Thursday, 9 June 2011

Menangis kerana tidak dapat menangis...



Tidak ada kata-kata yang dapat saya gambarkan perasaan saya buat masa ni.. Sungguh,saya rindu untuk menangis.. Menangis atas nama rindukan ALLAH..Menangis atas nama mensyukuri nikmatNya,menangis atas nama takut akan kebesaranNya dan menangis atas nama cintakan DIA... Mungkin sahabat-sahabat semua dapat bayangkan betapa jauhnya saya sekarang kan? Betapa kerasnya hati ini...Kerana tidak mampu lagi untuk menangis...Tapi itulah hakikat.. Segunung perasaan segan menyelubungi diri ini ketika artikel ini dicoret.. Tapi itulah realitinya.. Itulah kenyataan..

Saya tidak tahu kenapa hati ini,air mata ini amat payah untuk menitis.. Menitis kerana takutkan ALLAH..menitis kerana rindu akanNya... Masih ingat sewaktu saya masih menjadi pelajar UMS,air mata tidak segan silu untu menitis.. Menitis menghitung dosa...dan menitis menghitung nikmat yang diberikan..

Kemana hilangnya saya..? Terlalu jauhkah saya tersasar sehingga hati ini begini keras..? Banyak sangatkah dosa-dosa yang saya lakukan sehinggakan air mata ini tidak mahu lagi menyebelahi saya? Bedebar rasa hati,sejuk kaki tangan,bergetar jari jemari bila memikirkan keadaan diri ini sekarang.. Kata-kata naqibah suatu petang di surau UMS bermain dan berlegar difikiran saya..

“Jangan zalimi diri sendiri.. Sayangkan diri sendiri..”
Zalimi diri sendiri? Nauzubillah..tidak.. Saya tidak sanggup.. Saya tidak mahu tergolong dalam golongan yang alpa... Hidayah yang diberikan dibiarkan pergi begitu sahaja.. Tidak Ya ALLAH.. Namun,saya tetap lemah.. Meraba-raba di dalam kegelapan.. Seolah terumbang ambing di lautan yang luas.. Di mana salahnya? Di mana pincangnya?

Ya ALLAH..aku hambaMu.. manusia yang diciptakan dengan penuh kelemahan.. Dengan sejuta kedaifan.. Tanpa petunjuk dan sinar hidayahMu aku hina di atas bumiMu.. Kau gengamlah tanganku agar aku dapat terus bertatih.. Merangkak dalam dunia Mu yang penuh pancaroba ini.. Aku tidak kuat tanpa kekuatan MU..Aku bodoh tanpa kepandaianMU,aku hina tanpa rahmatMu..

Ya ALLAH,yang maha mengetahui isi hati..yang lebih dekat dari urat nadiku.. Aku hanya memohon kepada Mu kerana hanya Engkau yang layak untuk menerima perpohonan Ku,kerana Engkau adalah ALLAH..satu-satunya tuhanku yang layak dah wajib disembah.. Ya ALLAH,jangan biarkan aku terus hanyut mengejar dunia sehingga melupakan akhirat Mu,sungguh Ya ALLAh,aku manusia yang cepat alpa dan terlupa dan Engkaulah Maha Mengetahui segala sesuatu..

YA ALLAH,jika kesusahan adalah jalan terbaik untuk aku terus kembali kepada Mu,terus menyusuri jalanMU,terus memperoleh kasihMu,terus mendapat rahmatMu,aku redha Ya ALLAH,andai itu yang dapat mendekatkan aku dengan Tuhan Ku Yang Satu... aku terima segalanya dengan hanya terbuka kerana cinta ini hanya untukMU.. Aku mohon..tersangat bermohon kepadaMU... Tetapkan hati ku ini dijalanMU..kerana kesudahan ku nanti hanya Engkau men
getahuinya... Amin..






Sumber dari : http://wardahnailah.blogspot.com

Wednesday, 8 June 2011

Semuanya Kerana Allah

Setiap airmata ku,
hanya ku serahkan kepada mu Ya Allah,
Setiap nafas ku,
hanya ku serahkan kepada mu Ya Allah,
Setiap degup jantung ku,
Hanya ku serahkan kepada mu Ya Allah
 Aku takut kepadamu Ya Allah,
Aku takut kepadamu Ya Allah,
Yang mencipta aku dari segumpal tanah,
Yang mencipta Langit dan bumi,
Yang mencipta Matahari dan bulan,
Yang mencipta Segala-galanya.

Nikmatnya Jika mencintai Allah,
Jika dapat berdialog dengan Allah,
Pastinya jika cinta kepada Allah berbeza
Hingga sanggup menyerahkan nyawa kepadaNYA.
  Apa yang pada kita,
Apa yang kita miliki,
Bukannya milik kita,
Kerna itu semuanya milik Allah,
Kita hanya meminjamnya di dunia ini,
Bila tiba masanya
Akan kembali kepada Maha Pencipta




Berbicara lagi tentang hati, sahabat n cinta

Teman, kita berbicara lagi dari hati ke hati namun bicara kita bukan berkisar tentang sahabat ianya tentang hati kita, nampaknya hati kita telah membawa kita dari haluan yang berlainan, sepatutnya kita tidak melayan apa yang telah kita rasai, jangan sia-siakan persahabatan kita hanya sekadar hati kita telah bersemi bibit-bibit cinta. Jangan korbankan persahabatan kita hanya kerana kita telah jatuh cinta kerna cinta sahabat lebih baik dari cinta seorang kekasih......
Aku tak ingin kehilangan seorang teman hanya sekadar kita telah terlanjur mencintai namun salahkah aku jika membuat keputusan untuk memilihmu hanya sebagai teman dan tidak sebagai kekasih, kejam sangatkah tindakan aku ini terhadapmu, aku memilih keputusan ini untuk kebaikan kita bersama kerana kita tiada jodoh sebagai kekasih. BETUL ATAU SALAH...........
Pernahkah kita terfikir kenapa kita boleh terlanjur sejauh ini?
Kita membiarkan hati kita mengawal segala-galanya, sedangkan kita  telah berjanji n berjanji dan janji kita hanya sebagai seorang sahabat , namun jauh disudut hati ini, hatiku milikmu............

“Kau kata cinta padaku....”
“Namun aku mengatakan aku tidak cinta padamu....”
Itulah jawapan yang yang hanya mampu aku buat untukmu kerna aku telah dimiliki oleh seseorang dan orang itu bukannya dirimu wahai teman ku........
Antara cinta sahabat dan kekasih................
Apakah kita mampu membuat pilihan?......................