Tuesday, 6 December 2011

Saranghae Min Yu & Yu Sun ~ 3

“Napelah korang berdua nih suka bergaduh like dog and cat, tak boleh nak berjumpa mesti bertekak, korang nih ada masalah ke, kalau ada bawa lah berbincang, kita nih kan satu sekolah tak kan selalu bermusuh, kau tak kasihan ke ngan dia tuh min yu”. Ujar khairul bila melihat kawannya tuh suka cari gaduh ngan awek cun kat sekolah mereka.

“Aku sebenarnya tak ada masalah dengan yu sun tuh khairul, tapi dia je yang selalu cari gaduh ngan aku, tak pernah tegur aku cara baik, dia selalu cari kesalahan yang tak pernah aku buat. Macam tak ada modal nak cari gaduh ngan aku. Atau dia sengaja buat begitu kat aku, manalah tahu dia syok kat aku nih, kan khairul betul tak. ”

“Dah mula tuh layan perasan, mana lah aku tahu dia syok kat kau ?, atau kau yang ada hati kat dia tuh, betul tak min yun.” Usik khairul.

“Sorry ye kawan, aku ada hati kat dia, no way, aku tak nak kat dia tuh, dahlah garang macam harimau, not my taste.” Balas min yun .

“Jangan sombong lah kawan, tak baik cakap begitu, Tuhan tuh maha mendengar, kalau dah memang di takdirkan korang berdua tuh jatuh cinta, korang tak akan mampu melawan takdir dan suratan-Nya. Baik kau simpan kata-kata kau tuh, jangan sampai menyesal di kemudian hari”. Khairul sempat lagi memberi nasihat untuk kawannya tuh agar jangan terlalu ego. Kita Cuma manusia biasa  yang mampu merancang namun Tuhan yang menentukan.

“Insya-Allah aku ingat kata-kata kau tuh khairul, aku bukannya egolah, aku Cuma cakap yang betul je, kalau boleh aku tak nak kapel ngan dia tuh.” Balas min yun.

“Jangan sombonglah kawan, kita tak akan tahu tentang esok dah hari seterusnya, entah hari2 seterusnya korang berdua jatuh cinta, manalah tahu korang kawen.” Usik khairul membuat min yun ketawa.

“Pelah kau nih khairul, ada2 jelah, semoga dijauhkan aku dan yu sun tuh”. Balas min yun.

“Hish, kau nih min yu, aku cakap yang betul nih, jangan cakap begitu yang kau tak nak ngan dia tuh, kita tak kan tahu perancangan Tuhan macam mana ?, manalah tahu kau dan dia ada jodoh.” Khairul dah macam ustaz pilihan pulak.

“Ya lah ustaz khairul, kau jelah yang betul, aku je yang salah.” Min yun dah mula merajuk bila di tegur oleh khairul.

“Aku bukannya apa min yu, aku tak nak kawan aku akan menyesal, masa tuh baru kau nak terkejarkan si yu sun.” Khairul tak ingin melihat min yun terlalu emosi dan tak tahu membezakan yang mana betul dan salah.

“Janganlah serius sangat khairul, kita kan masih belajar lagi, kita kena tumpukan perhatian pada pelajaran kita tuh, aku nak kejar cita2 bukannya nak kejar cinta. Biarlah cinta itu datang kemudian. Soal cinta ini bukannya boleh di fikir sehari dua, ia perlukan lebih dari itu.” Balas min yun.

“Pandai juga kawan aku nih”. Usik khairul senang melihat min yu dapat berfikir dengan baik, aku je yang terlalu mengikut perasaan detik hati khairul.

“Aku tak pernah pun nak lari dari hakikat cinta cuma buat masa ini aku nak tumpukan pada yang penting dalam hidup aku ini. Aku bukan benci sangat kat yu sun tuh cuma aku geram je dengan perangainya tuh yang kadang2 buat aku sakit hati.” Ujar min yu.

“Sabarlah ye min yu, aku tahu kau nih kan penyabar, jangan di amik hati sangat perangai yu sun tuh dah memang begitu perangai  dia, tapi sebenarnya hati yu sun tuh baik Cuma kadang2 perangai dia tuh manja sangat.” Balas khairul.

“Baiklah ustaz khairul, nanti aku ajak hati aku nih agar selalu bersabar dalam menghadapi kerenah dia tuh.” Usik min yu (boleh ke aku bawak bersabar dengan perangai yu sun yang terkadang melampau batas).


No comments:

Post a Comment