Friday 13 May 2011

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Ali r.a

DARI DESTINASI KE DESTINASI 2

Ku mengorak langkah kaki kedestinasi yang hendak kutuju dan aku terus berjalan dan berjalan sehingga kakiku berhenti di destinasi yang kedua dalam kembara mencari ilham di hati, lalu kubuka pintu rumah itu, dan terjumpa kata-kata yang penuh bermakna dan bernilai yang boleh kita kongsi bersama………………


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

Luahan hatiku 1


Dulu aku leka dalam mengejar cinta seorang kekasih dan hari ini aku telah menerima ketentuanNya.

Ya Allah betapa hamba mu ini telah jauh dari sisiMU. Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku.

Airmata ku mengalir saat ku sebut namaMU. Luasnya CintaMU tak sebatas sempadan, walau berjuta permata namun tak akan mampu melawan Cinta kepada Allah.

Saat ku sebut ASTAGAFIRULAALAZIM hatiku berkata ruginya aku sebagai hamba Allah tidak dapat mengapai nikmatnya cinta Allah.

Ya Allah Ya Tuhan ku betapa lemahnya aku didalam dugaan yang ENGKAU berikan.

SUBAHANALLAH. Maha suci Allah yang telah mengurniakan aku akal n fikiran bagi menyedarkan aku siapa aku disisi Allah.

Aku bukan milik sesiapa, aku hanyalah milikmu Ya Allah.

Masih jauh kaki ku melangkah dalam mencari Nur Kasihmu Ya Allah.

Tenangnya hatiku saat ku sebut namaMU Ya Allah.

Bergetar tubuhku saat ku sebut namaMU Ya Allah.

Ternyata aku belum cukup iman dihati.