis tak terus terang kat zarul, yang sebenarnya anis masih lagi sayang dan cinta , kenapa anis harus membohongi diri sendiri”.

“Biarlah elise dah memang suratan takdir aku tak ada jodoh dengan zarul nak buat macam mane”.

Aku harus melupakan zarul didalam hati aku, tapi apakah aku dapat melupakan dirinya yang sangat ku cintai, begitu mudahkah hati ini meninggalkan semua kenangan yang terindah bersama dirinya, tapi  dalam hati kecil ini, aku tak mampu membuang dirinya dari hati aku , biarlah masa dan waktu mengubah segala-galanya, kenangan aku dan dia biarlah tersemat dihati ini, aku tak nak paksa hati aku untuk melupakannya, mana mungkin cinta pertama aku begitu mudah nak dilepaskan.

 Tiga tahun kemudian.

“ Cik Anis Suraya, ada phone dari encik fuad berkenaan tawaran harga barang yang diminta dari syarikat trus jaya “.

“Ok la anne, tolong sambungkan”.

“Ya saya anis suraya dari syt. Medan jaya, boleh saya bantu encik fuad “.

“ Begini cik anis,  semalam saya telah berjumpa dengan boss cik anis berkenaan harga barang tapi sampai sekarang saya belum terima harga barang tersebut so if u don’t mind can u give me the goods price about that things “.

“ Encik fuad boleh bagi saya masa untuk saya settle kan perkara ini sebab saya nak berbincang dengan boss saya terlebih dahulu, kalau tiada halangan saya sendiri berjumpa dengan encik fuad so how about that?”.

“ Ya saya setuju, so saya akan tunggu kedatangan awak, i hope u don’t forget about that “.

“ Encik fuad jangan risau nanti saya akan bawa document tersebut dengan seberapa segera, so don’t worried it will be finised as soon as possible “.


----------------

Mengapa harus dikenang cerita lama jika ianya akan menambah derita di hati namun aku tak bisa menghilangkan kenangan aku dan dia, adakah aku begito egois kerna sampai sekarang aku masih ingat kepada dirinya,  semoga dia bahagia bersama insan yang menyayangi dirinya, bagaimana keadaan dirinya ketika ini, mengapa aku harus mengingatkan dirinya, seharus aku dah melupakan semua itu, itu yang aku nak dari dirinya, masih terbayang disaat waktu kami berpisah, dengan berat hati dia melepaskan aku, aku nak buat macam mana aku terpaksa mengatakan kata putus untuk kebaikan kami bersama.

“Anis, apa yang kau menungkan dari tadi, asyiknya mengelamun sampai aku datang pun kau tak sedar, ada masalah ke kawan aku nih”.

“ Semalam kan elise, aku ada berjumpa dengan seorang client yang baru sebab sebelum ni aku tak pernah jumpa dengan dia ni, orangnya boleh tahan juga tapi kuat mendesak malas aku nak layan dengan kerenah yang kuat memaksa tak boleh nak sabar”.

“So kenapa pula kau yang tension anis, kalau dah memang perangainya begitu kita bukan boleh buat apa-apa pun so sabar lah “.

“Hello cik elise aku bukannya tension sesangat, no way dengan perangai dia begitu buat apa aku ambik kesah, banyak lagi aku nak fikir dari memikirkan mamat yang satu itu “.

“Hai anis ! , takkan mamat itu tak de nama asyik kau panggil mamat “.

“Namanya sedap juga elise,  Fuad Hisyam.

“ Wah-wah tadi bukan main nak tension bila fikir pasal budak fuad tu sekarang ni dah lain bunyinya dah memuji”.

“ Kau ni kan elise selalu kenakan aku macam begitu, tak kuasa  aku nak puji dia, yang aku puji tu namanya bukan orangnya “.

“ Betul ke begitu anis atau kau dah terpikat dengan budak fuad “.

“ Sorry bebanyak ya cik elise, aku tak ada masa nak layan bab jiwang-jiwang ni baik aku pergi solat dulu dari aku layan kau ni buat aku bengang”.

2

“ Cik, Boleh saya berjumpa dengan En.Fuad Hisyam dan saya Anis Suraya dari Syt. Medan Jaya ".

“Sila tunggu ya cik Anis Suraya nanti saya maklumkan kat En.Fuad".

“En.Fuad ada seorang gadis nak berjumpa dengan tuan dan namanya ialah anis suraya dari syt. Medan Jaya".

“ Ok moon bagi dia masuk dah lama aku tunggu kedatangan anis suraya itu, so tolong buatkan air kopi untuk anis suraya”.

“ Baiklah tuan nanti saya panggilkan cik anis suraya”.

“ Cik Anis silakan masuk, encik fuad dah lama tunggu cik anis “.

Thanks.

“Sila duduk cik anis”.

“ Oh ya berkenaan harga yang encik fuad minta hari itu dah saya siapkan kalau tak keberatan baik encik fuad semak dulu dan kalau ada masaalah tolong bagitahu kat saya dan kalau tak ada bolehlah encik fuad tandatangan surat perjanjian ini”.

“Sabarlah dulu cik anis, nanti saya semak perjanjian harga itu dan kalau tidak ada masalah nanti saya akan tandatangan so if you don’t mind i will keep this agreement before i give to you,  hope you don’t mind”.

“ Boleh saja encik fuad, kalau begitu saya balik dulu sebab saya ada lagi kerja nak dibuat kat pejabat so kalau ada masalah just call me at the office”.

“ Cik anis tunggu lah dulu, kita minum dulu sebelum cik anis balik ke pejabat”.

“ Tak apalah encik fuad, saya dah minum kat rumah, lagipun saya tidak biasa minum semasa menjalankan tugas baik diluar atau kat dalam pejabat itu adalah prinsip saya. Tapi kalau kita berbincang diluar pejabat tak menjadi masalah”.

“ Jumpa lagi encik fuad, kalau tak ada masalah dengan sebut harga yang yang telah ditetapkan just call me at the office as soon as possible”.

“Tegas juga cik anis ni, tak boleh dibawa ajak minum,  macam nak mengelak dari aku dan nada suaranya pun bukan main main serius je bunyinya”.

“Hish kenapa dengan aku ini, takkan aku dah terpikat dengan anis suraya, is so nice name".

“Baik aku teliti harga barang ini and then boleh aku bagi cepat kat anis dan bolehlah aku jumpa dengan dia lagi, hish macam mengharap sangat aku nak berjumpa dengan anis ini".

“Tapi macam pernah aku nampak wajahnya sebelum ini tapi dimana ya aku pun tak tahu di mana dan bila. Wajahnya mengingatkan aku kat seseorang tapi aku dah lupa”.

Jauh di sudut hati aku tiba-tiba timbul perasaan yang susah nak aku tafsirkan, semacam je rentaknya, entah kenapa dan mengapa lain je bunyinya, entah-entah tapi takkanlah hati aku  begitu mudah tak dapat aku jaga, but sometimes you don’t know how hard life that you can’t reach when or wihtout someone you love.
  
3

Malam ni tiba-tiba aku teringat  kat zarul, macam mana keadaannya sekarang ni tentu dia bahagia dengan isterinya dan dah mempunyai cahayamata. Hish kenapa dengan aku ni, mengapa aku harus ingat kat die lagi sedangkan dah tiga tahun lamanya aku tak pernah berjumpa dengan  dia lagi. Apa haknya aku nak ingat kat orang yang dah beristeri.

Tapikan wajah zarul dan fuad macam seiras saja, tapi takkan zarul dan fuad mempunyai pertalian sedangkan selama aku berkawan dengan zarul tak pernahpun dia cerita dia ada abang or adik. Mungkin pelanduk dua serupa.  Lagipun perwatakan mereka jauh berbeza.

“ Elise ni tak balik-balik lagi dari tadi, semenjak dah berteman tak pernah duduk dirumah asyik berkepit dengan boyfriendnya, jeles pula aku dibuatnya”.

Biarkanlah dia, kalau itu yang membuatnya bahagia. Aku harap perhubungan mereka sampai ke jinjang pelamin. Takkan aku nak tunggu dia sampai balik, mata aku dah mengantuk ni. Lebih baik aku tunggu sekejap lagi tentu dia dah nak balik.

Lagipun elise tak ada bawa kunci, kasihanlah kalau dia tertidur kat luar rumah. Padan mukanya kalau tertidur kat luar, kalau dah bercinta tak ingat kat kawan yang duduk kat rumah macam orang gila menunggunya balik.

Baik aku dengar lagu maher zain supaya aku tak mengantuk menunggu elise ni, panjang umrnya baru saja aku sebut namanya balik juga dia ingatkan  nak dengar lagu sebelum dia balik.

“Wah2 elise semenjak kau dah berteman ni dah tak ingat aku lagi. Selalu juga kau tinggalkan aku kat rumah  sendiri “.

“Kasihannya aku dengar kawan aku seorang ni, hari itu aku dah bawa kau keluar sekali tapi kau tak nak takut konon nanti kacau daun. Kalau tak boleh juga aku kenalkan kau dengan seseorang, dia ni best friend kamarul”.

“Biarlah elise aku sendiri, aku tak nak kusutkan fikiran aku ni tentang nak berteman cukuplah sekali aku terluka aku tak nak terluka kedua kalinya. Lagipun aku  tak berminat”.

“Elise, pergilah kemaskan diri and then bolehlah kita tidur sama-sama, aku dah mengantuk tunggu kau ni. Kalau aku tidur dari tadi dah aku bermimpi yang indah-indah”.

“Ok la anis, sekejap lagi aku nak tidur pergilah tidur dulu nanti aku menyusul kemudian, sorry sebab tunggu aku balik, lain kali tak payahlah tunggu aku”.

----------------

Semenjak hari itu hubungan aku dengan fuad semakin hari semakin rapat aku pun tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan fuad nih, mungkin itu dah ketentuan Tuhan , kita mampu merancang namun Tuhan yang menentukan segala-galanya. Perhubungan kami masih terbatas hanya sekadar kawan tak lebih dari itu. Mana mungkin fuad tu boleh suka kat aku, aku ni taklah istimewa sangat lagipun dia  orang berada aku hanyalah gadis biasa yang tak punya apa-apa , kami begitu jauh berbeza.

Biarlah perhubungan kami seperti biasa, takkan aku nak berterus terang kat dia, malulah aku nanti kalau dia  tahu nanti aku dah mula terpikat kat dia secara diam-diam. Cinta memang susah ditafsirkan, ia hadir tanpa kita minta.

Aku harap fuad takkan perasan tentang perasaan aku terhadapnya. Entahlah aku pun takut nak bercinta lagi, takut akan kecewa lagi.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan pangilan telephone, siapa call aku ni ?, alamak fuad baru saja aku teringat kat dia, macam dia tahu saja aku ingatkan dia.

“ Hello n Assalamualaikum anis”.

“ Walaikumussalam fuad”.

‘Apa hal kau call aku ni, ada apa yang aku boleh tolong?”.

“Seriusnya bunyi anis, macam nak telan aku saja takkan aku tak boleh call kau kecuali lah kau tak sudi nak berbual dengan aku ni anis”.

“Bukan begitu maksud aku lah fuad, aku tanya saja takkan kau tak kenal aku dah memang begitu gaya aku”.

“Tak bolehkah kau lembut sikit bila bercakap dengan aku ni anis. Macam nenek2 saja bunyinya gadis satu nih”.

“ Hish kau ni fuad, macam mat kepoh saja, kalau tak nak dengar aku cakap gitu, janganlah cakap lagi senang”.

“Direct to the point fuad, apahal kau cari aku ni takkan nak berbual saja tanpa maksud apa-apa”.

“Aku nak ajak kau pergi lunch, nak tak anis aku dah ada kat bawah ni so turunlah kita lunch sama-sama”.

“Fuad, tunggu aku kat bawah sekejap lagi aku nak turun”.

“Kita nak makan kat mana fuad?”.

“Kat tempat biasalah anis, kenapa kau nak pergi tempat lain ke ?, boleh juga kalau nak tukar selera”.

“Tak adalah fuad, aku tanya saja kat mana tempatnya ?”.

“Jomlah aku dah lapar nih, tak sabar nak makan free hari ini”.

“Baiklah tuan puteri anis suraya”.

“Anis aku nak tanya tapi kau jangan marah dan jangan salah faham dengan pertanyaan aku nih”.

“Kau nak tanya apa fuad, kalau boleh aku jawap, aku akan jawap tapi kalau tak boleh aku harap kau takkan paksa aku nak jawap ya fuad”.

“Pernah tak anis jatuh cinta pandang pertama, adakah sekarang nih anis dah berpunya, nanti boyfriend kau marah dengan aku sebab ajak aweknya keluar makan”.

“Kenapa kau tanya aku tiba-tiba soalan itu fuad ?, aku mana ada boyfriend untuk pengetahuan kau, siapalah nak kat aku nih”.

“Aku tanya saja sebab nak tahu la cik anis manis, tak ada maksud lain pun sekadar nak ambik tahum tak kan itu salah cik anis”.

“ Fuad, memang aku  pernah jatuh cinta dengan seseorang, tapi jodoh antara kami tidak ada, lagipun dia dah kawen so tinggallah aku sendirian, nak buat macam mana, dah nasib badan”.

“Macam mana dengan kau fuad, pernah tak falling in love, biar anis teka mesti pernahkan. Lelaki tampan macam kau nih mesti banyak awek beratur-atur nak berkenalan dengan kau, maklumlah kacak”.

“Tak adalah anis, aku tak pernah jatuh cinta lagi sebab tak ada yang nak kat aku ni. Semua awek jual mahal kat aku ni maklumlah tak kacak”.

“Aku salah dengar ke ni fuad, aku tak percayalah selama ini kau tak pernah jatuh cinta. Lelaki macam kau ni mesti banyak gadis berebut-rebut nakkan kau”.

“Mesti kau yang jual mahal, betul tak fuad ? ”.

“Nak jual mahal apa pula, memang betul lah aku cakap ni anis. Kalau tak percaya aku tak boleh paksa, sebab terlampau banyaklah tuh buat aku pening nak pilih, so dari aku pening memikirkan yang mana satu yang berkenan di hati, baik aku bujang je lagi senang” .

“Anis boleh tak aku tahu, siapa lelaki yang pernah bertakhta di hati anis ?”.

“Kenapa juga kau nak tahu ni fuad, tak payahlah nothing special about that, jom lah kita makan, sekejap lagi anis nak sambung kerja ni, awak tu tak pe kalau lambat kerja sebab anak boss, tak ada yang nak mare kat kau tu fuad, lainlah macam aku nih, kerja makan gaji kalau tak kerja tak ada duitlah ceritanya”.

“Baiklah cik  anis manis, jom-jom kita makan nanti aku hantar kau balik ya”.

Begitulah anak boss tak boleh selalu curi tulang nanti tak ada yang respect kat boss yang selalu malas buat kerja.

“Kau ni anis selalu cakap begitu, kan kita ni sama saja tak ada yang berbeza, kau saja yang suka membandingkan perhubungan kita”.

“Aku bukanya apa fuad, aku ni nak sedarkan diri aku dengan siapa aku berkawan taklah suatu hari nanti aku lupa diri”.

“Jomlah kita balik nanti boss aku marah memanjang sebab aku lambat balik kerja”.

4

“Di mana aku lihat gambar anis ya, kejap aku fikir dulu dimana ya, hish susahnya nak aku ingat nih, memang sah aku nih jenis pelupa, benda senang begini pun aku boleh lupa”.

“Ah aku dah ingat, gambar anis pernah aku lihat di dompet abang zarul semasa abang zarul sibuk date dengan seorang gadis yang sangat dicintainya. Patutlah macam pernah aku lihat anis, rupanya dia bekas kekasih abang zarul tapi kenapa boleh putus sedangkan mereka saling mencintai”.

Aku mesti  siasat hal ini, tapi macam mana ya aku nak siasat sedangkan anis  sangat berahsia. Nak tanya kat abang zarul, abang dah tinggalkan fuad selama-lamanya.  Setahu fuad, abangnya masa tu teringin nak berkahwin dengan anis dan bukannya dengan emelda kenapa tiba-tiba abang buat keputusan nak berkahwin dengan emelda. Mesti ada yang tak kena ni.


Abang zarul semenjak kahwin tak pernah tidur kat rumah asyik keluar saja. Nak kata tak kawen tak juga sebab dah kawen pun. Tapi abang  zarul memang tak bahagia dengan perkahwinannya sebab abang tak pernah mencintai emelda. Tapi abang terpaksa berkahwin dengan emelda disebabkan pertunangan telah dibuat semasa mereka kecil oleh ibu-bapa masing-masing.

Abang pernah cerita kat fuad tentang hal ni, tapi dimana ia akupun dah lupa dimana tapi yang penting aku nak tahu cerita disebalik semua ini. Baik aku tanya kat mama tapi mama tak ada sekarang ni, mama asyik sibuk memanjang apatah lagi dengan ayah.

Tapi yang penting aku nak tanya kat anis tentang hal ini , nak buat strategi macam mana nak buat anis buka mulut untuk bercerita tentang perhubungan antara abangnya dengan anis.

Mula besok aku nak atur startegi, hish aku nih macam nak pergi berperang pula siap dengan strategi. Tak sabar nak tunggu hari esok , hari esok pasti aku tunggu.

Macam aku pula yang ternanti-nanti jawapan cinta, memang kes teruk ni, takkan aku dah jatuh cinta kat anis suraya, cantiknya nama secantik wajahnya. Kalau jatuh cinta apa salahnya lagipun anis belum berpunya, akupun apa kurangnya belum terikat. Apalah aku nih kan tadi aku nak siasat tentang anis, yang aku pergi melencong tempat lain kenapa pula, dah mula buang tebiat aku nih”.

Tersenyum sendiri, tapi yang itu belakang cerita yang penting sekarang , aku nak tanya kat anis tentang cerita disebalik kisah percintaan antara abang zarul dengan anis.  Semoga aku dapat jawapan dari anis.

-------------

“Anis macam mana hubungan kau dan fuad ada dah berkembang ke”.

“Macam begitulah elise tak ada yang istimewa sangat, lagipun antara aku dan dia hanya sekadar seorang kawan tak lebih dari itu. takkan aku yang nak lebih-lebih dari dia, setahu aku dia anggap aku macam biasa just a friend not more than that. Lagipun aku takut nak bercinta lagi takut pisang berbuah dua kali. Dah serik aku dibuatnya elise”.

Biarlah begitu sahaja aku tak nak paksa hatiku untuk mengemis cinta seorang lelaki, biarlah berlalu begitu sahaja kata orang kalau ada jodoh akan bersatu juga.

Antara aku dan fuad tu bagai langit dan bumi tak mungkin akan bersatu.

“Kau ni anis terlalu merendah diri tak semua lelaki kaya begitu, kadang-kadang ada juga orang kaya yang baik hati dan tidak pernah merendahkan  taraf seseorang”.

“Tak tahulah elise, aku tak boleh nak cakap apa-apa, lagipun ingatan aku terhadap zarul masih ada walaupun kami dah lebih 3 tahun berpisah aku masih ingat lagi kat die. Biarlah masa mengubah segala-galanya, walaupun sekarang ni aku dah mula suka kat fuad tapi tak bermakna aku dah lupakan segala-galanya walaupun zarul dah berkahwin namun kenangan manis antara kami masih lagi diingatan”.

“Buat apa lagi kau ingat kat zarul tu anis, dah 3 tahum dia tinggalkan kau.
Takkan kau masih ingat kat dia”.

“Elise, bukan dia yang tinggalkan aku tapi aku yang tinggalkan dia sebab aku dah berjanji dengan orangtuanya yang aku akan tinggalkan zarul, ibunya nak aku putuskan perhubungan kami kerana kami tidak sepadan dan lagipun zarul dah bertunang. Kalau aku tak tinggalkan dia dulu mesti aku dah bahagia sekarang bersamanya, tapi aku tahu perkahwinan tanpa restu orangtua takkan membawa bahagia”.

“Aku terpaksa putuskan perhubungan kami demi orangtuanya. Aku tak nak zarul jadi anak derhaka akibat kesombongan aku. Aku tak nak dia lupakan ibu yang bersusah payah membesarkannya. Aku tak nak rosakkan perhubungan antara ibu dan anak, sebab itu aku rela berpisah dengan zarul masa itu”.

“Elise, kau kan tahu aku tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu,  ibu telah meninggalkan aku semenjak aku kecil lagi dan aku dibesarkan oleh ayah seorang diri”.

“Takkan gara-gara kau tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu kau sanggup lepaskan zarul”.

“Aku sayangkan ibu zarul tu elise macam ibu aku,  aku tak nak lihat ibunya susah hati gara-gara aku elise, aku tak nak buat begitu. Lagipun zarul dah ditunangkan dengan emelda sejak kecil lagi,  aku tak nak rampas kebahagian orang lain. Aku bukannya jenis perempuan yang materialistik”.

“Bersabarlah anis, mungkin ini dugaan buat kau dan setiap dugaan pasti ada bahagia yang menunggu dan jangan pernah putus asa, anggap itu semua cuma perkara kecik, macam kita nak makan gula-gula”.

“Apa pula kaitannya dengan makan gula-gula, kau nih elise ada-ada je lah nak buat aku tergelak je dibuatnya, sudah-sudah lah tuh, cerita dah tamat nantilah kita sambung lagi”.

5

Jika keikhlasan kasih sayang yang di berikan telah tidak dihargai maka biarkan ianya berlalu. Jangan kita ada dendam dengan apa yang telah dia lakukan tapi terus doakan moga dia bahagia dengan apa yg dia inginkan. Terima lah hakikat kehidupan manusia boleh berubah sikap dengan sesaat walau kita telah mengenali menyayangi dirinya sekian lama.

Kenapa abang zarul tulis begini, adakah kata-kata ini dia tujukan untuk anis, apakah anis yang telah berubah hati sehinggakan memutuskan perhubungan antara mereka. Banyaknya persoalan yang terlintas di benak fikiran aku ni, tak sabar aku nak tahu cerita sebenarnya antara abang zarul dan anis.

Tapi sekarang susah aku nak keluar dengan anis, anis selalu menghindarkan dirinya dari berjumpa dengan aku, kalau begini susahlah. Dah lama aku tak keluar dengan anis, macam mana keadaan dirinya sekarang ni. Anis dah lain benar sikapnya terhadap aku, aku dah buat salahkah.

Tiap kali aku telephone mesti miss call, dia sengaja nak elakkan diri dari aku, mesti ada sesuatu sampai dia tak nak hiraukan lagi kat aku ni. Kenapa pula aku yang terasa sedangkan antara aku dan dia tiada apa-apa. What’s wrong with me, kenapa hati aku berdebar-debar bila menyebut namanya.

Something going on with my heart.

Best pula lagu ni dari kangen band, pujaan hati. Setiap baris lirik-liriknya membuat hatiku terasa bagai nak selalu dekat dengan seseorang tapi siapakah dia.

Esok aku nak hubungi anis lagi harap-harap dia akan call aku. Jangan nanti dia buat perangai macam selalu. Dah buang tabiat gayanya kalau begini.
Aku nak dia terus terang kat aku tentang segala-galanya, aku harap dengan pertanyaan aku kat anis  tak akan mengecewakan hatinya sebab aku nak ungkit kisah silamnya yang tersemat kat dalam hatinya.

Aku harap aku takkan membuat dirinya rasa terganggu, tapi betul kah keputusan aku ni nak bertanya kat anis tentang sebab mengapa mereka berpisah dahulu. Lagipun aku tak pernah berterus terang kat anis yang aku sebenarnya adalah adik kepada zarul bekas kekasihnya.

Macam mana ya ?, aku nak berterus terang ke tidak ni, wah tadi bukan main bersemangat nak tanya kat anis tiba-tiba pula terasa takut.

Baik aku terus terang kat dia , tentang siapa aku sebenarnya so taklah dia terkejut nanti. Aku harap keputusan aku ni tidak memeranjatkannya.

Baik aku telephone anis dulu supaya esok aku boleh berjumpa dengan anis.

“Hello n assalamualaikum anis ada tak ?, boleh saya bercakap dengan dia sebentar”.

“Ini dari mana ya?  sebab anis buat masa ni tak ada, dia keluar dengan kawannya, belum balik lagi. Ni siapa ya?

“Saya fuad pakcik, kawan anis, dah lama ke anis keluar?.

“Tak baru saja keluar, mungkin lama lagi anis tu nak balik, pakcik harap anak fuad telephone anis balik”.

“Baiklah pakcik nanti fuad call dia balik”.

Mungkin ayahnya baru datang dari kampung sebab selama ini tak pernah aku nampak ayahnya. Hish sibuk pula aku nak tahu semuanya.

Kalau begini tak boleh lah aku jumpa dengan anis esok , tapi nak buat macam mana, lagipun masih ada masa lagi nak aku bongkarkan segala-galanya. Nanti aku call lagi dia esok, harap-harap dapat bercakap dengan anis.

Hari ini aku nak pergi mana, sunyilah asyik duk kat rumah ni tak ada kawan kalau abang zarul ada mesti best, dapat lepak sama-sama.  Mama dan ayah pagi –pagi dah keluar rumah, tak habis dengan meeting sana sini, tinggalkan aku sendiri dirumah kalau ada adek beradik yang lain tak apa juga, mesti tak sunyi”.

Baik aku ajak borhan jalan-jalan hope dia ada kat rumah sekarang ini.

“Hello borhan ! aku nih fuad, aku nak ajak kau keluar minum, aku borink kat rumah nih, aku jumpa kau kat rumah setengah jam lagi, see you at the moment”.

“Hai bob !, dah lama tunggu aku ke , sorry terlambat’ .

“Kenapa cari aku ni fuad, biasanya bukan selalu kau call aku ini mesti ada apa-apa ni yang nak kau cerita kat aku ni, betul tak fuad”.

‘Macam mana kau tahu aku ada problem, ya bob”.

“Hai fuad ! macam la kita baru kenal saja, kita kan  dah kenal lama dari kita kecil lagi, Ikan di darat aku tahu mana jantan n betinanya, inikan kawan baik aku nih”.

Kau tahu tak bob? Rupanya bekas kekasih abang aku tuh adalah anis yang pernah aku cerita kat kau tuh”.

“Yang mana satu nih fuad, aku dah lupa lah, kau ada cerita ke kat aku, setahu aku belum pernahlah”.

“Ya ke bob, mungkin aku dah terlupa, tapi tak apalah nanti aku cerita satu persatu kat kau, aku ni bob memang pelupa”.

“Baguslah begitu fuad, kau terangkan kat aku  satu persatu, barulah aku faham, dan bolehlah aku bantu yang mana boleh aku bantu”.

“Aku ada berjumpa dengan bekas kekasih abang aku namanya anis, itupun secara kebetulan masa aku berjumpa dengan anis atas urusan kerja. Mula-mula aku tak perasan dengan anis tuh tapi lama-lama wajahnya macam pernah aku lihat”.

Yang menjadi soal tanya kat aku nih adalah  macam mana aku nak cakap kat anis tentang abang fuad.

“Kenapa kau tak terus terang kat anis saja tuh fuad senang cerita, borhan pun memberikan cadangan’.

“Aku tak tahu nak mula dari mana bob sebab anis tak pernah tahu aku adalah adik kepada abang zarul, kalau anis tahu macam mana ? nanti dia pergi jauh tinggalkan aku”.

“Fuad, kau nak tanya kat anis tuh tentang abang fuad or tentang perasaan anis kat awak tuh fuad”.

“Apa yang kau merepek nih bob, mestilah tentang abang aku tuh takkan tentang perasaan anis kat aku, lagipun antara kami tiada apap-apapun just a friend not more than that”.

“Tapi cara kau cakap tuh bukan begitu maksudnya atau kau dah jatuh hati kat anis”.

“Tak mungkin aku jatuh cinta dengan anis tuh bob, No way”.

 Adakah aku telah jatuh cinta kat anis, detik hatiku berkata, wajarkah aku jatuh cinta dengan bekas kekasih abang aku sendiri.

“Aku nak jumpa  dengan kau ni bob nak hilangkan tension kat kepala aku, nih bukannya nak tambahkan kusut kat kepala aku nih”.

“Sabar fuad jangan sampai begitu sekali, aku cadangkan kau pergi jumpa kat anis dan cuba terangkan kat anis satu persatu, insyaAllah anis akan faham. So pandai-pandailah macam mana nak jelaskan tentang semua yang bermain kat kepala kau tuh fuad, kalau tak cuba macam mana nak tahu tentang hati dan perasaan anis kat abang kau tuh fuad ".

“Besok call dia dan ajak dia pergi dinner dan cakap terus terang so bolehlah kau nak selesaikan masalaah ini, lagi cepat lagi baik”.

“Baiklah bob,  nanti aku call anis, by the way thanks so much kerna sudi dengar masalah aku nih".

“Your welcome kawan, aku cuma dapat bagi nasihat dan pandangan yang lain kau kena  fikirkan macam mana nak selesaikan probem kau tuh”.
  
6

“Semalam ada orang cari kau anis, siapa namanya ayah dah lupa, jap ye ayah ingat dulu. Oh ya namanya fuad, tapi dia tak bagi tahu kenapa dia telephone, fuad cakap nanti dia akan telephone balik.

“Tak apalah ayah nanti dia call balik kalau ada perkara yang penting nanti”.

Kenapa lah c fuad cari aku, dah lama juga kami tak berjumpa hope tiada yang penting sangat.

Macam mana agaknya dia, dah dekat 1 bulan aku tak berjumpa dengan dia hope perasaan aku kat dia takkan ada lagi. Seharusnya itu jalan yang terbaik. Tak mungkin aku akan mencintai seseorang lagi, aku tak ingin kecewa untuk kedua kalinya lagi.

Dering2, phone aku berbunyi, siapalah call aku malam-malam ini.

‘Hello n assalamualaikum , ya siapa nih ?”.

“Hai tak ingat suara aku lagi ke, tak kan begitu mudah kau dah lupakan aku anis, ciannya aku nih, ada seseorang tuh dah lupakan kita”.

“Mana ada, kau nih fuad ada-ada saja, kenapa kau call aku nih? Ada berita penting ke sampai tak boleh kau call aku esok”.

“Boleh tak kita berjumpa esok, aku ada hal nak bagitahu kat kau anis tak boleh bagitahu kat phone nih so esok kita jumpa ya”.

“Perkara apa yang penting sangat tuh sampai tak boleh kau bagi tahu kat phone nih”.

“Adalah anis, nanti esok aku bagi tahu, sorry sebab dah ganggu kau tidur anis, kau pergilah sambung tidur kau tuh semoga dapat mimpi yang indah”.

Hati ku berdebar-debar menunggu hari esok, kenapa ya? Apa yang hendak fuad katakan kat aku, Apa yang penting sangat sampai hendak jumpa aku. Moga-moga esok tiada masaalah akan timbul. Tak sabar pula aku tunggu hari esok semoga sukses hendaknya.

“Dah lama kau tunggu aku anis, sorry terlambat sikit sebab ada kerja yang hendak disiapkan hari ini juga”.

“Apa hal yang hendak kau tanya kat aku ni fuad, tak sabar anis nak tahu nih dari semalam lagi buat anis tak tidur lena’.

“Sabar lah anis, kita pesan minuman dulu baru kita cerita”.

“Baiklah fuad, kita minum dulu n then baru kita cerita”.

“Anis nak pesan apa-apa selain nak minum”.

“Tak apalah fuad, anis tak lapar lagi nanti lah dulu  baru aku pesan apa yang nak aku  makan”.

“Kita bincang dulu apa yang fuad nak tanya  kat anis”.

“Anis, aku harap kau tidak akan terperanjat dengan apa yang hendak aku bagi tahu, fuad harap kau tak akan mengelak dari apa yang akan kau dengar, Fuad harap anis akan terima dengan tabah or jangan rasa kecewa diatas apa yang hendak fuad katakan nanti’.

“Anis kenal tak dengan zarul fatah?

“Macam mana fuad kenal dengan zarul fatah, macam mana dan dimana fuad kenal dengan zarul fatah”.

“Begini anis, zarul fatah itu adalah abang fuad”.

Tiba-tiba anis merasa pening dan  merasa kepalanya terasat sakit,  dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya . Terasa dunianya tiba-tiba berhenti, mana mungkin zarul dan fuad adalah adik beradik.

“Anis are you okay?, sorry jika tiba-tiba pertanyaan aku nih buat anis terasa lain semacam,  sorry anis kalau tiba-tiba fuad tanya soalan yang susah nak anis ceritakan tapi  fuad tak berdaya nak simpan rahsia ini lama-lama. Fuad mengharap agar anis dapat  berterus terang tentang semua yang tejadi antara anis dengan abang zarul”.
  
“Kenapa fuad baru sekarang kau berterus terang kat aku ini. Kenapa tak dari awal lagi kau berterus  terang. Kalau aku tahu zarul tuh abang kau, mungkin anis akan berfikir banyak kali untuk kita teruskan perhubungan kita”.

‘Kenapa anis cakap begitu, apa kaitannya dengan hubungan kita. Bukan kah kita hanya sekadar kawan dan tak lebih dari itu, alamak kenapa pula aku cakap begitu kat anis, hish apalah aku nih nak tambahkan sakit hati anis je “.

“Kau tak akan faham fuad, apa yang anis rasa sekarang ini. Aku nak minta diri dulu, aku tak sedap badan”.

“Tunggu lah dulu anis, aku belum habis cakap lagi”.
“Apa lagi yang hendak kau mahu dari aku nih fuad, tak cukup ke lagi semua ini, kau nak apa lagi dari aku nih, belum puas lagi ke kau sakitkan hati aku nih”.

“Sebenarnya anis, aku hendak tahu mengapa abang zarul dan anis boleh putus hubungan sedangkan setahu fuad, kalian saling cinta”.

“Itu tak perlu kau tahu fuad, bukan masalahmu so jangan nak pandai-pandai sebuk dengan hal orang lain”.

“Salahkah ! kalau fuad ingin tahu, sedangkan zarul tuh abang aku, salahkah jika fuad ingin tahu apa yang terjadi antara kalian berdua, aku hendak tahu mengapa semua ini bisa berlaku, apa masalah sebenarnya”.

“Fuad, kau tak perlu tahu dan mengapa ini terjadi, anggaplah antara kami tiada jodoh, so please stop it”.
‘Anis, please just tell me? Susah sangkat ke kau nak cakap kat aku nih, aku bukannya nak minta apa-apapun Cuma penjelasan dari anis tuh je”.

“Sorry fuad, I have to go”.

Anis tanpa pedulikan fuad memanggil, dia terus berlari keluar dari restoran tanpa melihat apa-apa pun di sekelilingnya.

Tiba-tiba boommmmm, fuad kelam kabut mencari bunyi itu, tanpa di duga rupa-rupanya anis telah dilanggar kereta dan banyak darah keluar dari kepala anis.

Fuad kelam kabut melihat anis, terbaring tanpa bergerak langsung.
Anisssssssssssssssss

Fuad tergesa-gesa membawa anis ke hospital, Ya Allah Ya Tuhan ku tolonglah selamatkan anis semoga tiada apa-apa berlaku terhadapnya.

“Doktor tolong selamatkan anis, please doktor”.

“Sabar En.fuad, insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya jadi tolonglah bersabar”.

“Lamanya juga anis kat dalam bilik emergency dah 2 jam dia didalam”.

“ So doktor macam mana dengan anis doktor”.

“Begini en.fuad, anis baru je menjalani pembedahan so dia dah melepasi keadaan yang kritikal tapi buat masa sekarang dia belum sedarkan diri lagi, kita tunggu dulu, sehari dua ini macam mana keadaa anis, Cuma dia perlukan rehat yang banyak”.

 Ya Allah Ya Tuhanku sembuhkanlah anis dan aku akan sanggup buat apa saja asalkan anis cepat sedar. Jika ada apa-apa yang berlaku terhadap anis tak mungkin dia akan memaafkan dirinya sendiri. Sekarang aku hanya mengharap agar anis lebih kuat untuk cepat sembuh dari kesakitan yang dirasainya.

Seharusnya aku lebih sabar dan tidak terlalu mengikut perasaan, apa yang telah aku buat terhadap anis tidak mungkin akan ku maafkan diri sendiri. Namun aku harus berdoa kerna hanya doa yang dapat menyembuhkan anis.

Dan aku harus kuat dalam menghadapi dugaan yang telah Tuhan bagi terhadap aku dan bukannya menyalahkan takdir semata-mata.
  
7

Dua hari telah berlalu, dan aku terus menunggu dan menunggu, tiba-tiba belum sempat aku sampai kat  pejabat, tiba-tiba telephone berdering, “ hello ya, oh ayah, kenapa call fuad awal pagi nih ayah?”.

“Fuad, datang kejap kat pejabat ayah, ada perkara yang nak ayah bincangkan dengan fuad “.

“Baiklah ayah , sekejap lagi fuad akan jumpa kat bilik ayah”.

Apa yang ayah aku nak cakap, macam serius je bunyinya dari nada suara ayah aku tuh, kalau nak  tahu mestilah pergi jumpa ayah aku dulu, tak kan aku nak berteka-teki kat sini, baik aku pergi jumpa ayah aku tuh”.

“Ayah lihat fuad dah berubah selalu termenung, kenapa fuad ada masaalah ke? Bagi tahu kat ayah nih biar ayah tolong”.

“Tak adalah ayah, biasa je , fuad ok je nih”.

“Jangan nak selindung-selindung dari ayah ni fuad, ayah makan garam dulu dari kau tuh fuad, mana tahu ayah boleh tolong selesaikan masalah yang fuad hadapi”.

“Tak adalah ayah, memang betul fuad tak ada apa-apa, nanti fuad bagi tahu kat ayah kalau fuad ada masalah, ya ayah, so jangan la ayah risau sangat”.

Apakah aku harus berterus terang kat ayah aku tuh tapi kalau aku bagi tahu , apakah ayah akan memahami masalah ini”.

Aku tak boleh abaikan anis begitu saja, aku harus bertanggungjawap terhadap dirinya,  aku harus membuat keputusan dengan bijak, aku tak nak melukai hati anis lagi, moga-moga anis cepat sembuh.

Hari ini aku dah dapat berita baik dari pihak hospital, yang anis dah sedarkan diri , nasib baik Cuma dua hari je anis tak sedarkan diri,  betapa gembiranya aku disaat ini, tak sabar rasanya nak bertemu dengan anis. Tapi aku ada mesyuarat hari ini, tak boleh ditangguhkan . Tak apalah aku habiskan kerja dulu kat sini nanti petang, barulah aku jumpa dengan anis.

Baik aku pergi mesyuarat dah tiba masanya. So hati bersabarlah tak lama lagi kita akan berjumpa dengan punya hati ini. Benarkah aku telah telah jatuh hati kat anis, nampaknya hari ini hati aku dah tak terjaga langsung asyik memikirkan anis dari  tadi.

Lama juga mesyuarat nak habis nih, perasaan ku ketika ini bukan berada kat bilik ini tapi berada kat hospital, apa agaknya khabar anis? Semoga dia tak apa-apa.

Wah! Akhirnya habis juga mesyuarat hari ini, lamanya bukan main tapi tak pe yang penting dah selesai pun so bolehlah aku pergi melawat anis kat hospital.

Baik aku balik dulu mandi, badan pun dah berbau semacam je nanti anis dah tak ingin jumpa aku lagi. Hihihi.... dah buang tabiat. Lets go home.

--------------------------

 “Macam mana keadaan anis doktor, dia dah baik ke doktor?

“Beginilah fuad, jom kita jumpa dengan anis so bolehlah fuad tahu keadaan sebenar anis”.

“Hai anis, kenal lagi tak dengan fuad, dia kawan anis”.

“Doktor, saya tak nak jumpa dengan lelaki itu, saya nak dia pergi dari sini, anis tak nak jumpa dia lagi, please doktor?.

“Sampai hati anis tak nak jumpa dengan fuad, fuad tahu anis merasa kecewa diatas apa yang telah fuad lakukan, tapi fuad harap anis dapat memaafkan diri ini, fuad bukannya sengaja nak melukakan hati anis so please anis don’t do this to me?”.

“Aku tak nak jumpa dengan kau lagi fuad, hubungan kita cukup sampai disini aku tak nak lihat muka kau lagi dan aku harap kau jangan call atau berjumpa dengan aku lagi antara kita dah tiada apa-apa lagi”.

“Sampa hati kau anis buat aku begini, kan aku dah minta maaf, kau nak aku buat macam mana lagi supaya kau dapat memaafkan aku, sekurang-kurangnya aku nak jaga kau sampai kau sembuh, aku tak nak jadi orang yang kejam tanpa ambik peduli tentang kau anis”.

“Kau tak payah nak ambik tahu tentang aku lagi fuad sebab antara kita  memang tiada apa-apa,  so please just leave me alone”.

 8

Sungguh indahnya jika cinta dapat bersatu, kenapa pula aku nih tiba-tiba nak memikirkan tentang cinta, ada apa dengan hati aku, semakin hari tak terjaga , apakah aku harus menukarkan hati aku dengan hati yang baru. Dah lain je bunyinya, tak ada sebab nak tukar pula hati, dah mereng otak aku nih asyik memikirkan perkara yang karut mengarut.

Dah seminggu aku tak dapat berjumpa dengan anis, macam mana keadaannya sekarang nih ?, dah sembuh ke dia?, dah kerja ke dia?, macam mana dengan kehidupannya sekarang nih ?, banyak benda yang nak aku tahu tapi satu pun tak ada jawapan yang pasti, aku nak sangat berjumpa dengan dirinya namun aku takut, entahlah mengapa tiba-tiba aku tak kuat nak bersua dengan anis sedangkan setiap hari aku selalu teringkat akan dirinya, siang dan malam asyik wajahnya je yang datang menjelma.

Baik aku call dia, aku harap dia akan sambut call aku nih, tapi kalau dia nak marah aku pedulilah, yang penting aku dapat dengar suara anis, rindu- serindunya. Kenapa anis tak jawap call aku nih dari tadi asyik-asyik voice mail, nih mesti kes tak nak layan aku nih, sampai hati anis buat begitu kat aku macam besar sangat dosa aku kat dia, tak kan sampai sekarang dia tak dapa memaafkan diri aku nih, aku nih pun satu, yang aku terhegeh-hegeh sangat kat dia tuh kenapa? Sedangkan anis tuh bekas kekasih abang aku, tapi adakah aku tidak layak jika jatuh cinta dengan bekas kekasih abang aku sendiri.

Cinta tidak mengenal siapa, ia akan hadir tanpa kita pinta dan tanpa kita sedari, maklumlah ini first time aku jatuh cinta, last-last hati tersangkut dengan kekasih abang sendiri, bukan kekasih tapi bekas kekasih, kenapalah aku nih dari tadi asyik itu jeh yang aku fikirkan , lebih baik aku pergi ke rumah anis, senang cerita dari aku duduk tak tentu arah, sekejap ke kiri dan  ke kanan, baik aku pergi jumpa  dengan tuan punya badan.

Macam tak ada orang kat rumah anis, anis pergi mana agaknya ya, pagar rumahnya berkunci, tak ada langsung orang kat sini, macam mana nih? Penat je aku datang tapi anis tak ada, nak buat macam mana, sabarlah ceritanya tak kan aku terjah pintunya, dah memang kerja gila namanya .

 Apa aku nak buat sekarang nih, macam mana aku nak tahu , anis dimana sekarang nih, aku nak telehpone kawannya aku tak tahu nombor telephonenya, apa aku nak buat sekarang, nak balik rumah ke or nak tunggu kat sini je manalah tahu anis balik rumah atau kawan dia akan balik so aku tunggu kat sini je lah.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara seseorang, bukan main sukanya aku sebab dapat jumpa dengan anis, tapi tiba-tiba senyuman aku hilang tiba-tiba sebab bukan anis yang datang tapi mungkin kawan anis, aku nak buat macam mana nih, nak tanya kat dia atau tidak, hish apalah aku nih tiba-tiba tak tahu nak buat macam mana”.

 “Saudara nih siapa ? dan nak cari siapa ? , ada yang bisa saya bantu”.

“Saya Fuad hisyam, kawan anis dan boleh tak saya berjumpa dengan anis, boleh tak cik bagi tahu saya dimana anis sekarang ini sebab saya call dia, dia tak pernah jawap panggilan saya, tuh yang buat saya datang ke sini nak berjumpa dengan anis, apa khabar anis sekarang nih?”.

“Yang sebenarnya anis dah tak tinggal kat sini sekarang dia dah balik kampung bersama ayahnya hari itu, dia tak inform you lke yang dia balik kampung”.

“Tak ada pun, anis tak pernah call saya semenjak kejadian di hospital hari tuh, dan setelah itu kami tak pernah berhubungan lagi”.

“Sebenarnya apa yang terjadi di antara kalian berdua, kenapa tiba-tiba je anis nak balik kampung, apa yang dah fuad buat kat anis tuh sampai dia sanggup tinggalkan tempat ini, aku nak kau terus terang kat aku nih fuad, sebab aku rasa ada yang tak beres di antara kalian berdua”.

“Aku  tak buat apa-apa pun kat anis tuh, aku Cuma nak tahu hubungan anis dengan zarul tuh je, tapi anis terus tak nak jumpa aku, salahkah aku jika aku tanya kat anis tentang zarul tuh”.

“Kau nak tahu tuh kenapa ?, apa kaitan zarul dengan fuad, sampai dia lari tinggalkan kau dan sampai sekarang dia tak call aku langsung, baik kau terus terang kat aku nih fuad sebelum aku naik darah, silap haribulan aku yang naik marah tak tentu pasal”.

“Anis tak ada cerita ke kat saudari, siapa nama ya?.

“Oh ya lupa pula nak kenalkan diri, saya elise kawan baik anis”.

“Begini elise, aku hanya tanya anis, kenapa anis boleh berpisah dengan zarul sedangkan mereka saling menyintai, terus dia marah kat aku dan kata tiada yang perlu dibincangkan lagi, aku pun rasa bersalah juga sebab terlalu memaksa anis untuk menceritakan tentang semua itu, kalau elise nak tahu zarul tuh adalah abang aku, tapi dia dah tinggalkan kami semua , dia dah pulang ke rahmatullah setahun yang lalu akibat kemalangan”.

“Betul ke zarul dah meninggal, anis tahu ke yang zarul dah meninggal dunia, dan aku nak tahu juga jika anis dah tahu yang sebenarnya zarul tuh abang kau”.

“Anis dah tahu aku dan zarul adalah adik beradik tapi dia tak tahu yang abang aku tuh dah meninggal sebab belum sempat nak cerita dia terus lari dan tinggalkan aku, dan  pada masa itu juga dia kena kemalangan”.

 “Kalau kau nak tahu mengapa mereka berpisah, baik kau tanya kat mama fuad sebab mengapa mereka boleh berpisah, aku tak boleh bagi tahu tentang itu sebab aku dah janji dengan anis tak akan bagi tahu apa-apa pun”.

“A’lah bagi tahu lah kat aku nih elise, aku nak tahu juga apa sebabnya?, kalau boleh aku nak tahu tentang semua itu, aku mengharap sangat elise, tolong bagi tahu apa yang sebenarnya terjadi”.

“Please ? fuad, jangan paksa aku, aku tak nak tikam belakang kawan aku sendiri, aku dah berjanji pada anis yang aku tak akan sekali bagi tahu hal ini pada sesiapa pun, elise harap fuad memahaminya, kalau fuad nak tahu apa yang sebenarnya terjadi, fuad sendiri tanya pada mama fuad apa sebenarnya berlaku, itu je yang boleh elise bantu”.

“Tak apalah elise kalau tak boleh bagi tahu, saya tak nak paksa dan thanks alot for telling me where is anis,  but if you don’t mind, boleh tak elise bagi tahu di mana kampung anis, saya nak pergi jumpa anis itupun jika elise tak keberatan bagi alamat anis”.

“Baiklah fuad, aku akan bagi jika itu yang kau mahu, tapi jangan bagi tahu anis yang aku bagi alamat anis kat fuad, sebab aku dah janji yang aku tak akan bagi alamat anis pada sesiapapun”.
  
9

“Mengapa mama tak pernah terus terang kat fuad tentang anis suraya dengan abang zarul, kenapa mama sanggup memisahkan cinta antara abang dan anis, tergamak sungguh mama, mama memang kejam”.

“Mama minta maaf fuad, dulu mama tak pernah terfikir tentang kebahagian zarul, mama begitu buta menilai hati budi anis dan cinta zarul yang begitu mendalam terhadap anis hingga mama sanggup memisahkan mereka berdua, tapi mama dah menyesal tentang itu semua, kalau boleh mama nak minta maaf kat anis tentang apa yang telah mama lakukan terhadap anis”.

“Fuad, di mana anis sekarang nih, kalau boleh mama nak berjumpa dengan anis”.

“Dia dah tak ada mama, dia dah tinggalkan tempat ini “.

“Anis pergi mana fuad?”.

“Anis dah balik kampung, mama”.

“So, kenapa? lagi fuad tak pergi cari anis dan bawa anis jumpa mama, pergilah nak dah lama mama tunggu nak berjumpa dengan anis, mama nak buang segala perkara yang menyedihkan hati, kalau boleh mama nak jodohkan fuad dan anis untuk menebus segala dosa mama terhadap abang zarul ”.

“Apa yang mama cakap nih, fuad tak fahamlah mama”.

“Mama harap fuad dapat menerima cadangan mama nih, itulah permintaan zarul sebelum dia meninggal dunia, dia nak sangat kalau boleh zarul dapat berkawen dengan anis, sebab dia nak anis bahagia bersama orang yang dapat membahagiankannya dan orang itu adalah fuad adiknya sendiri, dan kalau iapun fuad tak mencintai anis, mama mengharap agar fuad dapat menerima permintaan terakhir abang fuad sendiri”.

“Tapi mama belum tentu anis dapat menerima fuad,  mana mungkin anis mencintai fuad sebab fuad tahu anis begitu mencintai abang, tak mungkin dia dapat menerima cinta lelaki yang lain walaupun fuad dah mula jatuh hati kat  anis  tuh mama, macam mana fuad nak terangkan pada anis”.

“Belum cuba belum tahu lagi fuad, pergilah jumpa anis dulu dan terangkan satu persatu, pujuklah anis agar dapat menerima fuad dalam hidupnya, tak kan anak mama tak pandai dalam bab pujuk memujuk nih”.

“Mama nih sempat lagi nak kenakan fuad, fuad tak pandai pujuk perempuan nih mama, fuad kan tak pernah jatuh cinta “.

“Tak apalah fuad yang penting fuad cari anis dan bawa dia jumpa dengan mama biar mama yang cakap”.

“Baiklah mama nanti fuad cari anis sampai dapat dan bawa dia jumpa dengan mama ”.

Esok, aku akan pergi cari anis di kampung, aku mengharap agar anis tidak marah lagi dan dapat memaafkan diri aku dan menerima keputusan mama dan dapat menerima cinta aku terhadapnya, diri ini tidak tahu mengapa tiba-tiba ada perasaan yang begitu merindu dan teramat rindu, dan tidak sabar untuk aku berjumpa dengan dirinya, oh beginikah rasanya jika dah jatuh cinta, selalu terbayang wajahnya di mata ku, nampaknya aku falling in love with my brother ex girlfriend, wajarkah aku jatuh cinta dengan kekasih abangku.
Bagaimana jika anis tidak dapat menerima cinta ku ini, adakah aku harus melepaskannya pergi dan membiarkannya begitu saja, adakah aku mampu memujuk dirinya agar dapat menerima aku, yang itu satu hal tapi yang membuat aku begitu bimbang, bagaimana aku nak katakan pada anis yang sebenarnya abang aku dah lama meninggal dunia, adakah anis akan dapat menerima kenyataan itu, entahlah ! terlalu banyak persoalan kat dalam kepala aku ini namun satu pun tidak dapat membantu untuk aku meredakan hati aku ketika ini, ya Allah ya Tuhan ku tolonglah hambamu ini untuk menyelesaikan setiap bebanan yang hambamu ini tanggung.

Masihkah anis mencintai abang zarul, mengapa tiba-tiba aku terasa cemburu pada abang aku tuh sedangkan abang aku telah lama pergi, jahatnya aku ketika ini, begitu mempersoalkan tentang cinta anis terhadap abang zarul, mestilah anis masih mencintainya buktinya sampai sekarang anis belum kawen lagi, mestilah dia masih ingat lagi terhadap abang zarul.
  
Dari aku fikir yang bukan-bukan baik aku pergi buat kerja yang tertangguh sebab esok aku nak pergi cari anis, dan kalau boleh aku nak pergi melamar dia, adakah aku begitu pasti dengan keputusan ini, tidakkah terlalu awal untuk aku melamar anis sedangkan kami tidak pernah sekalipun melafaz sayang apatah lagi cinta.
  
10

Indahnya dan damainya pemandangan kat kampung aku nih, terasa hari-hari yang aku lalui membuat aku lebih tabah dalam menghadapi semua dugaan yang  telah aku lalui, dan semoga esok yang mendatang akan selalu indah dan mendamaikan hati ini.

Tiada lagi yang nak aku kesalkan terhadap apa telah aku lakukan terhadap fuad, mengapa aku harus ingat kepada dia, aku bukan siapa-siapa terhadap dirinya, nak kata kekasih tidak juga sebab kami tak pernah pun bercinta, baik aku lupakan dia dari hidup aku, cukuplah jika  aku masih mengingati zarul, dari menagih kasih pada yang tak sudi, apalah yang ada di fikiran aku ni tak sama dengan ada di hati ini, entahlah.

“Ayah, anis nak ke kedai nak beli barang nanti kejap anis  balik”.

“Baiklah anis, hati-hati jalan tuh jangan sampai terlanggar apa-apa kat jalan”.

Apalah ayah aku nih macam lah aku budak kecik tak pandai nak bawa diri, hish ayah aku nih, maklumlah aku kan anak tunggal mestilah aku sayang sangat kat aku, anak ayah katakan.

Tiba-tiba – suddenly

 Penatnya aku berjalan kaki pergi ke kedai tok mat, maklumlah dah lama tak jogging tuh yang penat sangat sampai tak larat dibuatnya. Belum sempat tiba kat kedai, dari jauh terlihat kat  seseorang , tapi takkan dia ada kat kampung aku nih, macam mana dia tahu kampung aku?, tapi tak mungkin, bukan dia”.

Semakin dekat dengan kedai tok mat semakin bayangannya semakin terasa, memang betul fuad dah kat depan aku sekarang nih, apa dia buat kat sini,kenapa  dia cari aku sampai ke kampung, perlu apakah dia dengan aku.

“Buat apa awak datang kesini fuad, awak tak faham lagi ke apa yang dah anis cakap, anis tak nak jumpa dengan fuad, kenapa fuad datang cari anis kat sini, belum puaskah lagi fuad melukai hati anis”.

“Janganlah marah anis, apa yang telah fuad lakukan sampai anis begitu membenci fuad sekarang nih, adakah kerana fuad tak terus terang siapa fuad sebenarnya?, sampai hati anis buat begini kat fuad, bukan niat fuad untuk membohongi anis namun keadaan tidak dapat untuk terus terang kat anis namun sekarang semuanya dah jelas, apakah salah jika fuad nih adik kepada abang zarul”.

“Sampai bila-bila pun awak tak akan faham apa yang terbuku kat hati aku nih, awak tak akan memahami apa yang anis rasakan sekarang nih”.

“Cuba anis cerita kat fuad, apa masalah sebenarnya, jangan asyik simpan kat dalam hati, jika begini sampai bila nak selesaikan masalah kita”.

“Apa lagi yang nak kita bincangkan, semuanya dah jelas antara kau dan aku tiada yang perlu dijelaskan, tinggalkan aku sendiri di sini”.

“Anis janganlah terlalu ego, baik kita berbincang apa yang dah terjadi diantara anis dengan abang zarul, tentang perpisahan dan tentang penglibatan mama , aku nak kau tahu anis yang sebenarnya mama telah cerita semua apa yang telah berlaku antara anis dengan abang zarul”.

“Tiada apa yang perlu dibincang lagi, semua telah jelas, kau nak apa lagi dari aku, kalau tentang mama fuad, dari dulu lagi anis telah memaafkannya, anis bukannya jenis yang pendendam dan anis tahu di mana letaknya kedudukan anis dalam perhubungan ini, cakap kat mama fuad, tiada yang perlu dimaafkan, dan aku harap kau baliklah”.

“Aku tak mahu balik, ada lagi perkara yang nak aku bagi tahu kat anis yang sebenarnya abang zarul dah tak ada”.

“Apa maksud fuad yang abang zarul dah tak ada, dia pergi mana?”

“Yang sebenarnya abang zarul dah meninggal dunia akibat kemalangan setahun yang lalu dan mama ada bagi tahu fuad sebelum abang zarul menghembuskan nafasnya buat kali terakhir dia telah meninggalkan wasiat agar fuad dapat membahagiakan anis, kerana abang amat menyesal kerna tidak pernah membahagiakan anis untuk hidup bersama-sama selamanya”.

“Anis tak akan percaya semua itu, lebih baik fuad pergi dari sini, tak mungkin abang zarul meninggal dunia, itu tak mungkin”.

“Anis percayalah, fuad tidak akan berbohong dalam soal ini, kalau anis tak percaya, jom ikut fuad balik dan kita tanya sama-sama kat  mama jika fuad berbohong”.

“Tak payahlah fuad, jika benar abang zarul dah meninggal, anis tak akan pernah ikut fuad balik ketempat yang penuh kedukaan bagi anis dan kalau boleh anis tak akan balik ke tempat itu lagi, biarlah anis tinggal disini untuk selama-lamanya”.

“Sampai hati anis bertindak kejam, seolah-olah tiada ada apa-apa yang berlaku, sanggup anis tinggalkan semua kenangan antara abang zarul dan anis, kalau iapun pergilah ziarah kubur abang zarul dan kalau anis keberatan nak terima wasiat abang tuh, fuad tak akan paksa , sekurang-kurangnya anis pergilah jenguk mama dan fuad tidak akan paksa anis lagi untuk mengikut kemahuan fuad dan mama”.
  
“Fuad tak akan faham apa yang sebenarnya yang anis inginkan, kalau boleh anis nak juga sekarang pergi ziarah kubur abang zarul tapi anis tak terdaya nak bawa hati ini untuk menatap nisan abang zarul dan hati ini begitu terseksa bila mendengar abang zarul dah meninggal untuk selama-lamanya, mungkin ini semua salah anis, jika anis tidak membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan ini, mungkin abang zarul masih lagi hidup”.

“Janganlah anis menyalahkan takdir dan suratan, jika itu dah ketentuan yang maha Esa kita sebagai hambanya tak akan mengubah segala-galanya, anis harus faham itu bukan salah anis semata-mata, jika mama tak masuk campur tak mungkin ini akan terjadi so anis janganlah degil, jomlah ikut fuad balik, kita sama-sama ziarah kuburan abang zarul”.




(Ceritanya belum tamat, insyaAllah akan disambung, sorry jika ceritanya banyak kelemahan dan jalan ceritanya tak memuaskan , nak kata cerpen tak juga n nak kata novel tak juga so citenya trletak d tengah2, hihihi......sorry banyak2 n thanks alot).