Tuesday 6 December 2011

Saranghae Min Yu & Yu Sun ~ 3

“Napelah korang berdua nih suka bergaduh like dog and cat, tak boleh nak berjumpa mesti bertekak, korang nih ada masalah ke, kalau ada bawa lah berbincang, kita nih kan satu sekolah tak kan selalu bermusuh, kau tak kasihan ke ngan dia tuh min yu”. Ujar khairul bila melihat kawannya tuh suka cari gaduh ngan awek cun kat sekolah mereka.

“Aku sebenarnya tak ada masalah dengan yu sun tuh khairul, tapi dia je yang selalu cari gaduh ngan aku, tak pernah tegur aku cara baik, dia selalu cari kesalahan yang tak pernah aku buat. Macam tak ada modal nak cari gaduh ngan aku. Atau dia sengaja buat begitu kat aku, manalah tahu dia syok kat aku nih, kan khairul betul tak. ”

“Dah mula tuh layan perasan, mana lah aku tahu dia syok kat kau ?, atau kau yang ada hati kat dia tuh, betul tak min yun.” Usik khairul.

“Sorry ye kawan, aku ada hati kat dia, no way, aku tak nak kat dia tuh, dahlah garang macam harimau, not my taste.” Balas min yun .

“Jangan sombong lah kawan, tak baik cakap begitu, Tuhan tuh maha mendengar, kalau dah memang di takdirkan korang berdua tuh jatuh cinta, korang tak akan mampu melawan takdir dan suratan-Nya. Baik kau simpan kata-kata kau tuh, jangan sampai menyesal di kemudian hari”. Khairul sempat lagi memberi nasihat untuk kawannya tuh agar jangan terlalu ego. Kita Cuma manusia biasa  yang mampu merancang namun Tuhan yang menentukan.

“Insya-Allah aku ingat kata-kata kau tuh khairul, aku bukannya egolah, aku Cuma cakap yang betul je, kalau boleh aku tak nak kapel ngan dia tuh.” Balas min yun.

“Jangan sombonglah kawan, kita tak akan tahu tentang esok dah hari seterusnya, entah hari2 seterusnya korang berdua jatuh cinta, manalah tahu korang kawen.” Usik khairul membuat min yun ketawa.

“Pelah kau nih khairul, ada2 jelah, semoga dijauhkan aku dan yu sun tuh”. Balas min yun.

“Hish, kau nih min yu, aku cakap yang betul nih, jangan cakap begitu yang kau tak nak ngan dia tuh, kita tak kan tahu perancangan Tuhan macam mana ?, manalah tahu kau dan dia ada jodoh.” Khairul dah macam ustaz pilihan pulak.

“Ya lah ustaz khairul, kau jelah yang betul, aku je yang salah.” Min yun dah mula merajuk bila di tegur oleh khairul.

“Aku bukannya apa min yu, aku tak nak kawan aku akan menyesal, masa tuh baru kau nak terkejarkan si yu sun.” Khairul tak ingin melihat min yun terlalu emosi dan tak tahu membezakan yang mana betul dan salah.

“Janganlah serius sangat khairul, kita kan masih belajar lagi, kita kena tumpukan perhatian pada pelajaran kita tuh, aku nak kejar cita2 bukannya nak kejar cinta. Biarlah cinta itu datang kemudian. Soal cinta ini bukannya boleh di fikir sehari dua, ia perlukan lebih dari itu.” Balas min yun.

“Pandai juga kawan aku nih”. Usik khairul senang melihat min yu dapat berfikir dengan baik, aku je yang terlalu mengikut perasaan detik hati khairul.

“Aku tak pernah pun nak lari dari hakikat cinta cuma buat masa ini aku nak tumpukan pada yang penting dalam hidup aku ini. Aku bukan benci sangat kat yu sun tuh cuma aku geram je dengan perangainya tuh yang kadang2 buat aku sakit hati.” Ujar min yu.

“Sabarlah ye min yu, aku tahu kau nih kan penyabar, jangan di amik hati sangat perangai yu sun tuh dah memang begitu perangai  dia, tapi sebenarnya hati yu sun tuh baik Cuma kadang2 perangai dia tuh manja sangat.” Balas khairul.

“Baiklah ustaz khairul, nanti aku ajak hati aku nih agar selalu bersabar dalam menghadapi kerenah dia tuh.” Usik min yu (boleh ke aku bawak bersabar dengan perangai yu sun yang terkadang melampau batas).


Sunday 6 November 2011

seringkali

Seringkali kita diuji dengan berbagai dugaan
Seringkali kita tewas dalam ujiannya
Terkadang mampu menanganinya
Terkadang kandas sebelum mengemudinya

Seringkali aku termenung
Seringkali aku tersenyum
Seringkali aku tertawa
Seringkali aku berduka
Terkadang aku mampu berbicara
Terkadang aku hanya mampu membisu

Seringkali aku tergapai dalam mencari maknnya kehidupan
Seringkali aku kecundang dalam mencari kebahagiaan
Dan dalam seringkali itu belum tentu ku temui apa yang ku inginkan
Namun bukan bermakna dalam seringkali itu tiada jalan kebahagian
Kita hidup bukan hanya berpandukan untuk seringkali

usah biarkan

Usah biarkan cinta kita berpaling
Usah biarkan kasih kita terlerai
Usah biarkan rindu kita menyepi
Usah biarkan aku terus terkapai

Cinta yang ku genggam selama ini
Usah biarkan berlalu tanpa pesan

Cinta yang ku rasa ketika ini
Membuat ku rasa indahnya cinta
Tersenyum bahagia
Tersenyum duka
Terpetri janji kita berdua
Buat selamanya........

mula & akhir

Di pagi yang hening ini
Ku tulis kisah kita
Bermula dengam cinta
Berakhir dengan cinta
Pasrah aku kepada-Nya
Redha aku kepada-Nya
Ku genggam indahnya ujianmu
Ku letak di hatiku
Sesungguhnya manisnya dugaan itu
Semanis kasihku kepadamu
Ku letak hatiku ke sisimu
Ku semat cinta ku ke hatimu...........

Ku tak ingin membenci mu
Ku kan selalu ada untuk mu
Walau ku tahu kau telah tiada
Namun aku tetap setia .........

Tiada hujungnya cinta kita
Walau hakikatnya memang berakhir............


Senyuman itu tetap ada
Tangisan itu tetap ada
Kerana ia adalah sebahagian dari hidup kita
Tak perlu mengatakan tidak
Kerana sebenarnya ia tetap ada
Wujud di hati ini.......


Namun cintamu tetap manis di hati ku
Walau ku tahu semuanya telah berakhir
Namun tetap bersimpul rapi
Di hati sanubari ku untuk selamanya...........



Tuesday 11 October 2011

SARANGHAE MIN YU & YU SUN ~ 2


“Yu Sun ! kenapa semalam kau bagi tahu kat cikgu aku kacau kau ?, kau tak boleh tutup mulut ke, sampai kau bagi tahu kat cikgu, apa masalah yu sun sebenarnya”.

“Suka hati akulah nak bagi tahu yang kau sibuk apa hal, memangpun kau selalu kacau aku, macam tak ada awek yang lain yang kau nak kacau asyik aku jeh yang kau buli”.

“Tolong sikit yeh yu sun, aku bukan selalu nak kacau kau, yang kau perasan sangat tuh kenapa ?”, semakin geram hati min yun terhadap yu sun, kalau ikutkan hatinya mahu saja dia nak bagi pelempang.

“Lain kali kalau nak kacau, cerminlah sikit muka kau tuh, macam kacak sangat sampai aku nakkan kau, hish2 semoga dijauhkan kau dan aku”.

“Bukan main jual mahal kau yeh yu sun, macamlah kau saja awek cun kat sekolah ini, ramai lagi awek yang cun dari kau, memang dasar awek perasan”.

“Malas aku layan kau nih min yun memang suka cari gaduh dengan aku, baik aku pergi ke kelas sebelum loceng berbunyi dari aku buang masa aku kat sini, baik aku angkat kaki dulu sebelum ada perang besar berlaku”, semakin menyampah yu sun ketika ini bila melihat perangai min yun terhadapnya.

“Pergilah apa aku peduli, dari tadi tak puas asyik nak kenakan aku macamlah rupa aku nih hodoh sangat, tak apa lain kali aku akan buktikan yang aku bukannya teruk sangat sampai tak ada awek tak nak kat aku”.

Yu sun berlalu begitu saja dengan wajah yang merah membara bila mendengar bebelan min yun terhadapnya.

Alamak loceng dah berbunyi baik aku pergi cepat ke kelas kalau tidak memang kena denda lagi dengan cikgu garang, nasib baiklah cikgu aku tuh cantik biar garang macam manapun tak lah sakit hati dibuatnya, sempat lagi min yun memuji kecantikan dan kegarangan cikgu rehana terhadapnya.



~~~ akan bersambung....

SARANGHAE MIN YU & YU SUN ~ 1


Di hati ini telah bermula kasih n sayang walau hadir seketika walau dalam usia kita masih muda lagi, terkadang ia akan berkekalan dan terkadang ia hanya cinta sementara. Teringat kenangan lalu, mengimbas kenangan itu lalu mengimbau detik aku dan dia, menyelami apa kata hati lalu ia berlagu sepi nan indah, hati berkata inikah cinta untuk aku ataupun cuma sandaran untuk aku mengenal erti cinta antara kau dan aku.
****

“Cikgu, min yu kacau saya", dengan suara keras yu sun mengadu pada cikgu rehana.

“Min yu, kenapa selalu kacau yu sun, awak tak ada kerja lain ke nak buat, pergi buat kerja sekolah yang cikgu suruh”.

“Baiklah cikgu", min yu berkata tapi dalam hati dia merasa sakit hati pada yu sun.

Nanti kau yu sun sampai hati kau bagi tahu cikgu, aku kacau sikit pun tak boleh mentang2lah dia awek cun kat sekolah aku, berani dia bagitahu kat cikgu, awas kau yu sun balik dari sekolah aku akan ajar kau biar padan muka kau tuh perasan cun sangat.

“Min yu dah siap kerja sekolah, dari tadi cikgu nampak bukan main jauh mengelamun, awak nih min yu kalau tak mengelamun memang tak sah, siapkan kerja tuh sebelum pulang, nanti cikgu denda kalau tak siap”.

“Baiklah cikgu !, cikgu aku nih pun satu bukan main garang, tak boleh aku nak senang sikit ada2 saja yang tak kena”.

Apalah malang nasib aku hari ini, dua kali kena tegur dengan cikgu, ini yu sun punya pasallah aku kena marah dengan cikgu, tak apa ada ubi ada batas lain hari bolehlah aku balas.



~~~akan bersambung.....

Sunday 9 October 2011

BIDADARI YANG TERCIPTA

‘Ainul Mardhiyah, Bidadari Tercantik untuk Mujahid Fillah

‘Ainul Mardhiyah adalah nama seorang bidadari paling cantik di surga. Secara harfiyah, ‘Ainul Mardiyah adalah “mata yang diredhai” atau “mata yang disukai”.

Diceritakan dalam suatu kisah yang dipaparkan Al-Yafi’i dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid:

Suatu hari ketika kami sedang bersiap berangkat perang. Aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat. Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At-Taubah:111:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka”

Selesai ayat itu dibaca, seorang remaja berusia sekitar 15 tahun bangkit dari tempat duduknya. Anak muda ini anak orang kaya. Ia baru saja mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata:”Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan sorga untuk mereka?”

“Ya, benar, anak muda!” kata Abdul Wahid. Anak muda itu melanjutkan:”Kalau begitu saksikanlah, bahwa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan surga.”

Anak muda itu lalu mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan jihad fi sabilillah. Hanya kuda dan pedangnya yang tidak disedekahkan.

Ketika pasukan akan segera berangkat, anak muda itu datang lebih awal. Dialah orang yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur.

Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur siasat pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak: ”Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah…!” Kami menduga ia mulai ragu dan pikirannya kacau. Kudekati dan kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu.

Ia menjawab: “Tadi sewaktu aku sedang mengantuk, selintas aku bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: “Pergilah kepada ‘Ainul Mardiyah.” Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih dan di pinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan indah. Manakala melihat kedatanganku, mereka bergembira seraya berkata: “Inilah suami ‘Ainul Mardhiyah…”

“Assalamu’alaikum” kataku bersalam kepada mereka. “Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?” Mereka menjawab salamku dan berkata: “Tidak, kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu!”

Beberapa kali aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.

Akhirnya aku sampai pada khemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di pintu kemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: “Hai ‘Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang …!”

Ketika aku dipersilakan masuk, kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekat dia berkata: “Bersabarlah, kamu belum diizinkan lebih dekat kepadaku, karena roh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu.”

Anak muda melanjutkan kisah mimpinya: “Lalu aku terbangun, wahai Abdul Hamid! Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama”.

Belum lagi percakapan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan melanggar mereka. Selesai pertempuran, aku mencoba meneliti, kulihat anak muda itu penuh luka di tubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga rohnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia.


(Sumber: Irsyadul ‘Ibad Ila Sabilir Rosyad lisy Syaikh Zainuddin bin Abdul Azizi bin Zainuddin al-Malibari. Terjemah: H. Salim Bahreisy ).*

Bicara kita

senyumanmu dan kasihmu menusuk
membelai kalbu sejak detik pertemuan
tiada kata seindah bahasa dapatku huraikan
tentang kesucian kasihmu..
ia terlalu indah untukku..

ku ukirkan senyumanmu dihatiku sebagai penguat kasih kita..
keindahan hubungan kita adalah hiasan
yang terindah didalam hidupku..

kemanjaan mu
keindahan bicara mu yang menenangkan
kita rindukan tiap suasana yang kita miliki bersama mu
esok pasti perasaan ini tidak berubah
rasa rindu ini semakin hari
semakin kuat..semakin mesra..semakin sebati dalam diri kita

kotak fikiran kita sentiasa mengingatimu
lusa pula pasti kita tetap dengan rasa rindu ini
kerana mu adalah insan yang ku sayang
rindu kita tetap disini menanti
hari ini, esok, lusa dan selamanya
rindu ini akan sentiasa menemani

kita adalah insan paling istimewa
mengajar kita erti rindu yang sebenarnya

Friday 7 October 2011

Cinta setia

Apa pun yang kau katakan,
bagaimanapun kau menolaknya,
cinta akan tetap berada di sana,
menunggumu mengakui keberadaannya
menunggumu dengan penuh setia

tidak pernah mengecewakan
tidak pernah menghampakan
tidak pernah merasa sendiri
walau seketika kita membiarkan
tanpa teman untuk menemaninya

cinta tidak pernah mengkhianati
Cuma kita yang selalu alpa didalamnya
Namun Tuhan memberi ku nafas
Untuk ku bertahan didalam mencintai
Walaupun terkadang aku kandas didalamnya

Namun cinta itu indah
Jika cinta berlandaskan
Jika cinta berpaksikan
Jika cinta berpandukan
Nilai-nilai yang murni

Aku meneruni tangga-tangga cinta
Satu persatu dan ku kutip
Lalu ku letakkan di kanan hatiku
Dan berkata inilah setianya cinta
Cinta lahir dari ingatan ku kepadaNYA
Cinta lahir dari kasihku kepadaNYA
Lalu mengapa aku perlu mencari cinta yang lain
Seandainya CINTA ITU TELAH HADIR SEJAK AKU
DIDALAM PERUT IBUKU.....
CINTA ABADI ITULAH CINTA YANG HAKIKI
YANG TIDAK PERNAH MEMBUAT HATI KECEWA
YANG TIDAK PERNAH MEMBUAT HATI MERANA
NAMUN CINTA INI YANG SELALU MEMBUAT DIRIKU
MERASA TENANG BERADA DISISINYA....................

Jika

Jika bukan pada Tuhan, aku mungkin tak jatuh cinta lagi

Jika bukan pada Ibu, aku mungkin tak bisa mencinta lagi

Jika bukan pada puisi, aku mungkin tak punya cinta lagi.

Jika bukan pada dunia, aku mungkin tak kenal pahit manisnya jatuh

di kubangan hidup yang memberikan kesaksian airmata

jika bukan pada sahabat, aku mungkin telah tewas dalam kehidupan ini

Jika bukan pada kuatnya hati ini untuk bertahan


aku mungkin telah kandas untuk selamanya

Thursday 6 October 2011

Sahabat vs Cinta

Orang kata
SAHABAT itu SELAMANYA
Orang kata SAHABAT lebih dari CINTA
Orang kata sekali SAHABAT selamanya SAHABAT
Orang kata pilih lah SAHABAT dari CINTA
Orang kata mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA

SEBABNYA???

Mereka kata CINTA itu buta dan akan menyebabkan kita JATUH danTERLUKA
Mereka kata SAHABAT pula akan bantu kita BANGUN danPULIHKAN kita
Mereka kata CINTA boleh di cari tetapi SAHABAT sukar untuk di cari~~

MAKA.....

Mereka pilih SAHABAT dari CINTA...
Mereka dahulukan SAHABAT dari CINTA...
Mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA...




TETAPI....
Bila mereka mula merasai CINTA
SAHABAT di tinggalkan...SAHABAT di lupakan...
CINTA boleh menegur tentang SAHABAT...tapi...
SAHABAT tak boleh menegur tentang CINTA...
Kata-kata dan ikrar hanya tinggal kata-kata tanpa makna..

SEBABNYA

CINTA telah menjadi segala-galanya
CINTA telefon pukul 4 pagi tak apa
CINTA merajuk tak apa
CINTA marah tak apa


BILA

SAHABAT telefon pukul 4 pagi, talian sibuk...
"CALL WAITING" pun tak di pedulikan...
SAHABAT ada masalah langsung tak di endahkan...
SAHABAT merajuk, dia yang marah...
SAHABAT marah, dia terus putuskan persahabatan...

SEBABNYA

Dia fikir CINTA akan temani dia...
Tapi..dia tak pernah fikir "adakah cinta itu cinta sejati?"
Sedangkan SAHABAT sejati sudah ditinggalkan


AKHIRNYA
Setelah di tinggalkan dan dilukai oleh CINTA
Dia kembali mencari SAHABAT
Menagih kembali kasih SAHABAT
Luka SAHABAT terlalu dalam...
Namun, SAHABAT masih menerimanya...
Kerana, bagi sahabat, SAHABAT ADALAH SELAMANYA
Luka yang telah di gores di hati, SAHABAT menganggapnya sebagai... dugaanPERSAHABATAN
Kerana bagi SAHABAT~~"Sahabat sebenar akan mencapai tangan sahabatnya dan akan menyentuh hatinya"

Sunday 2 October 2011

Rasa Cinta

Adakah ketika kamu menitikkan air mata

dan masih peduli terhadapnya..

Adakah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih

menunggunya dengan setia..

Adakah ketika dia mulai mencintai orang lain

dan kamu masih bisa tersenyum indah berkata ‘Aku

turut berbahagia untukmu........

namun bisakah aku menerima cinta orang ketiga buatku

beginikah rasa cinta walau cinta itu bukan antara aku dan dia

tapi rasa cinta antara aku dengan yang lain.....

oh cinta mengapa kamu serba tak kena.........

Saturday 1 October 2011

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: HATI YANG PALING INDAH

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: HATI YANG PALING INDAH: Sehingga saat ini, saya masih termenung panjang tatkala mengulang baca sebuah sajak yang baru saya siarkan dua hari yang lalu. CINTA 100%....

Cerita cinta

Engkau bukan untukku
Walau ku mencintai dirimu
Engkau ada di hatiku
Tapi ku tak sanggup bersamamu

Lepaskanlah diriku
Cepat pergi tinggalkan aku
Ku tak ingin melihatmu
Ku mohon lupakanlah aku

Ini akhir cerita cinta kita
Tak akan lagi ku mengulanginya
Andaikan dulu kau mengerti
Tak akan berhenti sampai disini

Kau memang seindah pelangi
Tapi kau buat aku patah hati
Hilang sudah cintaku ini
Dengan apa yang telah terjadi

Cinta bukan untuk di bagi

Sunday 25 September 2011

Sahabat

JAGALAH

JAGALAH FIKIRANMU KERANA FIKIRANMU AKAN MENJADI UCAPANMU

JAGALAH UCAPANMU KERANA UCAPANMU AKAN MNEJADI PERBUATANMU

JAGALAH PERBUATANMU KERANA PERBUATANMU AKAN MENJADI SIFATMU

JAGALAH SIFATMU KERANA SIFATMU AKAN MENJADI KARAKTERMU

JAGALAH KARATERMU KERANA KARATERMU AKAN MENENTUKAN NASIBMU

Saturday 17 September 2011

Jangan bersedih

Jangan bersedih
Sekiranya waktu tidak memihak di antara kita

Jangan bersedih
Sekiranya masa tidak memihak di antara kita

Jangan bersedih
Sekiranya tiada pertemuan di antara kita

Jangan bersedih
Sekiranya tiada jodoh di antara kita

Jangan bersedih
Sekiranya kecewa yang memihak diantara kita

Jangan bersedih
Sekiranya derita yang memihak diantara kita

Jangan bersedih
kerana Allah lebih tahu tentang kita
kerana Allah lebih memahami kelemahan kita
kerana Allah lebih memahami kekuatan kita
kerana Allah lebih mengerti siapa kita
kerana Allah lebih mengerti di mana kedudukan kita
kerana Allah Maha Pemurah
kerana Allah Maha Penyayang


Jangan bersedih sesungguhnya
Allah mengetahui segalanya
Walau di mana kita berada
Kita tidak pernah terlepas dari PandanganNYA.................

Wednesday 14 September 2011

ku menunggu

Ku menunggu
Dan terus menunggu
Sedangkan ku tahu
Kau tetap tak kan kembali

Ku menangis
Dan terus menangis
Sedangkan ku tahu
Kau tetap tak kan kembali

Ku pujuk hati
Dan terus memujuk
Sedangkan ku tahu
Kau tetap tak kan kembali

Lalu datang sebuah harapan
Menyapa lembut di dasar hati
Lalu berkata tidak kah penantianmu
Suatu penantian yang sia-sia

Bukalah pintu hatimu
Bukalah pintu harapanmu
Bukalah pintu senyumanmu
Bukalah pintu peganganmu
Tidakkah selama ini
Ianya penantian yang sia-sia

Dirimu bukan sendiri
Dirimu punya teman
Teman yang memberi
Sebuah harapan
Sebuah kedamaian
Sebuah kasih dan sayang
Bukalah sekali lagi
Agar dirimu selalu bahagia.....

Airmata ini
Tetap mengalir saat aku melepaskan
Kau pergi untuk selamanya.....

Sunday 21 August 2011

Cinta Anis suraya - 2




11

Andai hadirnya cinta sekadar  untuk mengecewakan lebih baik cinta itu tidak pernah hadir.

Maafkan aku zarul jika pemergiaanmu penuh dengan kekesalan, tidak terniat untuk aku melukakan hatimu, maaf jika selama ini aku telah mengecewakan hatimu, kerana cinta kita terluka. Maaf seandainya aku telah membuat hidupmu menderita.

Maaf seandainya kedatangan aku nih begitu lambat untuk menjengukmu ditempatmu beradu, semoga Allah mencucuri rohmu dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Mengapa airmata ini tidak bisa berhenti, apakah aku layak hadir disini sedangkan selama ini aku yang terlebih dahulu meninggalkan dirimu, anis yang begitu mudah berpaling dari cinta kita, maafkan anis untuk kesekian kalinya.


Seharusnya anis tidak patut memijak tanah ini kerna anis tidak layak untuk hadir walaupun dirimu telah tiada untuk selama-lamanya, apakah anis perlu pergi jauh dari sini untuk selamanya, akhirnya aku tidak dapat melihat wajahmu untuk selama-lamanya, apakah aku begitu tamak kerna masih mengharapkan dirimu dan diwaktu yang sama hati ini telah mula menyukai fuad, adikmu sendiri, apakah aku begitu ego kerna menghadirkan cinta hadir di hati ini jika ia menambah kekecewaan di hati ini.   

Aku perlu membuang cinta ini untuk selama-lamanya, jika hanya melukai hati aku dan fuad, lebih baik aku cari jalan penyelesaian yang sewajarnya, aku tak nak melukai hati insan yang lain.

Bagaimana aku melupakan dirimu jika dirimu telah jauh dari ku, seharusnya aku sedar, dia hanya kenangan lalu yang seharusnya aku  buang dari hatiku namun  semakin aku buang hati ku terasa sakit, sakit sekali dan entah kali keberapa airmata ku mengalir lagi di saat kesalahan yang telah aku lakukan, cinta tidak selalunya kita dapat dan tidak semestinya berakhir dengan kebahagian, apa yang paling ku kesali aku tidak bisa membuang namamu dihati ku, sedangkan hati aku telah tumbuh cinta pada yang lain, apakah aku begitu tamak.


I will never be forget you when you give me a lot happiness and smile, how can i forget you. I never stop thinking of you n never forget n i don’t wanna say goodbye to you.

Kenapa lah aku hari ini begitu sentimental sangat, apa yang aku nak sekarang, begitu banyak benda yang nak aku fikirkan. Hati aku dah bulat untuk tinggalkan tempat ini, aku nak bawa hati aku pergi jauh dari negara ini, aku nak pergi untuk selama-lamanya.


“Elise, aku dah membuat keputusan yang aku nak pergi ke luar negara aku nak sambung belajar kat sana”.


“Kenapa tiba-tiba kau nak pergi ke sana anis, sampai hati kau tinggalkan aku kat sini”.


“Bukan niat aku nak tinggalkan kau elise, tapi aku terpaksa dan lagi aku tak nak tinggal lama-lama kat sini, aku tak nak berjumpa dengan fuad”.


“Sampai begitu sekali kau ambik keputusan anis, tak kan sebab kau tak nak jumpa dengan fuad, kau nak lari dari dia, tak kan tak ada jalan lain”.

“Kalau boleh dalam seminggu ini anis akan bertolak dan aku harap kau tak akan bagi tahu fuad aku nak pergi dari sini ?”.


“Baiklah anis kalau itu dah keputusan yang telah kau buat, aku tak boleh nak buat apa, aku nak larangpun dah tak ada gunanya lagi, aku harap kau tak mengambil keputusan yang akan membuat kau menyesal tak sudah”.
“Buat masa ini itu adalah jalan terbaik antara kami, aku  tak nak dia terima aku sebab terpaksa, dan lagi aku masih ingat lagi kat zarul, aku tak nak hati aku berbelah bagi memikirkan cinta antara mereka berdua, hati aku dah sakit sekarang ini”.

“Memang pun susah, tiada jalan yang mudah bagi mengatasi sesuatu masalah, kau bersabarlah anis, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa kau dan fuad.”

Anis telah bertekad akan meninggalkan tempat ini. Tiada lagi ruang antara dia dan fuad, semuanya telah jelas dan nyata antara mereka tidak mungkin bersatu.

Berat kakinya melangkah pergi namun itu lebih baik dari memendam duka lebih lama lagi, seharusnya dia lebih awal mengambil keputusan ini, tapi semuanya terlambat untuk mengubah apa yang telah berlaku antara dia dan fuad.

Sebelum aku nak bertolak, aku akan tinggalkan sekeping surat untuk tatapan fuad, semoga dengan cara ini dapat juga meringankan beban dihatinya.

Sedih ? sekuman perasaan itu masih terbuku dihati yang membuat dirinya dihimpit kelukaan bagi mengenangkan yang dirinya akan meninggalkan insan yang baru dicintainya sekali lagi, namun aku harus kuat melawan semua ini, bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
******
Ke hadapan fuad sahabat ku yang tersayang.....
Sesungguhnya ketika kau membaca surat ini aku telah pergi jauh dari tempat ini dan aku memohon maaf seandainya bicara ini akan membuat hatimu bertambah luka, tak terniat untuk aku melukai hatimu namun ini adalah jalan yang terbaik antara kita.
Aku harap janganlah kau cari aku lagi, biarlah kesudahan cerita antara aku dan zarul cukup setakat ini dan jangan lah di tambah derita lagi, tentang wasiat zarul, aku tak dapat untuk melaksanakannya, aku harap kau mengerti dengan keputusan ini.
Jagalah dirimu selalu dan aku akan tetap mendoakan kebahagianmu bersama insan yang kau sayang.
Dari temanmu Anis Suraya.

Sampai hati anis tinggalkan aku sendiri di sini, mengapa dia sanggup buat aku begini. Tiba-tiba hati terasa sakit sekali bila memikirkan anis telah pergi dari hidupnya. Apa yang harus aku lakukan sekarang ini. Di mana aku nak cari anis?.

Saturday 20 August 2011

Di mana hati ku

Begitu jauh aku melangkah
Terasa hati ku telah jauh pergi
Dari dasarnya
Ya Allah Ya Tuhan ku
Tetapkanlah hatiku
Tetapkanlah perasaanku
Kembali kepadaMU
Aku tak ingin jauh dariMU
Aku tak ingin lalai dalam mengejar impian
Aku tak ingin tewas dalam mencapai nikmatnya cinta
Hingga aku lupa betapa CINTAMU yang perlu aku kejar
Bukannya sekadar mengejar cinta dunia


Kuatkan iman di hatiku
Kuatkan lidah (qauli) ku terhadapMU
Kuatkan hati (qalbi) ku terhadapMU
Kuatkan perlakuan (fikli) ku terhadapMU
Berilah aku Ketenangan  melalui zikrullahMU
Ya Allah Ya Tuhanku
Innalillah wa inna ilaihi rajiun berkatalah aku
Diatas setiap dugaan dan cobaan yang ENGKAU berikan kepada hambamu

Sesungguhnya aku milik Allah dan kepada-nyalah aku kembali
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat
Mengapa hati ku begitu mudah melupakan tentang itu
Wahai hati bangunlah demi cintamu kepada yang satu
Yang tak akan melalaikanmu
Yang tak akan mengecewakanmu

“Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

Tuesday 16 August 2011

Rasulullah dan Pengemis



Rasulullah SAW dan seorang pengemis..

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai
saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka
kalian
akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan
membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan
makanan yang dibawanya kepada pengemis itu
sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu
adalah
Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang
membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu
hari
! sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah
anaknya Aisyah RA yan g tidak lain tidak bukan merupakan istri
Rasulullah
SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah
RA
menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir
tidak
ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi keujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di
sana",
kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan
untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu
memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya,
si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".
Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan ora! ng yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis
buta
itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah
mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih
dahulu
dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis
itu
melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,
"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.
Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar
penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?
Selama ini
aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku
sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....
" Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan
Abubakar RA
saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq
Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.
Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya
kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang
kita
sanggup melakukannya.





sumber dari : kisah penuh hikmah

Kisah Penuh Hikmah dari Penjaga Kebun Delima


Kisah Penuh Hikmah dari Penjaga Kebun Delima

Dikisahkan, ada seorang mantan budak kurus yang dimerdekakan oleh tuannya. Namanya Mubarak. Setelah merdeka, dia bekerja pada seorang pemiliki kebun sebagai buruh. Suatu hari, sang tuan mengunjungi kebunnya bersama dengan beberapa sahabtnya. Dipanggillah Mubarak, "petikkan kami beberapa buah delima yang manis!," pintanya.
Bergegaslah Mubarak melaksanakan perintah sang tuan. Dia memetik beberapa buah delima dan diserahkannya kepada sang majikan dan beberapa sahabatnya tadi.
Namun, ketika majikannya mencicipi delima yang dipetik Mubarak, tak satupun ada yang manis. Semuanya masam. Sang majikan marah dan menanyai mubarak, "apa kamu tak bisa membedakan delima yang manis dan yang masam?"
"Selama ini Anda tak pernah mengizinkan saya makan barang sebuahpun, bagaimana saya bisa membedakan yang delima yang manis dan yang masam?," jawab Mubarak.
Sang tuan merasa kaget dan tak percaya, bertahun-tahun bekerja di kebun itu, tapi Mubarak tak pernah makan satu buahpun. Maka ia menanyakan hal itu kepada tetangga-tetangganya. Mereka semua menjawab, Mubarak tak pernah makan delima barang sebuahpun.
Singkat cerita, selang beberapa hari, sang tuan datang menemui Mubarak untuk dimintai pendapatnya. "Aku hanya punya seorang anak perempuan, dengan siapa aku harus menikahkannya?"
Orang Yahudi menikahkan karena kekayaan . . .  Orang Nashrani menikahkan karena ketampanan . . .


Mubarak menjawab dengan tenang, "tuan, orang Yahudi menikahkan karena kekayaan, orang Nashrani menikahkan karena ketampanan, orang  Jahiliyah menikahkan karena nasab kebangsawanan, sedangkan orang Islam menikahkan karena ketakwaan. Tuan termasuk golongan mana silahkan tuan menikahkan putri tuan dengan cara mereka!"
Orang  Jahiliyah menikahkan karena nasab kebangsawanan . . . Sedangkan orang Islam menikahkan karena ketakwaan.

Pemilik kebun itu berkata, "demi Allah, aku hanya akan menikahkan putriku atas dasar ketakwaan. Dan aku tidak mendapati laki-laki yang lebih bertakwa kepada Allah melebihi dirimu. Maka aku akan menikahkan putriku denganmu."
Subahanallah, Mubarak menjaga dirinya dari makan buah delima di kebun yang dia bekerja di sana karena belum pernah diizinkan oleh pemiliknya, namun akhirnya Allah anugerahkan kebun itu beserta pemiliknya kepadanya. Balasan memang sesuai dengan amal. Barangsiapa meninggalkan sesuatu karena Allah, niscaya Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik.
Subahanallah, Mubarak menjaga dirinya dari makan buah delima di kebun yang dia bekerja di sana karena belum pernah diizinkan oleh pemiliknya, namun akhirnya Allah anugerahkan kebun itu beserta pemiliknya kepadanya.
Seorang Arab Badui menceritakan, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah memegang tanganku kamudian mengajariku sebagian yang telah Allah ajarkan padanya. Beliau bersabda,
إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئًا اتِّقَاءَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا أَعْطَاكَ اللَّهُ خَيْرًا مِنْهُ
"Sesunguhnya, tidaklah engkau meninggalkan sesuatu karena rasa takut kepada Allah 'Azza wa Jalla melainkan Allah akan memberikan kepadamu yang lebih baik darinya. " (HR. Ahmad)
Maka dari rumah tangga yang dibina Mubarak atas dasar ketakwaan tadi, lahirlah seorang syaikhul Islam, ulama besar, muhaddits ternama, mujahid yang pemberani, seorang kaya yang dermawan; Abdullah Ibnul Mubarak rahimahullah. 






sumber dari : kisah penuh hikmah

Pendayung Sampan Dan Professor


SmileyCentral.com
Pendayung Sampan Dan Professor
Suatu hari seorang profesor menyewa sebuah sampan untuk membuat kajian di tengah lautan.Pendayung itu merupakan lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana dia tidak mahu orang yang menemaninya banyak menyoal tentang apa yang dia lakukan.
Dengan tekun Profesor itu melakukan tugasnya tanpa menghiraukan pendayung sampan. Dia mengambil air laut dan diisi kedalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku catatan dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan mendongak ke langit, memandang pada awan yang mula berarak kelabu. Dalam hati dia berkata “Hmm..tak lama hujan lebat akan turun..”
“OK semua sudah siap mari kita balik.” Lantas pendayung itu memusingkan sampannya dan mula mendayung ke arah pantai. Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur pendayung sampan.
“Dah lama kamu mendayung sampan?” Tanya Profesor kepada pendayung sampan. “Hmm..hampir seumur hidupku,” jawab si pendayung ringkas.
“Seumur hidup kamu? Jadi kamu tidak tahu apa-apa selain mendayung sampan?” tanya Profesor itu lagi.
“Ya..”jawab pendayung sampan dengan ringkas.
Profesor belum berpuas hati dengan jawapan pendayung tua itu. “Kamu tahu Geografi?” Si pendayung menggeleng..
“Kalau begitu kamu hilang 25% dari usia hidup kamu.”
“Kamu tahu Biologi?”tanya Profesor itu lagi. Pendayung sampan itu menggeleng lagi.
“Kasihan kamu telah kehilangan 50% dari usia kamu.”
“Kamu tahu Fizik?” Profesor itu masih bertanya. Seperti tadi pendayung sampan itu hanya menggeleng.
“Sungguh kasihan kalau begitu kamu telah kehilangan 75% usia kamu.Malang sungguh nasib kamu semuanya tidak tahu. Seluruh hidup kamu hanya dihabiskan dengan sampan,tak ada gunanya lagi,” Profesor itu mengejek dan berkata dengan angkuh setelah merasakan dirinya yang terhebat. Pendayung sampan hanya mendiamkan diri.
Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebat, tiba-tiba ombak besar datang melanda. Sampan yang mereka naiki terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Profesor hanya menggeleng.
“Sayang sekali kamu telah kehilangan 100% nyawa kamu.” Kata pendayung itu sambil berenang ke pantai meninggalkan Profesor yang angkuh tadi.




sumber dari: kisah penuh hikmah

Tuhan pun bingung


Syahdan di suatu hari Tuhan berkata pada malaikat, “Hai malaikat, tidakkah kau tahu bahwa hambaKu setiap hari selalu mencariku tetapi bukan untuk mengenalKu melainkan karena Aku dipaksa-paksa dan diatur-atur mereka untuk memenuhi hajat hidupnya. Di dalam hati mereka selalu bunyi : semoga ini semoga itu, sesuai dengan selera mereka. Bahkan ada yang menggedor-gedor pintuKu memaksaKu untuk mengabulkan doanya, yang lebih parah ada yang menggugat kemahaanKu karena keinginan mereka tidak sesuai dengan kenyataan yang ada.”
“Terus bagaimana ya Tuhan ?”
“Aku ingin bersembunyi malaikatKu, tapi aku bingung akan kemana bersembunyi di mana ?”
“Bersembunyi saja di gunung yang tertinggi, pasti hambaMu tidak akan bisa menemukanMu.”
“Itu dulu malaikat, sekarang teknologi mereka sudah bisa mencapai puncak gunung yang paling tinggi sekalipun.”
“Kalau begitu Engku bersembunyi saja di dasar laut yang terdalam, pasti hambaMu tidak akan bisa menemukanMu.”
“Itu juga dulu malaikat, sekarang teknologi mereka sudah bisa mencapai dasar laut yang paling dalam sekalipun.”
“Kalau masih ketahuan, bersembunyi sajalah di Bulan jangan di Bumi, pasti di tempat yang ini hambaMu tidak akan bisa menemukanMu.”
“Itu juga dulu malaikat, sekarang teknologi mereka sudah bisa mencapai Bulan.

“Saya yakin di tempat yang satu ini mereka tidak bisa menemukanmu.”
“Di mana itu malaikatKu ?”
“Ya... di hati hambaMu sendiri Tuhanku.”
“Aha.. kurasa engkau benar MalaikatKu, Aku akan bersembunyi di dalam hati hambaKu, niscaya akan jarang sekali yang bisa menemukanKu. Karena biasanya mereka mencariKu di luar diri mereka.”
Itulah sepenggal kisah berhikmah yang dituturkan oleh salah satu jamaah masjid dekat rumah, ketika bertugas memberikan kultum di hari terakhir Ramadhan kemarin. Silakan dicari sendiri hikmahnya, silahkan dilihat sendiri posisi diri kita masing-masing dari kisah berhikmah tersebut.

Sunday 14 August 2011

CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan WAKTU


Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda
abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.
Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling
melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA.
Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
“KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!” teriak CINTA.
Lalu apa jawab KEKAYAAN, “Aduh! Maaf,CINTA!” kata KEKAYAAN. “Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini.” Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN
lewat dengan perahunya. “KEGEMBIRAAN! Tolong aku!”, teriak CINTA. Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA.
Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN. “KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!”, teriak CINTA. Lalu apa jawab
KECANTIKAN, “Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut.  Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini.” sahut KECANTIKAN.
CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.
Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, “Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu”, kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, “Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja…”, kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.
CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan
menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan.
Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA? Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan
segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia
sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati
menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.
“Oh, orang tua tadi? Dia adalah “WAKTU”, kata orang itu.
Lalu CINTA bertanya “Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku”, tanya CINTA heran. “
Sebab”, kata orang itu,”hanya WAKTU lah yang tahu betapa bernilai sesungguhnya CINTA itu.


sumber dari http://ahmadhuseinalkaff.wordpress.com




Saturday 13 August 2011

Pintu segala pintu

Ya للهl bukakanlah untuk kami pintu2 kebaikan

pintu2 keselamatan

pintu2 kesihatan 

pintu2 nikmat 

pintu2 keberkatan 

pintu2 kekuatan 

pintu2 cinta sejati 

pintu2 kasih sayang

pintu2 rezeki

pintu2 ilmu 

pintu2 keampunan & syurga