Wednesday 22 June 2011

Kenangan yang berlalu


Mencari sesuatu yang hilang bukannya mudah, kita terpaksa mengharungi semua liku-liku kehidupan.

Menjelma lagi kenangan itu membuat hati ku terluka lagi apakah aku mampu bertahan disetiap kenangan itu dan kini kau datang kembali lagi bersama janji yang lama sedangkan kau tahu kenangan itu telah lama berlalu dan tak akan kembali lagi bersama cinta kita...............

Sendunya hati ku disaat kau berbicara lagi dan berbicara, sedangkan kita tiada lagi yang perlu di katakan lagi, semuanya telah pergi di saat kau tinggalkan aku........

Tidak kau merasa kepahitan yang telah aku lalui, bukannya aku yang bersalah terhadapmu, tidak kah kau tahu hati aku telah dimiliki orang lain............

Mengapa kau kembali, sedangkan kau yang dulu memutuskan percintaan kita...............

Walaupun bicara mu kali ini amat menyentuh hati ku namun semua itu dah terlambat untuk kita memperbaiki kisah cinta kita.......
Dengarlah jeritan hatiku bila berkata aku telah merelakan n melepaskan kenangan kita dulu bersama rindu-rindu yang hilang semenjak hati terluka kerana mu............

Oh oh oh tidak kah kau memahami setiap tutur bicara ku ini.......
Oh oh oh tidak kah kau merasa sakit di hati............

Susun lah langkah kaki mu menuju destinasi yang baru, walau kita tidak bersama lagi untuk sekian kalinya......................

Aku tidak pernah berdendam terhadapmu kerana kau adalah insan yang pernah ku sayang n cintai.............

Senyumlah kepada ku agar hati aku tahu bahawa kau telah benar-benar merelakan aku pergi dari hidupmu...........

No comments:

Post a Comment