Friday 12 August 2011

UNTUK SEKALI LAGI


Bukan niatku untuk menyalahkan takdir, namun jauh di sudut hatiku, aku belum siap menerima aku telah kehilangan dirinya. Pada siapa lagi aku nak mengadu kerna insan yang ku sayang telah meninggalkan aku. Pada siapa lagi aku nak bermanja sedangkan insan yang selalu menghiburkan hatiku telah jauh dari kehidupanku. Aku seharusnya sedekahkan dirinya dengan ayat-ayat suci alquran bukannya dengan lenangan airmata sepanjang hari.

"Mira, kau harus tabahkan hatimu bila mendengar berita ini, aidil dah telah tinggalkan kita buat selama-lamanya". Masih terdengar suara berbisiik di telinga saat aku di khabarkan berita bahawa suamiku telah meninggal dunia akibat kemalangan. Ku rasa duniaku berhenti seketika di saat itu.

Apa yang harus kulakukan tanpa dirinya menemani diriku di saat begini, tiada lagi senda gurau yang selalu menemani disaat aku sunyi.

"Anne, aku nak bercuti nak lepaskan tension kat kepala aku ni, kalau aku biarkan begini akan menambah luka di hatiku ini".

"Kau nak pergi kemana mira, takkan kau nak tinggalkan aku sendirian kat sini, dahlah kita yatim piatu tiada keluarga yang lain, senang-senang kau nak tinggalkan aku".

"Anne, aku nak pergi bukan untuk selama-lamanya tapi nak berehat seketika semoga sepanjang cuti aku ni tak lah aku selalu teringat kat my late loving husband". Hati kecil kuberkata mampukah aku melupakannya begitu mudah, entahlah.

" I hope kau akan tabah menghadapi segala dugaan dengan tabah , kerna bagi aku kita tidak akan diuji diluar kemampuan kita, pasti ada hikmah di setiap kejadian yang berlaku dan bersabarlah selalu".

"Thanks anne, kaulah kawanku dunia dan akhirat yang selalu memberi aku sokongan setiap masa, kalau kau kahwin nanti hope kau takkan lupakan dan tinggalkan aku sendirian".

"Hish kau ni mira, ada-ada saja, lambat lagi aku nak kawen, boy friend pun tak ada inikan nak kawen. Nanti bukan aku yang dulu nak kawen tapi kau tu mira yang nak kawen . Manalah tahu jodoh itu ada kat depan cuma kita tak tahu bila dan dimana".

"Bila nak bertolak mira ?".

"Aku akan bertolak esoklah anne, i hope you always take care by youself, jangan selalu makan maggi nanti muka tuh macam maggi, hahaha...”.

"Hish kau ni mira sempat lagi nak kenakan aku, bukan aku saja yang harus jaga diri, kau pun apa kurangnya jaga diri selalu dan jangan pernah tinggalkan solat, biarlah ditinggalkan boy friend asal jangan tinggalkan solat".

"Apalah kau ni anne, macam lah aku ada boy friend nak diingat, lainlah you anne berbaris boy friend menunggu, tapi you je yang jual mahal".

"Haha yela tuh mira, terlampau banyaklah yang buat aku tak dapat nak pilih yang mana satu berkenan di hati, soal hati ini nak kena fikir berulang kali bukannya sama kita nak tukar baju, it's so simple like that".

"Tak apa banyak pilihan, yang penting kena hati-hati memilih agar dapat yang terbaik, betul tak anne".

"That's right mira, you must choose the right thing before take the action".

"InsyaAllah anne , aku akan selalu ingat pesanmu itu walau dimana aku berada, tapi sebeum bertolak esok aku nak pergi lawat kuburan arwah aidil dan sekaligus memohon izin untuk pergi, taklah berat kakiku nak melangkah pergi".

"Seramnya aku dengar kau cakap begitu mira, takkan sampai begitu sekali you nak minta izin. Dah buang tabiatlah kau nih mira".

"Anyway, gud luck semoga kau dapat ketenangan hati kat sana".

"Thanks anne, sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa dilindungan Allah swt".

Amin.

Indahnya pagi nih tak seindah macam selalu, terasa nyaman sekali, kejap lagi aku nak pergi ziarah kubur aidil dan sekaligus nak hadiahkan surah yassin, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
"Anne, aku dah nak bertolak nih, aku harap kau jaga diri elok-elok ya, kalau ada apa-apa call aku kat sana".

"Baiklah mira, aku harap kau jaga diri selalu dan jangan terlalu ingat yang bukan-bukan, just relax and don't push youself very harder, take a time for youself".

“Thanks alot my friend, i’ll be okay don’t worried about me”.

Setibanya aku di makam nisan aidil suami ku, sebak hati ini melihat bersemadinya suami tersayang, entahlah bila lagi aku dapat berjumpa dengan dirinya,

 ------------------------

Begtiu lama aku memandang gambar aidil terasa rindu semakin dalam. Macam mana ni, kata nak datang ke sini nak lupakan segala-galanya. Bukan senang nak kita lupakan kenangan manis dan pahit yang dah begitu lama kita kongsi bersama. Aku rindu pada suaramu dan aku begitu rindu segala-galanya tentang dirimu, sanggup kau tinggalkan aku sendirian disini tanpa teman. Namun aku tak mampu berbuat apa-apa mengenainya ini kerna ini semua takdir Tuhan, takkan aku nak menyalahkan takdir.

“Mira, sayang abang tak? abang aidil bertanya kat aku, tentulah mira sayang abang, kenapa abang tanya macam begitu kat mira?”.

“Takkan abang tak boleh nak tanya kat isteri kesayangan abang.Abang tanya je, nak tahu lebih dalam sayang mira kat abang. Kalau abang tiada nanti mesti mira akan lupakan abang”.

“Hish abang ni, kenapa cakap begitu takkan mira tak ingat kat abang. Abang kan suami mira lagipun abang kan selalu menemani mira di kala susah dan senang. Abang cakap begitu seolah-olah nak tinggalkan mira buat selama-lamanya”.

Tanpa ku sedari airmataku mengalir membasahi pipiku, rupanya aku tenggelam dalam mengingati setiap kata-kata yang pernah diucapkannya.

Tiba-tiba phone aku berbunyi rupa-rupanya anne call aku, tak sabar aku nak jawap phonenya, rindu sangat dengan kawanku yang satu ini.

“Assalamualaikum anne, apa khabar?”.

“WalaikumsaIam , it's okay la mira, i think you must forget about me already, it’s that true my dear mira”.

“oh my dear anne, mana mungkin aku dah lupakan the only one friend i have, it’s just i forget to call you, sorry my dear,maklumlah banyak benda tiba-tiba aku nak kenangkan lebih-lebih lagi kat abang aidil aku tuh ”.

“So anne any news you want to share with me”.

“Hish tak ada lah mira saja nak dengar berita kawan aku ni yang menyepi tanpa khabar berita”.

“Sorry la anne, maklumlah aku ni kalau dah termenung dah tak teringat dunia kat sekeliling, nak mandipun aku terlupa, hihihi”.

“Hish-hish kau nih mira sampai begitu sekali, bila lagi nak berubah nih mira”.

“Anne, mana mungkin aku boleh lupakan arwah abang aidil, dia tetap kat dalam hati aku ini”.

“Aku bukannya nak kau lupakan aidil tuh mira, aku harap kau tidak akan bersedih buat selama-lamanya, simpan kenangan lama dan bena kenangan baru, mana tahu selama kau kat situ ada siapa-siapa yang tersangkut kat dalam hati kau”.

“Terima kasih lah anne sebab ambik berat akan diri mira ini, InsyaAllah, aku akan cuba untuk tidak bersedih, dalam hatiku berkata, mampukah aku buat itu tanpa tinggalkan kenangan indah aku dan nak bena kehidupan baru bersama kenangan baru”.

“Okay la mira, aku nak keluar nih, ada hal nak aku buat so nanti kita sambung lagi and i’ll call you back, jaga diri baik-baik dan jaga kesihatan selalu”.

“Thanks ya anne”.

Bye....

I who have nothing, dalam kerinduan aku teringat saat indah yang kita cipta bersama, tanpa dirimu disisi kurasa kosong, Ya Allah YaTuhan ku tolonglah hambamu ini agar lebih tabah dalam menghadapi segala dugaan yang telah Engkau berikan kepadaku.

Dari terus aku mengelamun kat bilik nih baik aku pergi kat luar bolehlah aku hirup udara segar, terperap kat dalam bilik nih buat aku sakit kepala.

Ramai juga orang datang kat tempat ini, maklumlah time cuti sekolah so ramailah pelancung nak lepaskan tension kat tempat nih.

Baik aku rehat kat hujung sana tuh sambil itu aku nak lihat pemandangan indah kat pantai ini, so sweet place, teringat aku kat abang aidil kerana disinilah pertemuan kami berdua bermula terasa baru semalam berlaku.

Akupun satu, banyak-banyak tempat kat sini aku pergi, kalau anne tahu mesti dia bising.

Macam mana aku nak lupakan segala-galanya jika aku tidak ingin melupakannya, mengapa mesti aku lupakan kenangan indah ku bersama suami kesayangan aku tuh. Baik aku simpan kenangan indah itu didalam hatiku ini biarlah masa melupakan segalanya itukan lebih baik dari aku paksa membuangnya jauh-jauh.
“Hai, aku tiba-tiba terkejut seseorang menyapa aku dari belakang, hati kecil ku berkata, siapa ye?

“Hai, ya boleh saya bantu sambil aku menoleh ke belakang, tiba-tiba aku terkejut dengan apa yang aku lihat it's so confused this time, tanpa ku menyedari badan ku rasa lemah dan dengan tidak disangka aku tiba-tiba tak sedarkan diri untuk seketika”.

“Cik, are you okay?”.

“I'm okay, don't worried about me, sorry sebab tiba-tiba je terasa kepala ini terasa sakit dan pening tuh tiba-tiba tak sedarkan diri”.

Buat malu aku saja, kenapalah tiba-tiba aku boleh lupa diri ini baru saja jumpa dengan lelaki mirip aidil terasa dunia ini berhenti seketika. Tapi memang betullah rupanya mirip sangat dengan abang aidil, pelanduk dua serupa la ceritanya ini.

“Boleh saya bantu encik, nama encik siapa ye?, kalau boleh saya nak tahu”.

“Oh ya terlupa, kita belum berkenalan lagi, saya hairul asraf” .

“Saya mira aleya natasha dan nice to meet you”.

“Cik mira aleya tak apa-apa ke, ada yang sakit kat mana-mana lagi, kalau ada bolehlah saya bawa awak jumpa doktor”.

“Tak apalah en.hairul asraf, saya tak apa-apa, just call me mira tak payah bercik-cik”.

“Me too, just call me hairul”.

“Kalau tidak keberatan aku nak tanya, dah lama kat sini ke?”.

“Dah seminggu saya kat sini, macam mana dengan hairul dah lama ke kat sini?”.

“Tak juga, sebab baru semalam saya sampai kat sini”.

“Ohhhhhh begitu ke”.

“Okay lah hairul selamat berkenalan, kalau tak keberatan aku nak balik dulu”.

“Selamat berkenalan juga, hope kita akan berjumpa lagi”.

InsyaAllah.

 -----------------------------------------

 Mengapa tiba-tiba aku menangis, apa yang telah aku lakukan sehingga airmataku mengalir lagi, entahlah. Sedihnya hatiku saat ini bila aku teringat kembali saat aku berjumpa dengan lelaki itu. Wajahnya mengingatkan aku pada aidil.

Mengapa harus terjadi disaat ini, mengapa dan kenapa???.

Esok aku nak balik, aku tak boleh lama-lama kat sini nanti aku terserempak lagi dengan lelaki itu, ya aku mesti balik esok, tapi mengapa aku harus melarikan diri dari dirinya, apa salah aku terhadapnya.

Benganglah kalau begini, nak fikir banyak kali buat apa, buat pening kepala aku je. Tapi yang jelas aku nak tidur dulu nantilah esok barulah aku fikir lagi, sekarang nih fikiran aku tengah kusut.

Dah lama aku tak tidur nyenyak, tapi semalam begitu asyik aku dibuai mimpi indah dan yang bestnya termimpikan abang aidil, senyumannya membuat aku tenang sekali, apakah maksud disebalik senyumannya itu,Entahlah.

Macam mana nih nak balik ke tidak nih, kalau tak balik mesti aku berjumpa dengan lelaki itu, hairul asraf ermmm, cantik namanya. Hish dah buang tabiat aku nih.

Kenapalah aku boleh ingat kat hairul tuh sedangkannnnnnnnnnn, entahlahhhhhhhhhh, hati ini memang benar-benar keliru memikirkan perkara ini, tapi lebih baik aku balik saja, dari terus memikirkan perkara yang berat ini. Nanti balik bolehlah aku cerita tentang ini kat anne. Baik aku pergi bersiap dan bolehlah aku bertolak awal sebelum aku sempat jumpa dengan lelaki itu.

“Cik, saya nak check out hari ini”.

“Baiklah cik mira, tunggu sekejap ye”.

Okay.

Wah, akhirnya selesai juga urusan kat sini, baik aku pergi cari teksi kat depan sana tuh.

Alamak lelaki itu, apa dia buat kat sana tuh?.

Baik aku pergi sembunyi sebelum dia nampak aku.

“Cik Mira Aleya, tunggu sekejap!”.

Apalah mamat satu nih, cepat juga matanya tengok aku, baik aku blah dulu, biarlah dia panggil aku. Jahat juga aku nih, biarlah.

Laju juga mira nih, tak sempat aku kejar macam keretapi, laju sangat.

Nasib baik aku terlepas kalau tidak, memang sah jumpa lagi dengan mamat seorang ini.

Kasihan juga aku tengok hairul tuh, tapi apa nak buat bukannya niat aku nak
Buat dia begitu, aku harap tak akan jumpa dengan dia lagi.

------------------------

 “Apa mimpi tiba-tiba balik nih mira, it’s something wrong, let me guest? Mesti ada yang tak kena nih, cuba cerita kat aku nih”.

“Ada cerita panas nak aku cerita kat kau nih tapi jangan pula terperanjat sebab aku dah terkejut sampai nak pengsan dibuatnya”.

“Selama aku kat sana, aku ada terjumpa dengan lelaki yang serupa sangat dengan abang aidil, tuh yang buat aku lari dari sana”.

“Betul ke mira, kenapa pula kau nak lari dia?”.

“Aku nak pergi sana nak tenangkan hati aku, tiba-tiba je dia datang kat dalam hidup aku tuh yang buat aku sesak nafas lah anne, entahlah?”.

“Apa yang susah sangat tentang itu mira, lagi baik kalau kau dipertemukan dengan lelaki yang mirip dengan aidil, jadi taklah susah sangat , lagi baik sebab kasih n sayang kau tuh dapat diteruskan, macam mana dengan idea aku nih”.

“Sampa hati kau cakap begitu kat aku nih anne, macam lah aku nih begitu terdesak sangat nak cinta lelaki apatah lagi yang mirip dengan aidil”.

“So sekarang kau nak buat apa tentang ini, tak kan kau nak biarkan begitu saja, lebih baik kau siasat tentang siapa lelaki tuh yang serupa sangat dengan aidil”.

“Buat apa aku nak siasat, aku bukannya tahu kat mana dia tinggal, lebih baik biarkan saja lah anne, buang masa aku je nak siasat, kalau ada jodoh mesti kami akan berjumpa lagi so janganlah nak paksa aku nak siasat tentang hairul tuh”.

“Terpulanglah dengan you mira, aku tak boleh nak paksa, itukan hati dan perasaan kau, aku hanya bagi pandangan aku je so jangan kau ambik hati ye my dear”.

“It’s okay anne, thanks alot sebab ambik tahu tentang aku nih, aku bukan nak marah dengan kau nih, biarkanlah ia begitu saja tak payah nak kecoh-kecoh tentang hairul tuh, kalau kami ditakdirkan ada jodoh pasti kami dipertemukan”.
------------------

Akhirnya dapat juga aku selesaikan kerja aku dengan cepat so bolehlah aku balik awal kerja hari ini, nanti traffic jam lagi kat jalanraya nanti. Harap tadi nak balik awal takut dengan traffic jam, lastly aku terperangkap kat sini juga, hish dah nasib aku lah hari ini.

Kalau dah memang jodoh pasti akan dipertemukan, begitulah hakikatnya, kita tak akan dapat mengelak kerana cinta dan pertemuan setiap insan dah memang tertulis dan tersurat begitulah juga dengan pertemuan aku dengan hairul asraf, sebab dia ada di depan aku sekarang nih, dia tengah melihat aku sekarang ini, aku harap dia tak akan ingat kat aku lagi.

Kenapalah kereta nih dari tadi tak bergerak langsung apa problem lagi aku dapat hari ini, macam-macam yang berlaku hari ini, nak mengelak dari dia tak dapat sebab aku dah terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dan dia pun turut sama macam aku juga.

Lega rasanya akhirnya dapat bergerak juga aku akhirnya, baik aku pergi dari sini, hish kenapa tiba-tiba kereta dia mengekori kereta aku, dia nak apa dengan aku nih, tak sangka pula lelaki ini masih ingat kat aku, apa aku nak buat sekarang nih, nak berhenti ke tidak nih, baik aku pandu laju lagi, harap-harap dia tak akan ikut aku dari belakang.

Akhirnya sampai juga aku kat rumah aku, leganya hati aku nih, nasib baik dia tak sempat nak ikut aku, kalau tidak mampu aku dibuatnya.

Namun perjalanan kehidupan ini, kita tak akan mampu mengelak jika dah ditakdirkan aku berjumpa dengan dia hari ini, maka begitulah berlaku sebab dengan diam-diam dia dah ada di depan rumah aku sekarang nih, macam mana dia boleh ada kat rumah aku sekarang nih.

“Macam mana awak tahu di mana rumah saya?, awak mengekori saya dari tadi ke, apa awak nak dari saya nih?”.

 “Begini mira, saya ada sesuatu nak bagi tahu kat awak, saya harap mira tak akan marah dengan apa yang saya katakan ini, sebenarnya aku ada tujuan datang kesini, sebab selama ini saya telah begitu lama mencari mira dari pertemuan kita yang pertama, itu yang buat saya tergerak nak ikut awak dari belakang tanpa mira sedari”.

“Apa yang awak nak dari saya, setahu saya antara kita tiada apa-apa, so kenapa awak datang jumpa saya kat rumah saya, kalau boleh saya nak awak balik sebelum terjadi apa-apa kat sini”.

“Apa maksud mira, sesuatu yang akan terjadi, maksud kedatangan saya hari ini sebab hairul ada hajat nak cakap kat mira, saya harap mira tak akan marah dengan apa yang saya cakapkan ini”.

“Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba je datang bawa hajat, pelik nih, awak nak apa dari saya?”.

“Sebenarnya saya nak pinang awak, itupun kalau awak sudi?”.

“Awak dah gila ke, kita tak pernah pun jatuh cinta , kenapa tiba-tiba awak nak terus pinang saya?”.

“Salahkah jika saya nak pinang awak?, salahkah jika saya jatuh cinta dengan pandangan pertama, salahkah itu semua?”.

“Awak nihkan memang dah gila, takkan dengan pandangan pertama awak boleh nak pinang saya, boleh ke kita kawen tanpa cinta hadir dihati, apakah kita akan bahagia jika kita berkawen sedangkan awak tak tahu tentang saya”.

“Perlukah itu semua jika hati saya dah tertawan kat awak tuh mira, berilah peluang kat aku untuk tunjukkan niat ikhlas hati aku terhadapmu mira, dan aku berjanji akan membahagiakan dirimu dan sesungguhnya cinta yang hadir ini tidak dipaksa ianya hadir tanpa dipinta, mungkin ini dah jodoh antara kita, harapan saya agar mira dapat mempertimbangkan permintaan saya ini”.

“Awak tahu tak yang saya nih pernah ada suami, adakah awak tahu itu semua?, mahukah awak nak pinang saya sedangkan saya bukan seorang gadis, saya hanyaa sekadar wanita yang kematian suami”.

“Perlukah itu semua jika dah memang tersurat jodoh diantara kita, masa silam mira tidak mengugat keinginan saya untuk mengambil mira sebagai isteri, yang penting saya sayangkan awak dan tidak memandang perkara yang lain, perlukah saya buktikan kepada mira apa yang saya katakan ini memang benar”.

“Kalau begitu berilah saya masa untuk berfikir dan nanti saya akan bagi tahu kat awak tentang keputusan saya ini”.

“Baiklah mira nanti saya tunggu keputusan awak tuh, saya bagi awak dua hari untuk berfikir so macam mana awak setuju tak ?”.

“Okaylah hairul saya setuju, nanti saya bagi tahu keputusan mira tentang lamaran awak itu dan saya harap awak baliklah dulu sebelum jiran aku ternampak ada lelaki kat rumah aku, nanti tak tentu sebab kita kena tangkap basah lagi susah”.

“Baiklah mira, aku balik dululah nanti call aku balik dan bagi jawapannya secepat mungkin, aku pergi dulu so jangan lupa tentang janji mira tuh, oh ya sebelum terlupa boleh tak bagi nombor phone awak tuh nanti saya call balik selepas dua hari”.

 --------------------

Macam mana sekarang nih, aku terima tak lamaran hairul, apa salahnya aku terima tapi tidakkah begitu cepat aku nak terima lelaki lain dalam hidup aku, tak kan aku begitu mudah melupakan aidil dalam hati aku, namun tiada siapa yang bisa mengantikan aidil dalam hati aku nih walaupun hairul (namun wajah hairul sebiji macam aidil bolehkah aku tak mengendahkannya).

“Anne, aku nak minta pendapat kau tentang lamaran hairul pada aku, susah aku nak buat keputusan, boleh tak kau bagi pendapat?”.

“Kau nak pendapat aku ke, macam beginilah mira, baik kau terima lamaran hairul, tak salah kalau kau terima dia”.

“Tapi aku takutlah anne, nanti dia bukannya betul suka kat aku Cuma dia kasihan kat aku nih maklumlah wanita yang malang”.

“Belum cuba belum tahu, nanti kalau dah kawen barulah kau tahu macam mana perangai hairul dan sikapnya terhadap kau mira, so kau bagi peluang kat hairul, kalau dia buat macam-macam kat kau, siap dia dengan pelempang aku nih”.

“kau nih anne ada-ada je lah, kita serius dia buat lawak pula, perkara macam begini mana boleh nak dicuba-cuba, soal kawen bukannya perkara remeh nak ambik mudah je”.

“Terima je dia tuh mira, mesti dia baik dengan kau, kalau tidak tak kan dia terima kau walaupun dia tahu, kau pernah kawen”.

“Begitukah anne, tak tahulah nak buat macam mana, pening kepala aku nih dibuatnya, nanti-nantilah aku buat keputusan lagipun masih ada satu hari lagi nak aku fikir-fikirkan dulu”.

“Terserahlah mira, yang penting aku doakan kau bahagia selalu dan semoga hairul pilihanmu yang terbaik, sama-samalah kita berdoa semoga ada jodoh diantara kalian berdua, amin”.

“InsyaAllah anne, semoga aku dapat membuat pilihan yang baik”.

 ---------------------

I Give my first love to you mira, and i take u as my wife for the rest of my life, i’ll hope we can happy forever.

Dah seminggu kini aku bergelar isteri kepada hairul dan aku mengharap ada sinar kebahagian pada perkahwinan ku ini meski bukan yang pertama untuk ku namun aku mengharap aku tidak salah memilih dan diharap hairul dapat menjaga aku sebagaimana aku dapat menerimanya sebagai suamiku .

“Hai sayang, kenapa duduk termenung kat sini, apa yang mira menungkan dari tadi tak perasan abang kat sini”.

“Tak adalah bang, mira cuma mengharap yang abang tak akan mensia-siakan mira, dan mira berharap yang abang akan selalu menjaga mira dengan seadanya”.

“Abang tak akan mensia-siakan mira jika hayat dikandung badan, mira tetap dihati abang, Cuma abang mengharap agar mira dapat mencintai diri abang sebagaimana abang mencintai mira dengan tulus hati”.

“Mira tak berjanji dengan abang namun insyaAllah mira akan mencuba untuk belajar mencintai abang”.

Untuk sekali lagi aku terima cinta dari seorang lelaki yang mirip dengan arwah aidil, ku mengharap cintanya akan dapat membahagiakan aku untuk selama-lamanya.