Friday, 27 May 2011

SUDAHKAH KITA MUHASABAH DIRI ....

SHARING IS LOVING - SUDAHKAH KITA MUHASABAH DIRI ....

Sudahkan anda membaca Al-Quran hari ini ?
Sudahkah anda solat 5 waktu tepat pada waktunya?
Sudahkah anda membaca doa Al-Mathurat?
Adakah anda telah menyuruh kepada makruf?
Adakah anda telah mencegah mungkar?

Adakah anda sentiasa istiqamah hadir dalam Halaqah?
Sudahkah anda mempunyai mad’u?
Adakah anda bangun untuk qiamullail?
Adakah anda solat sunat Rawatib?
Sudahkah anda bersedekah?

Adakah anda berusaha memperbaiki diri anda?
Sudahkah anda berpuasa sunat?
Adakah anda sedar, faham dan yakin dengan Islam?
Adakah anda telah membaca sesuatu tetang Islam?
Adakah anda merasa anda dalam pemerhatian Allah S.W.T?

Adakah anda berazam untuk beristiqamah dengan Islam?
Sudahkah anda berusaha untuk menyebarkan fikrah Islam?
Adakah anda telah berdoa hari ini?
Adakah anda ingatkan diri untuk berjihad?
Sudahkah anda menziarahi sahabat, jiran dan komuniti sekitar?

Sudahkah anda menghafal ayat Al-Quran?
Sudahkah anda bersenaman?
Adakah anda merasa ‘izzah menjadi seorang Islam dan Daie’?
 Sekiranya anda telah melakukan sekadar kemampuan bersyukurlah kepada Allah S.W.T dan sentiasa memperbaharui azam. Insya Allah kita sama-sama berusaha .

Sumber dari: Cinta Bakar (Sharing is loving)

PANTUN MALAS SEMBAHYANG

SHARING IS LOVING - PANTUN MALAS SEMBAHYANG



Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga bo leh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!




Sumber dari : Cinta Bakar (Sharing is loving)

LAWAK KAMPUS

sekali-sekala baca komek boleh tahan juga,

ari ni malas sikit , tak ada idea, so aku g ambik gambar komek

adek aku, so aku letak kt blog aku nihhhhhh.

Dah memang buang tabiat aku nihhhhh, cam dak2 kecik,

ada ku kesah, boleh bah kalau kaw..........

mengada2

melalut2

bising2

biasalah blurrrrrrrr memanjangggggggggggg

meh baca komek mehhhhhhh

KATAKAN TIDAK WALAU HATI TERLALU CINTA

KATAKAN TIDAK WALAU HATI TERLALU CINTA















Seringkali kita mendengar ungkapan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta!

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri,rintangan dan dugaan untuk mendekatkan diri kepada Ilahi...

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan memujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Muhasabah kembali cinta sesama sahabat seperjuangan kita yang didasari atas iman dan taqwa,kekadang kita melihat sahabat kita sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin bertadarus, berqiam,mendahului untuk solat berjemaah, berpuasa sunat, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa “semangat” Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, futur dan leka dengan hambatan duniawi..

Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin… biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya… demi cinta!

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta kamu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai bila-bila..


..AL-HUBB FILLAH..



Sumber dari: Cinta Bakar (Sharing is loving)

Cinta Allah

SHARING IS LOVING - CINTA ALLAH




CINTA ALLAH...Cinta Allah yang abadi..

sebagai umat islam, cinta paling utama yang wajib kita letakkan didalam hati kita dan yang akan menjadi tunjang kepada cinta kepada yang lain adalah cinta kepada Allah SWT.Kenapa perlu kita mencintai Allah??
kerana Allah yang menjadikan kita, memberikan kita kesempatan untuk hidup dan beramal kepada-Nya..
kerana akhirnya kita akan kembali kepada Allah..
dan dunia ini adalah sementara dan tidak kekal, akhirat lah yang kekal..

kehidupan di dunia ini hanyalah suatu tempat persinggahan sebelum kita meneruskan kehidupan di alam akhirat, didunia inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mana 'harta' yang membolehkan kita menempah tiket ke syurga..

dengan itu, setiap apa yang kita lakukan didunia ni, biarlah dengan niat yang baik, niat untuk beribadah kerana Allah..

setiap perkara baik yang kita lakukan, berserta dengan niat kerana Allah, insyaAllah akan dikurniakan ganjaran olehNya.

solat kerana Allah..
puasa kerana Allah..
zakat kerana Allah..
study kerana Allah..
kahwin kerana Allah..
bersahabat kerana Allah..
etc..

cinta kepada manusia yang lain juga haruslah berpandukan kepada cinta kepada Allah..

"aku mencintaimu kerana Allah.."
"aku ingin menjadikan kamu sebagai isteriku kerana Allah.."memilih calon isteri/suami bukannya melalui paras rupa yang menawan, harta dan pangkat dan sebagainya..lihat kepada agama, budi bahasa nya dan jugak keserasian..

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

jelas menunjukkan bahawa agama merupakan faktor yang paling penting sekali dalam pemilihan seorang isteri.. selain dari itu, kalau saya, saya jugak melihat kepada keserasian.. kalau tak serasi, susah jugak untuk meneruskan bahtera suatu perkahwinan itu..

cinta kepada manusia yang tidak berlandaskan kepada cinta Allah sememangnya seronok bagi pasangan yang belum berkahwin tapi apabila dah berkahwin, cinta itu dah tak seronok dan semakin lama semakn pudar..
kerana apa?? kalau sebelum kahwin dah pegang sana pegang sini, buat itu dan buat ini, apa lagi yang tinggal untuk dibuat bila dah kahwin nanti??

semua benda dah pernah buat dan rasa, nikmat cinta pun sudah semakin kurang, lama-lama mula lah si suami pukul isteri, cari wanita lain dan sebagainya..

kalau kita memilih untuk mencintai manusia kerana Allah, kita bercinta selepas kahwin..

bayangkan betapa banyaknya yang kita boleh buat bersama, almaklumlah baru nak bercinta..
keluar dating bersama, makan bersama, buat itu dan ini bersama, alangkah indahnya cinta itu kan.. apatah lagi jika cinta itu terus disulamkan dengan cinta ilahi..
mashaAllah..alangkah indahnya..

semoga kita dijauhkahkan dari perkara zina dan maksiat, dan perkara2 yang membawa kita ke arah zina dan maksiat..

jika batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita dijaga sebelum kahwin, insyaAllah Allah akan reda dan mengurniakan barokah kepada kehidupan kita. insyaAllah.

jom, sama-sama mengejar cinta ilahi...Walaupun ia sukar dan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sungguh2..teruslah berusaha...kerah tenaga...berdoa dan bertawakal lah..moga Cinta Ilahi dapat kita kecapi..YA ALLAH dekatkan aku dengan apa saja yang mendekatkan aku dengan CINTAMU ..AMIN

Sumber : http://richieslife88.blogspot.com/
a
s
y
l
a
a
t
n
i
c
i
r
t
u
p