Sunday 17 July 2011

Cinta kedua (3)




“Ris, macam mana aku nak lihat bintang dan bulan, hari kan masih siang nih, dah buang tabiat lah ko ni ris, macam lak aku budak kecik boleh kau tipu, lain kali aku tidak mahu ikut keluar dengan kau nih”.

“Alahai nisa, bayangkan je lah kan senang cite tuh, cuba bayangkan kita lihat bintang dan bulan dalam suasana romantik, dengan nyanyian laut yang damai”.

“Banyak songeh lah kau nih ris, aku tak mahu nak bayangkan, tak larat nak bayangkan sesuatu yang tak realiti”.

“Kau nih nisa, itu pun malas nak bayangkan, sesuatu yang ingin kita ingini mesti bermula dari angan-angan barulah kita jadikan realiti, betul tak nisa?”.

“Yelah tuh, banyak sangatlah tuh keinginan nak membayangkan, huh malas aku nak layan kau nih, tak habis2 dengan imaginasi yang entah2. Buang masa aku nak keluar dengan kau nih”.

“Jahatnya kau nih nisa, sampai hati kau tak nak keluar dengan aku, apa boleh buat kalau orang tak suka dengan kita, kita nak buat apa2, tak boleh paksa kat orang tuh”.

“Majuk dah haris encem nih, majuk lah puas2 ye ris, aku tak nak pujuk2, pergi kau cari buah hati kau tuh, suruh dia pujuk kau”.

“Uit nisa, bahasa tuh tak pandai nak jaga2 ye, senang2 je nak cakap, huh memang dasar kawan tak pandai nak pujuk, sedih hati aku nih”.

“Biarkanlah ris, cakap je apa yang nak kau cakap, aku tak kesah pun, lantaklah”.

“Wah2 nisa, baru aku tahu sekarang, kau nih ganas sangatlah, kalah aku dibuat kau nih”.

“Sudah2 lah tuh ris, aku nak makan nih, kau orderlah dulu”.

“Ok2 terlupa lak, hihihiiiiiii, sorry2”.

“Tuh lah kau ris, kalau dah bercakap memang tak berhenti2 macam mak joyah”.

“Sorry2 ye , meh kita makan or mandare.....hihihihi.......”
“Apa ke bende tuh ris, bahasa baru ”“

Yup bahasa jiwa bangsa.

Hahahaha

“Cepatlah ris makan tuh, dah lama kita keluar nih nanti ada orang lihat kita berdua nih. Mana lah tahu ada yang marah kat aku nih”.

“Siapa yang nak marah nisa? , bukan pakwee nisa yang bising kalau aku keluar dengan buah hati pengarang jantungnya”.

“Hish2 kau nih ris ada2 je lah, kita cakap tentang dia, kita lak yang dikenakannya. Dah memang buat tabiat, cepatlah makan, asyik membebel dari tadi, kalau begini sampai bila nak habis makan”.

“Baiklah nisa, aku diam sekarang nih, tak nak cakap2 lagi so jom makan”.


---------------------


“Macam mana perkembangan terbaru korang berdua nisa?, ada yang acik ketinggalan, mehlah kongsi dengan aku, nak juga dengar cerita korang berdua tuh”.

“Perkembangan apa yang nak kau tahu nih acik, tak ada yang berkembang pun, aku keluar dengan haris tuh sekadar makan tak lebih dari itu, kalau kau nak tahu?”.

“Kau nih nisa, lambat sangat nak bertindak, jangan nanti kau yang menyesal, nanti ada yang sakit hati”.

“Uit acik, tak kan kau suruh aku pergi pikat dia, memang teruklah kau nih acik, tak kan aku yang dulu buka langkah, hish2 memang kerja gila”.

“Biarlah kerja gila tuh nisa, dari kau duduk diam macam orang nak temuduga cari kerja,”
hahahaha

“Apa kena mengena dengan temuduga lak dengan aku”.

“Jangan marah kawan, nanti cepat tua”.

“Macam mana aku nak cakap kat haris tuh yang aku suka kat dia dan dah mula jatuh hati, nih yang buat aku bengang. Nak dicakap susah , tak nak cakap lagi susah, hish2 memang susah kalau begini”.

“Baik kau tanya kat haris tentang perasaan dia kat awak tuh so tak lah selalu mengelamun, siang dan malam selalu begitu”.

“Kalau kau tak berani nak tanya, baik aku pergi temankan kau, biar segala pertanyaan kat hati kau tuh dapat dijawap”.

“Terima kasihlah acik, tak payah kau nak tunjuk berani, biar aku sendiri yang selesaikan masalah ini”.

Susahnya nak luahkan apa yang ada dekat hati aku nih, selalu jumpa tapi masih lagi tak tahu nak buat macam mana. Teruknya aku nih, tak pasal-pasal ingat kat haris.


------------------------


“Haris ! sebagai kawan aku nak tanya, apa hubungan korang berdua, aku nampak bukan main rapat sangat lagi.

“Jika benar kau tak sanggup nak kecewakan dirinya, jangan selalu permainkan hati n perasaannya itu ris, takkan kau sanggup melukai hatinya, kalau benar kau tak ada hati kat nisa itu lebih baik kau jangan dekati dirinya lagi, nanti dia makin perasaan kat kau tuh”.

“Bising lah kau nih zack, bukannya aku nak kecewakan dirinya, aku berkawan dengan nisa, niat aku ikhlas bukannya nak perdayakan perasaanya”.

“Itu aku tahulah ris, tapi dari gaya kau tuh bukan main rapat lagi kau dengan nisa, takkan tidak ada apa2 yang berlaku diantara kalian”.

“Memang tiada apa-apa antara kami, kami cuma rapat hanya sebagai kawan tak lebih dari itu, takkan nisa suka kat aku?”.

“Manalah tahu ris, aku tengok nisa tuh lain je bila dia jumpa dengan kau”.

“Lain macam mana lak, kau nih zack ada-ada je kat kepala kau tuh”.

“Memang betullah ris, kalau kau tak percaya, pergilah tanya kat nisa tentang apa yang aku cakap?”.

“Aku nih kalau tengok seseorang dari raut wajahnya memang aku dah tahu dia suka kat kau tuh. Baik kau pergi siasat tentang ini, manalah tahu betul apa yang aku cakap”.

“Yang kau sibuk tuh zack, kenapa?”

“Aku bukannya apa kawan, aku tak nak kau lukai hati nisa, korang berdua bukan main rapat sangat macam sepasang kekasih”.

“Kau nih zack, macam kau berkenaan dengan nisa, takkan kawan aku nih dah jatuh hati kat nisa”.

“Memang aku ada hati kat nisa tuh ris, sejak kali pertama aku lihat dia bersama kau ris, sejak itu hati aku dah tertawan sebab itu aku tanya kat kau kalau betul kau ada hati kat nisa, kalau tidak ada aku nak berterus terang kat dia, macam mana boleh tak?”.

“Hai kawan, kau nih serius nak terus terang dengan nisa, kau tak takut ke kalau2 dia tak terima kau, nanti ada yang sakit hati”.

“Aku tak takutlah ris, bukan apa-apa pun kalau dia tidak balas hati aku nih, yang penting aku dah berterus terang kat dia tuh so aku taklah rugi sangat berbanding dengan kawan kita nih tak pernah terus terang”.

“Zack, kau nak kenakan aku ke, memang betullah aku dengan nisa tak ada apa2, yang kau sibuk sangat tuh kenapa, kalau nak sangat kat die tuh pergilah jumpa dengan nisa, aku tak kisah”.

“Baiklah ris, kalau itu dah kau cakap, aku akan jumpa dengan nisa dalam dua hari lagi so sampaikan salam aku kat dia dan cakap kat nisa yang aku nak jumpa dia”.


-------------------


“Macam mana zack, kau dah cakap kat haris seperti yang kita rancang, so apa ris cakap kat kau?”.

“Macam biasalah dengan haris tuh tak pernah terus terang masih lagi pendam perasaan dia tuh, akupun tak tahu lagi nak buat macam mana, tapi kita lihat nanti macam mana reaksinya bila aku berjumpa dengan nisa, aku nak tahu, boleh tak hatinya tahan tengok aku pergi luahkan perasaan aku kat nisa tuh, so acik rancangan kita akan bermula tak lama lagi, aku harap ia akan berhasil, demi kawan aku sanggup buat apa-apa saja untuk kebahagian mereka berdua”.

“Aku harap begitulah nampaknya ya zack semoga rancangan kita berhasil, aku nak tengok sejauh mana keras hati mereka berdua”.

“Susah sangat nak terus terang, dah terang2 suka antara satu sama lain tapi tak berani nak mengaku, kalau akulah aku akan cakap kat orang yang aku suka, buat apa nak pendam lama2, nanti silap-silap hati akan berkulat, betul tak zack?”.

Hahahaha

“Hish2 kau nih acik ada-ada je lah takkan sampai nak berkulat, cian kat hati kita nih kalau sampai berkulat”.

“Aku main-main je lah zack, takkan sampai begitu sekali, betul tak zack, tapi kalau betul apa salahnya”.

“Bila kau nak jumpa dengan nisa tuh zack, bolehlah aku buat persediaan nak sediakan perangkap dengan sebaik-baiknya”.

“Kau dah gila ke acik, perangkap apa lagi nak kau buat, hish2 kau nih ada2 saja, dah buang tabiat lagi nampaknya”.

“Zack, adalah tapi kau tak boleh tahu apa aku nak buat so kau tunggu jelah apa aku nak buat dengan kawan kita berdua tuh, biar padan muka mereka berdua”.

“Yelah tuh acik, jangan saja kau yang kecewa jika rancangan kau tuh tak berhasil, barulah padan muka kau tuh acik”.
Hahahaha

Tunggu dan lihatlah zack.
Hihihihi



------------------------



“Acik, semalam aku jumpa dengan haris, dia kata ada seseorang nak jumpa aku, tapi dia tak bagi tahu apa sebabnya, aku takutlah acik nak jumpa dengan kawan haris tuh, kau tahu tak siapa orang itu”?

“Aku tak tahu pasal nih nisa, hish pandainya aku bohong kat kawah aku nih, kalau nisa tahu tentang semua ini, habislah aku kena hentam pakai penyapu”.

“Pergilah kalau kawan haris tuh nak jumpa, dia bukannya nak makan kau tuh, apa salahnya kau jumpa dia lagipun haris kan ada temankan kau, tak kan itu pun kau takut”.

“Bila kawan haris nak jumpa nisa?, aku nak ikut boleh tak?, dalam masa yang sama bolehlah aku tengok2 budak yang nak dating dengan kau tuh”.

“Uit acik, aku jumpa dengan dia bukannya nak pergi dating hanya sekadar berjumpa, tak lebih dari itu”.

“Yelah tuh nisa, kalau dia nak jumpa sangat dengan kau tuh mesti ada cerita disebaliknya, takkan pokok bergoyang tanpa ada angin meniupnya”.

“Banyak sangatlah peribahasa kau tuh acik, buat aku gementar dibuatnya, so jangan tambahkan resah kat hati aku nih, boleh tak acik”?.

“Esok, aku nak jumpa dengan kawan haris , siapa namanya aku dah lupa nak tanya kat haris, tapi tak apalah esok aku akan tahu juga namanya”.

Aku harap semuanya akan berjalan dengan baik, tapi tak tahulah kenapa hati aku nih cam lain je rentaknya, hope esok akan baik-baik saja.


--------------


Esoknya

“Hai ! awak aira hernisa kan, saya zakuan kawan haris tapi nisa boleh panggil saya zack”.

“Mana haris ?, dia tak ikut sekali ke, haris ada bagi tahu saya yang zack nak sampaikan sesuatu pada saya, kalau boleh saya nak zack terus terang apa hal sebenarnya, setahu saya kita tidak pernah berjumpa macam mana boleh timbul persoalan antara kita”.

“Macam mana aku nak cakap kat nisa nih, rupanya susah juga kalau nak berterus terang, tadi bukan main aku berani nak cakap kat nisa, tuhlah padan muka aku nih, berani konon”.

“Begini nisa, yang sebenarnya aku nak bagitahu kat kau yang aku dah jatuh hati kepadamu nisa, entahlah mengapa tiba-tiba perasaan itu boleh hadir, namun aku tidak dapat menipu diri ku sendiri, aku harap kau akan faham perasaan aku ini”.

“Sorry lah zack aku tidak dapat menerima cintamu sebab aku dah berikan hati aku pada orang lain dan aku hargai kejujuranmu terhadapku, ku harap kau dapat menerima keputusan aku nih, aku tak nak melukai hatimu dengan keputusan aku nih, dan berikanlah cintamu terhadap wanita yang sangat mencintai dirimu dengan seadanya.”

“Tak apalah nisa, aku tak paksa kau untuk menerimanya kerana aku tahu cinta tidak bisa dipaksa, mahupun untuk diberikan kepada seseorang yang tidak menyukai kita, dan aku harap kau pun sama tidak harus memendam perasaan cinta itu terhadap orang yang kau suka, janganlah fikir perkara yang bukan-bukan, kalau betul kau memang suka kat seseorang, kenapa tidak pernah terus terang kat orang itu”.

“Sorry ye nisa sebab aku terlebih batas hari ini, aku bukannya nak suka ambik hal orang lain tapi aku sekadar nak menolong, jika ada yang bisa aku tolong”.

“Mamat satu nih macam tahu je masalah aku nih, kut2 dia datang kesini bukannya nak luahkan perasaan dia kat aku tapi nak korek rahsia hati aku nih, susahlah kalau begini”.

Cinta ini tidak semestinya kita akan dapat, cinta juga tidak harus kita miliki kerana cinta itu bukan milik seseorang, ia akan berbunyi jika kedua-duanya menyinta, apatah lagi jika dengan kita sayang, ia akan membuat kita bahagia walau sebenarnya kita derita.

Cinta juga perlukan pengorbanan antara satu sama lain, bukan senang nak kita luahkan apa yang terpendam di hati jika cinta itu bertepuk sebelah tangan.

“Aira hernisa, kenapa diam saja dari tadi, sorry jika kata-kata saya tadi membuat nisa terluka”.

“Tak apalah zack, betul juga kata-kata zack tuh Cuma aku tak nak berbincang pasal nih lagi, ok lah zack aku nak balik dulu kalau tiada apa-apa lagi nak dibualkan, aku nak minta diri dulu, terima kasih atas pelawaan makan malamnya, dan nisa nak minta maaf jika telah melukakan hati zack dan salam kat haris”.

Aku sebenarnya telah hanyut jauh dari dasar hati aku nih hanya kerana rasa cinta ku padanya, lebih baik aku pergi jauh dari kehidupannya kerana baginya aku tidak lebih dari seorang kawan, aku tak nak bohongi diri aku nih seperti tiada apa-apa yang terjadi”.

“Aku nih pun satu macamlah aku nih terdesak sangat nakkan cinta, sampai aku terhegeh nak cinta dari dia, bosanlah kalau begini”.

Dan sejenak itu aku teringat pada kenangan yang lalu bersama kawan aku yang dah lama tinggalkan aku sebab dia dah berpunya, memang susah nak rasa bahagia, walau dah ada didepan mata tapi susah nak mengapainya. Begitu pahitnya jika cinta bertepuk sebelah tangan, apakah aku harus pertimbangan kata-kata zack kat aku, lebih baik aku terima cinta orang yang menyintai diriku dari mengharap dari insan yang kita cintai. Tapi betulkah zack tuh cintakan aku, hish2 tak abis dengan cinta n cinta n cinta lagi.


------------


“Acik oo acik !! kau rasa aku harus terima cinta zack atau tidak, macam mana pendapatmu”.

“Kenapa kau tanya aku begitu?, kenapa kau tak terus terang kat haris, apa yang sebenarnya terjadi, manalah tahu dia pun suka kat kau tuh, nih tidak kau diam dan tak pernah terus terang, pergilah jumpa haris, kau bukannya rugipun, ini tidak asyik diam membisu, kalau begini apa yang kau dapat, jangan nanti kau menyesal tak sudah”.

“Aku malu lah acik. Mana boleh aku yang pergi dan terus terang kat haris, jangan buat aku malu lah acik, sekarang nih pun aku dah malu dengan perasaan aku sendiri sebab boleh suka kat orang yang lebih muda dari aku”.

“Cinta tidak pernah mengenal usia lah nisa, itu pun kau tak tahu ke? Pergilah sebelum terlambat”.

“Kau nih acik buat aku seram dengar apa yang kau cakap, biarlah kalau memang haris bukan jodoh aku, aku nak buat macam mana, biarlah begitu saja, aku tak nak mengeruhkan keadaan antara kami, jangan sampai nanti persahabatan kami terputus gara-gara cinta, biarlah ia begini”.

“Nisa, kau nih kan memang degil, penat mulut aku bercakap dari tadi tapi tak juga kau nak dengar, kalau macam begini sampai tualah kau tak akan kawen2”.

“Uit acik, tak sayang mulut nampak, ada ku kesah kalau aku jadi andartu”.

“Senangnya kau cakap begitu nisa, tapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya menahan derita, cakap di mulut lain tapi hati kata lain, siapa tak kenal kau tuh nisa, berlagak tunjuk terrer sangat”.


“Acik, bukan aku nak tunjuk terrer sangat tapi untuk ketika ini itulah yang terbaik buat aku dan dia, biarkanlah masa yang menentukannya”.

“Entahlah nisa, aku malas dah nak cuci telinga kau tuh, asyik biarlah, selalu cakap begitu, kalau begini perhubungan kalian hanya setakat persahabatan saja dan tak lebih dari itu”.

Dalam hati siapalah yang tahu sedangkan aku sendiri tak pasti apa yang aku rasakan, cinta itu hadir tanpa ku seru, ia hadir begitu sahaja, adakah aku mampu mengapainya dan memilikinya, namun aku mengerti cinta tidak boleh dipaksa, hadirmu sudah cukup untuk aku ketika ini.

Indahnya dunia persahabatan jika berbanding dengan percintaan, terkadang aku tak begitu memahaminya, namun cinta membuat aku begitu terseksa dan berbanding dengan persahabatan membuat aku begitu bernafas, aku merasakan yang aku akan memilih persahabatan dari percintaan.