Monday, 27 June 2011

Semuanya kerana cinta Allah



Jika mahu cintaku…
Carilah dahulu cinta Allah..

Jika mahu rinduku..
Rindulah Allah dan rasulnya dahulu..

Jika mahu sayangku..
Sayangilah dahulu agamamu lebih dari diriku..

Jika sayang diriku..
jauhilah aku sebelum masanya..

Jika ikhlas dengan diriku…
jauhkan aku dari zina..terutamanya zina hati..

Jika cintamu sejati untuk ku..
cintailah aku kerana Allah..

Jika pilihanmu aku..
pilihlah kerana agamaku..bukan yang lain..

Jika setiamu padaku..
setialah kerana untuk mendapat redha Allah..

Jika kau mahu peliharaku..
peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu..

Yakinlah..
Andai Allah tentukan aku milikmu..
Aku tetap milikmu..

Yakinlah..
Andai Allah tentukan aku bukan milikmu..
Itu yang terbaik untukmu..

Ketahuilah..
Diriku juga mncintaimu..
suntinglah diriku..dengan caranya..dan pada masanya..

Sunday, 26 June 2011

“Kekayaan yang paling kaya ialah akal,

kemiskinan yang paling besar ialah bodoh,

keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri,

dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik”

Setiap masa n waktu




Setiap masa
Setiap waktu
Dugaan selalu hadir
Tanpa di pinta
Tanpa di duga

Setiap masa
Setiap waktu
Kesedihan selalu hadir
Tanpa di pinta
Tanpa di duga

Setiap masa
Setiap waktu
Kegembiraan selalu hadir
Tanpa di pinta
Tanpa di duga

Setiap masa
Setiap waktu
Kekecewaan selalu hadir
Tanpa di pinta
Tanpa di duga

Setiap masa
Setap waktu
Dugaan, kesedihan, kegembiraan dan kekecewaan
Adalah lumrah kehidupan

Walau sejauh mana kita pergi
Ia takkan lari dari kita

Hanya ketabahan
Hanya kesabaran
Yang mampu membuat kita bertahan
Yang mampu membuat kita matang

Jangan pernah menyalahkan nasib
Jangan pernah menyalahkan takdir

Setiap apa yang berlaku
Setiap apa yang terjadi
Pasti ada cerita di sebaliknya
Pasti ada hikmah di sebaliknya

Senyumlah walau terluka
Senyumlah walau menangis
Senyumlah walau kecewa
Senyumlah walau derita
Pasti ada bahagia menanti
Pasti ada nur menanti
Yang pasti cinta Allah
Cinta yang abadi