Tuesday 9 August 2011

Perancangan Allah


Mungkin ALLAH dah takdirkan kehidupan kita sama, Cuma berbeza. Awak dengan kehidupan awak, dan saya dengan kehidupan saya. Saya mahukan jati diri yang hebat seperti awak, awak mahukan suasana hidup saya. Tetapi, apa yang kita nak, bukan semua yang kita akan dapat. ALLLAH bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
ALLAH letakkan awak dalam situasi sebegitu, sebab ALLAH nak letakkan saya dalam situasi begini. ALLAH susun dah cukup baik. ALLAH tahu awak kuat untuk hidup dalam kehidupan awak dan saya lemah jika saya berada dalam situasi awak.
Saya tak kuat dan tak hebat macam awak, sebab itula ALLAH letakkan saya dalam zone yang selesa dan selamat. Alhamdulillah. Bukan bermakna ALLAH letakkan awak dalam zone itu, ALLAH tak sayang awak, tetapi ALLAH lebih sayang. ALLAH beri kita ujian sebab mahu tingkatkan taqwa dan tebalkan iman kita.
Kan ALLAH ada kata bahawa DIA tidak akan membebankan hambaNYA luar dari kemampuan kita! Jadi, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita dapat. Jika tak mampu bersyukur dengan nilai yang kecil, mesti lagi susah mahu bersyukur dengan nilai yang banyak. Jika tak syukur bimbang akan menjadi kufur nikmat pula. Minta dijauhkan!
Awak….tolong jaga hati baik-baik tau. Awak jangan rosakkan dia, kalau ada luka, cepat-cepat sembuhkan, kalau ada cela, cepat-cepat hapuskan.


Semoga apa yang kita rancang tetap di kotak kawalan kita, jagalah hatiku dan aku akan menjaga hatimu....sebaik-baiknya kerana hati kita milikNYA....janganlah kita sia-siakan....

No comments:

Post a Comment