Wednesday 25 May 2011

Cinta dihatiku 2

Esoknya.


Bukan cinta namanya jika cinta bertepuk sebelah tangan, tapi itu tetap cinta biar hanya bertepuk sebelah tangan, dah memang nasib badan aku tak ada rezeki dengan dirinya so cinta telah hancur berderai. Tapi aku tetap bersyukur kerana kami tetap bersahabat dan aku tak sanggup kehilangan dirinya hanya kerna rasa cintaku kepadanya.

Biarlah dia bahagia bersama teman hidupnya, Aku akan turut bahagia jika dirinya bahagia.

Dan aku telah bertekad takkan fikir tentang cinta lagi, benarkah aku takkan berbicara tentang cinta lagi, cinta cinta cinta ia akan tetap hadir tanpa dipinta, so biarlah aku rawat hatiku ini dengan hati terbuka dan I try my best to forget everything about him. Try try try................

Hidup kena d truskan juga, walau suka n duka tetap akan ku harungi.

Masih jauh perjalanan yang nak aku teruskan, jangan pernah mengaku kalah walau seribu kali gagal. that's me. Wah bukan main puji diri sendiri, biarkanlah kalau selalu puji diri sendiri bukannya kacau orangpun. Sah, memang buang tabiat aku nih. Kalau c lia tengok aku memang gerenti dia akan cakap memang dah gila.

Cakap tentang c lia nih, pergi mana kawan aku satu orang nih dari tadi tak muncul, penat aku tunggu kat sini, di mana agaknya dia. Nih mesti kes pergi dating ni maklumlah dah jumpa jejaka pujaan hati. Sibuk pula aku ni, c lia pergi dating aku pula yang suka sangat. Baik aku pergi dari sini nak harapkan lia, nanti sampai malam lah aku tunggu dia.

Bila difikir dan diingat dah seminggu budak amir ni tak datang kacau aku, cam rindu pula kt die tuh. Pucca2 dah lah tuh nak rasa sakit lagi gara-gara jatuh cinta. Betul ke aku akan jatuh cinta lagi. Biarlah masa yang mengubah segala-galanya, aku tak nak paksa hati aku nih nak terima cinta, kalau memang jodoh aku kuat dengan amir, insyaAllah aku kan terima.
Sekarang nih aku nak lebih mendalami lagi cinta kepada Allah, bak kata dalam blog mohd.khir “Kejarlah cinta Allah dahulu, lepas itu baru kita sama-sama berfikir, macam mana nak kejar cinta manusia, jangan duk sibuk nak mengejar cinta manusia, tetapi cinta pada Allah masih lagi terkontang-kanting, silap lah tuh” betapa dalamnya maksudnya so pandai-pandailah kita bagaimana nak mencarinya. Ternyata aku terjatuh cinta dengan kata-kata kat blog mohd.khir.

Aku terpikat dengan kata-kata ini, “couple itu adalah cinta dan cinta itu adalah palsu” so cam ne nak kita bercinta jika cinta itu adalah palsu, adakah dalam cinta yang terbena antara manusia akan wujudnya cinta yang palsu.


Baik aku pergi tidur dulu , esok nak pergi kerja.

Tiba-tiba bunyi phone dengan lagu sedetik lebih dari anuar zain, dari mana pula nih call, aku nak tidur, kacau lah.

Hello ya, siapa nih?

Assalamualaikum pucca,

Walaikumsalam, siapa nih?

Uit pucca my sayam, dah tak kenal suara aku k, akulah buah hati pengarang jantung kau nih.


Siapa ya, macam aku kenal suara nih yang selalu kacau hidup aku, yang tak berhenti-henti nak sakitkan hati aku.

Kau nih pucca, tak abis-abis nak sakitkah hati aku nih, dah lah lama kita tak jumpa, senangnya kau kata begitu kat akulah, memang kejam sesangat lah.

Suka hati aku lah amir, apa kau peduli, itu aku punya pasal lah nak buat cam mana, yang kau terasa kenapa, aku bukannya suruh kau datang n call aku, aku tak pernah minta pun.

Sampai hati kau nih pucca, macam tak ada hati perut langsung, memang rugilah siapa yang kawen dengan kau nih, ganasnya bukan main pun.

Oiii amir, aku tak kisah pun kalau tak kawen pun biarlah aku jadii andartu yang penting aku tak kacau hidup orang.

Kau nih pucca tak pernah nak berlembut dengan aku nih macam lah aku ni singa, asyik dibawa bergaduh je .

Uit amir, apa hal kau cari aku nih, aku dah nak tidur dah ni, so direct to the point, cakaplah apa kau nak.

Pucca ooo pucca buah hati aku nih biar ganas macam mana pun aku tetap sayang kat kau.

Ye lah tu banyak sayang lah tuh, tak kuasa aku nak layan kau nih amir, kalau kau tak nak cakap, aku nak letak phone nih so cepatlah cakap.

Begini pucca, aku ada hal nak bincang dengan kau nih tapi tak boleh lah bagitahu kat phone nih, aku nak jumpa dengan kau besok, boleh tak?

Apa yang penting sangat sampai tak boleh nak bagitahu kat phone nih.

Adalah penting sesangat tuh , so esok malam kita jumpa.
Baiklah amir, penat da aku nak bertekak dengan kau nih tak larat da aku nih, esok malam kita jumpa lagi. Ok la aku nak tidur nih, selamat malam.

Malam my sayam pucca.


Hish2 tak abis dengan mulut yang manis, apa dia nak kat aku nih, mesti ada apa-apa nih, berdebar-debar pula hati aku nih di buatnya. Nih buat aku tak tidur nyenyak nih, lia pun belum balik lagi dari tadi. Lebih baik aku tidur dari aku penat memikirkan tentang amir sampai esok pagi takkan abis punya.

-----------------------------------

Alamak lambat aku bangun dah ni, hish2 ni mesti gara-gara semalam. Kenapa lah c lia tak kejutkan aku, dia belum balik dari semalam ke, mana dia pergi nih. Ini dah melampau dah ni sepanjang hari keluar sampai sekarang tak balik-balik.

Baik aku pergi mandi dulu and then baru aku call c lia, takut pula aku dibuatnya, nanti ada perkara buruk berlaku kat lia tuh.

Kenapa c lia nih tak angkat phone asyik2 miss call.

Baik aku pergi kerja dulu nanti kat hospital baru aku telephone balik, da kes berat nih. Harap-harap tidak ada perkara buruk akan berlaku.

Kringgggggggggggg. Ha’ah panjang umur c lia nih, buat aku lemah semangat dibuatnya. Oiii lia cantek n ayu kenapa dari tadi aku call kau tidak balas, takutlah aku dibuat hg nih, tak abis-abis takutkan aku. Kenapa tak balik semalam lia, kau ada problem ke sampai tak balik semalam.

Sorry bebanyak lah beb, aku ada hal dengan keluarga aku, tuh yang aku tak sempat nak call kau nih, boleh tak kau tolong aku ambik kan aku emerency leave.


Baiklah lia nanti aku ambik emergency leave kat hospital, janganlah kau risau, kau settle kanlah problem kau tuh nanti kita sambung kat rumah, dah ramai patient da nih, see you at home.

Akhirnya boleh juga aku berehat, jap lagi nak g lunch nih, tak best lah hari ini tak ada lia, sunyi sepi tak ada kawan bawa gaduh.

Kenapa tiba-tiba aku teringat kat amir nih, tak sabar rasanya nak tunggu malam nih nak jumpa dengannya. Hish kau nih pucca mula lah dah tuh, kalau c amir ada aku bawa gaduh kalau tidak ada baru nak cari. Aku pun tak tahu apa dah jadi dengan hati aku nih, tak boleh nak jumpa asyik-asyik gaduh memanjang macam kucing dengan tikus. Dah buang tabiat aku nih, ish2 moga2 di jauhkan aku dengan amir tuh, Jahatnya aku nih.

Baik aku pergi lunch, banyak lagi kerja nak dibuat nanti, dah lapar dah ni, ohhhhh kantin i’m kaming. Perangai macam budak kecik, dah besar panjang pun masih lagi cam budak2, nasib malanglah siapa yang nak kawen dengan aku nih, nama saja besar panjang tapi perangai macam budak kecik. Hihihihihi , kalau ada orang nampak aku cakap sendiri2 n senyum tersengeh, memang diorang sangka aku nih dah gila, peduli lah ada ku kesah.

Dah jam 1.30 nih, baik aku sambung kerja. I’m coming for you my little baby, wait for me. Mujurlah ada buah hati aku kat hospital nih, bila lihat baby2 yang cute mesti hilang stress , dan hati rasa happy.

Wah2.
Wink2.
Blink2.

Dalam hati rasa senang.



-----------------




Hai lia, ada masalah ke, bagi tahu lah kat aku nih, tak sabar rasanya nak tahu nih, dah lah satu hari kau tinggalkan aku kat rumah seorang-orang, meh lah cite kat kawan hang nih, I’m waiting 2 hear anything.

Sabar lah pucca sayaang, macam mana aku nak mula ye pucca.

Hentam je lah dari z ke a from a to z, aku terima seadanya cite kau tuh, no hal lah. Cepatlah aku dah tak sabar dah nih.

Beginilah lia, tak lama lagi aku nak kawen.

Huyyo, tak ada angin tak ada ribu tiba-tiba je nak kawen, ape cite nih beb.
Setahu aku kaukan baru kawan dengan budak hisyam tuh takkan cepatnya kau nak kawen nih.

Nih bukan cepat atau lambatlah nak kawen la pucca sayang, dah jodoh aku dah datang nak buat cam mane lagi. Lagipun aku lihat hisyam tuh baik orangnya, soal cepat atau lambat itu bukan persoalannya, yang penting kita ikhlas sesama kita nak sayang kat seseorang, betul tak pucca.

Aku tak ada komen tentang itu lah lia sebab aku nih bukannya cikgu yang baik pun, tapi tak apa, aku harap kau bahagia dengan c hisyam hingga ke akhir hayat.

Itu cerita aku dan c hisyam, yang kau dengan amir tuh macam mana?

Antara kami tiada cerita pun nak dipanjang-panjangkan, macam mana lagi, macam begitulah, kalau jumpa mesti gaduh.

Kau nih pucca, bila lagi kau nak terima cinta c amir tuh, jangan dia tinggalkan kau baru kau nak terhegeh-hegeh cari dia.

Biarlah lia, kalau dia nak tinggalkan aku, aku bukan siapa-siapa kat dia, aku tak nak paksa hati aku nih nak terima dia, biarlah masa menentukannya segala-galanya.

Tapi pucca, kau mesti ingat, tak selama-lamanya kau boleh lari dari kenyataan yang kau memang dah dijodohkan dari mula lagi oleh orangtuamu, takkan sampai hati kau nak hampakan dan kecewakan hati orangtua mu. Tak baik jadi anak derhaka.

Nantilah aku fikir-fikir dulu, lagipun malam ini aku ada temujanji dengan amir, nantilah aku bincang dengan dia.

Begitulah pucca, aku nak kawan aku seorang nih bahagia, disaat aku kecapi kebahagian bersama orang tersayang takkan aku sampai hati tinggalkan dia sendiri.

Kau nih lia, yang kawen tuh kau bukannya aku, takkan aku pun nak kawen juga kalau kau nak kawen. Hish2 dah buang tabiat lah kau nih lia.

Aku kan pucca, kalau boleh aku nak kita sanding sama-sama, barulah best.

Oiii lia, aku tak nak kawen sekarang nih, paling tidak setahun lagi baru aku nak kawen. Soal kawen nih bukannya perkara senang. Kena fikir dalam-dalam, sedalam laut cinta selatan.

Dalam apa lagi, dah dalam pun cinta amir kat kau tuh pucca, takkan tak cair hati kau tuh kat amir tuh.

Kau nih lia macam makcik joyah tak abis cite pasal amir, borinknya. Tak ada topik lain ke nak kita bincang.

Kau nih pucca, kalau dah bab c amir mesti kau larikan diri.

Malaslah, baik aku pergi mandi dan solat, kejap lagi aku nak pergi dating dengan buah hati kau tuh lia c amir.

Buah hati aku ke atau kau pucca, cakap je tak nak tapi dalam hati siapa yang tahu.

Memang pun aku tak nak, tapi nak buat macam mana aku tak boleh mengelak terus dari dia.


Seketika hatiku terasa nak menangis sebab tiba-tiba je aku ingat kat die , tapi nak buat cam mana aku kena kuatkan hati aku nih, aku tak boleh lemah, aku mesti kuat.

Betapa cantiknya perjalanan yang Allah susun & walaupun jalan cinta yang aku lalui tak secantik manapun namun aku tahu setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya, Allah maha tahu, dan Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.

Baik aku pergi bersiap, kejap lagi aku nak keluar.

Pucca, amir ada kat bawah, dia dah panggil tuh, so turunlah.

Ok2 lia, kejap lagi aku turun, sabar2.

Dah lama tunggu ke amir, sorry terlambat, aku harap kau tak marah.

Tak apalah pucca, aku sanggup tunggu walau seribu tahun lagi hanya untuk kau yang ku sayang.

Ermmmmmmmm
Jommmmmmm
Okayyyyyyy



Amir, apa yang penting sangat kau nak cakap nih, penting sangat ke sampai tak boleh tunggu.

Mestilah penting, nih soal hidup dan mati buat aku, takkan kau tak boleh teka apa yang hendak aku sampaikan.

Cakap jah lah, buat hati pucca nih berdebar-debar lah, rasa seram pun ada.

Kau nih pucca, sabarlah dulu kita makan dulu baru kita cerita, betul tak.

Yelah tuh amir, kalau bab makan memang kau yang terrer.

Biasalah, makan amat penting dalam hidup kita, kalau tak makan macam mana nak hadapi kerenah buah hati aku nih.

Banyak sangat falsafah dalam diri kau tuh lah amir.

Jom kita makan dulu, kalau nak bertekak dengan kau nih, satu malam memang tak abis punya.

Relaklah beb.

Gelinya aku dengar kau cakap gitu kat aku amir, berdiri bulu roma ku.

Meh, kita makan dulu.

Hatiku berdebar-debar di saat ini menunggu apa yang amir hendak sampaikan. Wahai hati bersabarlah, tenangkan hatimu, insyaAllah tidak akan sakit lagi.

Pucca, aku nak hantar rombongan nak melamar kau hujung minggu ini, aku nak bertunang dengan kau dan sekaligus nak kawen dengan kau. Aku harap kau tidak akan menolak lagi dengan hajat hatiku ini.

Boleh tak amir, bagi aku masa untuk berfikir, aku harap kau tidak memaksa aku untuk terakhir kalinya, bagi aku masa 3 hari untuk memikirkannya dan insyaAllah aku akan bagi jawapan dalam masa 3 hari.

Baiklah pucca, aku bagi 3 hari untuk kau berfikir tentang lamaran aku ini, dan aku berharap sesangat agar kau tidak menghampakan aku.

InsyaAllah amir.

Mengapa tetiba aku diam saja tanpa menolak segala apa yang diminta, apakah aku telah pasrah pada segala-galanya. Apakah aku menerima amir untuk cinta dihatiku ini. Mungkin telah tertulis ditangan takdir memang jodoh aku dengan amir bukannya dengan dirimu.

Perjalanan hidup dalam cinta, pasti ada waktu suka dan duka, yang itu kita takkan dapat mengelak kerna kita hanya manusia biasa. Cinta dihati kita bukan milik kita, kita hanya meminjamnya.

Cinta dihatiku ini bukan milikmu lagi wahai pujaan hati, dah memang kita tak ada jodoh didunia ini, aku ingin menangis sepuas-puasnya.

Tidak semua cinta mesti bersatu, begitu dengan diriku tidak mungkin cinta dihatiku ini akan bersama dengan orang yang kucintai. Aku harus kuat, Ya Allah tolonglah hambamu ini membuat keputusan, aku tidak layak untuk siapa-siapa kerna aku bukan milik siapa-siapa kecuali diriMU Ya Allah. Tenangkan hatiku untuk membuat keputusan ini.

Kenapalah disaat begini aku dengar lagu kegemaraan ku berkemundang diradio,
Kisah hati dari alyah, setiap liriknya menyentuh hatiku lalu aku teringat kepada dirinya. Biarlah untuk terakhir kalinya aku teringat kan dirinya selepas ini aku tidak boleh lagi mengingati mahupun merinduinya.

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
nanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya ooooo
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Tidak semua cinta mesti bersatu, begitu dengan diriku tidak mungkin cinta dihatiku ini akan bersama dengan orang yang kucintai. Aku harus kuat, Ya Allah tolonglah hambamu ini membuat keputusan, aku tidak layak untuk siapa-siapa.

Hai pucca, macam mana keputusan kau, kau terima tak lamaran amir?, ku harap kau tidak kecewakan hati amir tuh, kasihan aku tengok dia.

Yelah tuh lia, amir kau kasihankan , tapi dengan aku kau tidak kasihankan, apa punya kawan lah kau ni lia. Sedih tahu hati aku nih bila memikirkan semua ini.

Tak payah kau fikir lama-lama lah pucca, aku jamin kau akan bahagia bersama amir, amir tuh baik orangnya tak rugi kau terima cintanya. Yang berlalu biarkan lah berlalu, usah dikenang lagi, kan pujaan hati kau tuh dah milik orang.

InsyaAllah lia, aku akan cuba untuk terima amir dan belajar mencintai dirinya .

Ya Allah, jika benar jodohku dengn dirinya, cintakanlah aku padanya seorang namun janganlah sampai cinta dihatiku ini melupakan cintaku kepada-MU. Ya Allah jika benar cintanya padaku, ku harap dia akan setia padaku namun aku mengharap dia akan lebih setia cintanya kepada-MU.

Hari ini dah masuk hari ketiga, masa untuk aku beri keputusan terhadap lamaran amir, Ya Allah kuatkan hatiku untuk dapat bertahan bagi memberi keputusan yang mungkin menyakitkan hatiku namun aku telah pasrah pada ketentuanMU.

Untuk seketika cinta dihatiku ini akan bertukar lagi untuk seseorang yang akan bergelar tunang aku, meski cinta dihatiku ini belum sepenuhnya untuk amir. Aku harap aku tidak membuat keputusan yang salah untuk menerima amir dalam hidupku.

Cintaku kepadamu harus berakhir disini, aku tidak harus menoleh kebelakang lagi, aku harus pandang kedepan bersama orang yang lebih menyintai diriku.
Dan aku tahu cinta dihatiku ini bukan milikmu dari dulu lagi, cinta ku tidak pernah bersamamu kerna hatimu dah dimiliki insan yang kau sayang.

---------------------

Majlis pertunangan kami telah berlangsung dalam suasana yang sederhana, tetapi meriah. Dalam gembira, aku tetap berasa sedih namun aku tak boleh mengaku kalah dalam perasaan aku nih, hari ini aku telah menjadi tunang orang, Ya Allah Ya Tuhanku Kuatkan iman dihatiku agar hati n perasaan ku ini hanya menjadi milik insan yang bernama amir.

Terima kasih ya pucca diatas segala-galanya, dan aku tahu kau terpaksa terima aku walau cinta dihatimu bukan untukku, namun aku akan tetap menunggu hingga hatimu terbuka untukku.

Wah! Senyuman amir tersangat manis hari ini, Berdebar hatiku berdebar saat aku memandang wajah amir, mungkin hatiku telah terbuka untuk dirinya, entah, aku pun tak tahu. Adakah perasaan suka telah ada dalam hatiku ini, Entahlah.

Tahniah ya pucca, semoga bahagia selalu dan sampai ke jinjang pelamin.
Jangan selalu bergaduh dengan amir, nanti dia majuk susah nak pujuk.

Hish2 kau ni lia, ada-ada saja, bukan dia yang merajuk selalu, aku nih yang selalu merajuk dibuatnya.

Kau apa kurangnya lia, dah kawen pun, dan bertambah cantik , mesti hisyam tambah sayang kat kau nih ya lia, ku harap kau akan bahagia hingga ke akhir hayat, kalah aku nih.

Pucca oo Pucca, aku dah cakap, kawen lah terus tapi kau tak nak, kasihan dengan amir, dia nak sangat kawen dengan kau tuh pucca, tapi kau tak nak, kau nak tunang dulu, sampai bila kau nak tangguhkan perkahwinan ini.

Hish kau nih lia, bisinglah kalau iapun perlahan-lahanlah kalau kau nak cakap, nanti amir dengar mesti dia kecik hati.

Kau nih pucca, kasihan juga kau kat amir , lain di mulut lain di hati ye pucca, tapi kau saja tak nak mengaku yang kau dah mula suka kat amir tuh.

Lia2 janganlah risau ,nanti aku kawen juga dengan amir tuh tapi bukan sekarang.

Bila tiba masanya, aku akan kawen dengan amir kerna aku telah berjanji yang cinta dihatiku ini akan menjadi miliknya. InsyaAllah kalau jodoh kami panjang, kami akan bersatu di Jinjang Pelamin dan akan bergelar suami isteri. Tunggulah hari itu pasti akan menjelma.




(Kenangan terindah adalah milik persahabatan kita)........



BMW = BGW

Macam-macam ada

Sape yang letak bunga kat depan rumah aku nih, hish2 jiran aku nih dah buang tabiat agaknya, tak abis2 ngn bunganya, baik dia buka satu taman letak bunganya kt taman,ni tidak kt depan rumah aku juga jiran aku tuh nak letak, mentang2lah rumah aku nih tak ada bunga yang ada bunga tahi ayam, ish2 macam-macam ada.


Sape pula mamat seorang nih asyik duk kat depan rumah aku nihhhhh. Dengan gaya yang luarbiasa, kalah malek noor. Asyik2 nyanyi lagu cari jodoh, lain je bunyinya macam nyindir aku je nih. Macam lah aku tak laku, ish2 macam-macam ada.


Ini kes apa pula nih, makcik rumah sebelah nih tak abis2 gaduh ngn suami die, yang laki die npelah selalu cari gaduh ngn isteri die tuh, takkan tak sayang isteri kut, macam tak cukup makan je bunyinya. Npelah ngn laki die tuh garang sesangat macam nak makan isteri die je. Bahaya2 tuh, nilah suami sekarang, masa nak pikat isteri dulu manisnya bukan main, tapi sekarang dah ilang manis yang tinggal racun, ish2 macam-macam ada.

Tuh baru tiga kisah, kalau nak dikira, banyak lagi kisah manusia sekarang, tapi untuk kali ini tuh je yang boleh aku nak cerita kt korang nih.

hihihihi..............
huhuhuhu..............
mengommmmmmmmmmmmmmm