Sunday 9 October 2011

Bicara kita

senyumanmu dan kasihmu menusuk
membelai kalbu sejak detik pertemuan
tiada kata seindah bahasa dapatku huraikan
tentang kesucian kasihmu..
ia terlalu indah untukku..

ku ukirkan senyumanmu dihatiku sebagai penguat kasih kita..
keindahan hubungan kita adalah hiasan
yang terindah didalam hidupku..

kemanjaan mu
keindahan bicara mu yang menenangkan
kita rindukan tiap suasana yang kita miliki bersama mu
esok pasti perasaan ini tidak berubah
rasa rindu ini semakin hari
semakin kuat..semakin mesra..semakin sebati dalam diri kita

kotak fikiran kita sentiasa mengingatimu
lusa pula pasti kita tetap dengan rasa rindu ini
kerana mu adalah insan yang ku sayang
rindu kita tetap disini menanti
hari ini, esok, lusa dan selamanya
rindu ini akan sentiasa menemani

kita adalah insan paling istimewa
mengajar kita erti rindu yang sebenarnya

No comments:

Post a Comment