Friday 24 June 2011

Segelas air




Jauhnya aku berjalan

Terasa nak berhenti

Terasa nak minum air

Lalu aku bertanya pada seorang pakcik

Pakcik boleh tak bagi saya segelas air......

Pakcik pun berkata, wahai anak disini tiada segelas air yang ada Cuma satu baldi air. Jadi pakcik tak boleh bagi anak segelas air....

Aku pun bengang dengan jawapan pakcik itu....

Aku pun bertanya kat pakcik itu kenapa dia tidak bagi saya air.....

So nak tahu apa jawapan pakcik itu......

Senang je jawapan pakcik itu, korang nak tahu......

Jawaplah dulu, baru pakcik itu bagi tahu........

Hahahahaha............................


Layan lagi.............

Langkah Kita


Jom kita berbicara lagi, biar semua menjadi satu n tidak menjadi dua dalam perjalanan kita yang banyak ranjau dan duri ini. Siapa tidak pernah merasa sakit dan derita, namun itu bukan menjadikan kita lemah dalam setiap langkah yang kita atur dan dalam setiap perjalanan itu kita masih punya teman, keluarga dan yang penting kita masih punya Tuhan, tiada Tuhan selain Allah swt.

Jom kita bangun biar jatuh beribu kali, kita bangun seratus kali kerana itu sabarlah dalam apa jua keadaan. Menangislah sepuas-puasnya jika bisa menenangkan hatimu namun janganlah menangis sehingga kita membelakangkan pencipta kita iaitu Allah.
Menangis kerana Allah menjamin kita takkan masuk ke neraka. InsyaAllah.

Jom kita atur langkah kaki kita, menuju ke destinasi yang abadi, jangan ragu n bentangkan di hati semangat waja agar tidak rebah dipukul badai walau badai tsunami datang, langkah kita pasti dijalan yang betul kerana itu langkahlah dengan keimanan dan ketakwaan. Indahnya dunia ini namun indah lagi jika langkah kita menuju destinasi yang abadi iaitu akhirat.

Hari ini n semalam tetap sama, tiada yang berubah namun kadang-kadang niat kita akan selalu berubah bila kita diusik dengan seribu persoalan namun jangan sampai hati kita berubah untuk kita berpaling pada Allah swt.

Jom kita atur langkah kita dengan senyuman, kesabaran, keimanan dan ketakwaan, berjalanlah dengan rasa damai sehingga kita sampai ke destinasi yang abadi, kerana dunia ini hanyalah persinggahan kita sementara.