Friday 13 May 2011

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Ali r.a

DARI DESTINASI KE DESTINASI 2

Ku mengorak langkah kaki kedestinasi yang hendak kutuju dan aku terus berjalan dan berjalan sehingga kakiku berhenti di destinasi yang kedua dalam kembara mencari ilham di hati, lalu kubuka pintu rumah itu, dan terjumpa kata-kata yang penuh bermakna dan bernilai yang boleh kita kongsi bersama………………


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

No comments:

Post a Comment