Wednesday 13 July 2011

Bunga-Bunga Ros

. Buat penggemar Ros aku coretkan beberapa maksud bunga ros untuk tatapan semua ..


Ros Hijau




melambangkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dan mendamaikan hati.Warna kehijauan itu adalah sifat alam yang melambangkan kedamaian dan kesetia memberi nafas kepada manusia


Ros Merah



Memberi makna cinta, penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang. Keunikkan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang emm menyentuh perasaan.


Ros Putih


Sifat ‘innocence’ dan keaslian,diam penuh muslihat, kegembiraan..serta untuk merakamkan rasa ambil berat pada seseorang...



Ros Merah Jambu



merah jambu terang- rasa emm mengagumi dari jauh, simpati, kelembutan dan kemanisan. Merah jambu pekat-kepekatan ini membawa maksud ungkapan ‘terima kasih’ tanda penghargaan.



Ros Kuning



kegembiraan,persahabatan yang berkekalan..boleh menjadi wadah kepada permulaan yang baru serta ungkapan selamat kembali tanpa suara boleh dizahirkan…ingatlah yang tersayang, yang mengambil berat..serta sering ditafsirkan kepada sifat cemburu pemberinya…



Ros Oren



kuning dengan bewarna kemerahan pada hujungnya-persahabatan dan jatuh cinta..

Oren-Keinginan serta kesungguhan..khasnya untuk sesuatu ataupun seseorang.


Ros Lavender
Ros ‘Lavendar’ jarang ditemui di negara kita. Namun keindahanya yang unik boleh memikat hati dan imaginasi kita. Dengan warnanya yang fantastik adalah ‘perfect symbol’ kepada tarikan hati. Sejambak ros ‘lavendar’ mengatakan ‘love at first sight’



Ros Hitam


Sesuatu yang sukar dapat. Ros hitam sukar didapati kerana tidak semua tempat mempunyai bunga jenis ini. Oleh itu, ia dilambangkan kesukaran untuk menambat hati seseorang...




Kata orang tua-tua, tanamlah bunga ros atau mawar diluar rumah..kelak emm terasa segar tatkala malam hari..bau wangian akan masuk menusuk kalbu..tak kurang juga pokok bunga raya, agar sekeliling rumah kelihatan ’sejuk mata memandang’

Bunga Ros yang batangnya dibiarkan panjang tanpa dipotong-’ku akan sentiasa mengingatimu’ penganti bicara ini.

Bunga Ros yang diberikan secara sekuntum-emmm ungkapan klasik ‘Aku cinta padamu’ bagai menjerit keluar darinya bagai memberitahu si penerima.






Sumber dari : a little thing called life