Thursday, 16 June 2011

Duhai hati

Duhai Hati…
Kepedihan ini sangat dirasakan. Pelbagai persoalan yang timbul, pelbagai alasan yang tercipta. Kenyataan yang cuba didustakan amat menghimpit rasa.
Duhai Hati…
Semoga ketenangan akan datang menyusul, agar damai haluan ini.
Ya Allah, salahkah hati cuba mendustakan demi kepastian yang dinanti?
Duhai Hati…
Tabahlah menghadapi kepedihan ini, semoga damai yang dicari ditemui.
Ya Allah, hati ini memohon petunjuk dan hidayah Mu~~agar hati ini sentiasa damai dihaluan ini. Walau kepedihan amat dirasakan lantaran dusta yang dizahirkan.
Duhai hati....

Ikhlas kan lah hatiku agar dapat menerima setiap cobaan dan dugaan yang telah ditetapkan untuk ku.

Duhai hati.....

Gembira kan dirimu agar sentiasa damai bertakhta di hati, jangan kau cuba mendustai kata hatimu kerna itu bukannya milikmu.

Duhai hati....

Berjalanlah di haluan yang betul, jangan tersalah tempat untukmu berada.

Duhai hati...

Indahkanlah hatimu n mekarlah selalu n ceria selalu n damailah selalu .
Duhai hati ooo duhai hatiku
Cerminkan lah aku didasar paling dalam
iaitu keimanan...
Dan sesungguhnya,
Hati ini milikmu Ya Allah.



Cinta sejati tumbuh selepas akad nikah

CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud: “Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘salihah’ supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 14)

Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan.”

Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu.” (Hadis riwayat Tabrani)

Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al Isra', ayat 32)

Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.

Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita.

Wednesday, 15 June 2011

Pemuda Yang Retak Hatinya


Kisah Orang-Orang Yang Di Tolong Allah

Kisah kedua

Di kalangan Bani Israil ada seorang pemuda fasik. Penduduk kota dibuatnya resah oleh kefasikan dan kejahatannya. Mereka mengeluhkan perbuatan pemuda itu kepada Tuhan.

Firman Allah sampai kepada Musa untuk mengusir pemuda dari kota. Kalau tidak, api murka Allah akan turun kepada penduduk kota. Musa mengasingkan pemuda itu di kawasan perkampungan. Lalu, difirmankan kepadanya untuk mengusirnya dari kampung itu juga.

Nabi Musa Alaihissalam pun sebagaimana perintah Allah mengeluarkannya dari desa itu. Pemuda itu pergi ke gua sebuah gunung yang didalamnya tidak ada seorang manusia, tidak seekor binatang, dan tidak satu tanaman pun.

Setelah sekian lama tinggal di dalam gua itu, dia jatuh sakit. Tiada di sampingnya seseorang yang merawat. Hatinya hancur. Dia letakkan wajahnya di atas tanah menyesali dirinya. Dia berdoa, “Tuhanku, jika sekarang ibuku ada di sisiku, dia pasti menangis dan sangat sedih atas keterasingan dan kesendirianku.
“Jika sekarang ayahku ada di sisiku setelah kematianku, dia pasti memandikan, mengkafani dan mengebumikanku.
“Tuhanku, jika isteri dan anakku berada di sampingku, mereka pasti mengadakan majlis duka dan tangis untukku. Mereka akan mendoakanku.
“Ya Allah, ampunilah anak dan ayah kami yang terasing ini, yang tak terdaya, yang berdosa, dan terusir dari satu negeri ke negeri lainnya, dari desa hingga ke gua sebuah gunung.
“Tuhanku, tetapi kini telah Engkau pisahkan aku dari mereka.
“Janganlah engkau jauhkan aku dari kemurahan dan rahmat-Mu.
“Telah Engkau bakar hatiku dengan jauh dari keluargaku. Janganlah Engkau bakar aku dengan api murka-Mu kerana dosa-dosaku.”

Saat itu muncullah lautan rahmat Allah. Allah yang maha Penyayang mengutus seorang malaikat berwajah ayahnya, seorang bidadari berbentuk ibunya, dan satu bidadari lagi berwajah isterinya serta pelayan-pelayan muda berbentuk anak-anaknya. Mereka duduk di sampingnya dan mengadakan majlis tinggi dan duka untuknya.

Pemuda itu gembira. Dia menyangka mereka itu keluarganya. Dengan senang hati dan penuh harapan, dia menutup mata dari alam dunia. Melangkah cepat ke alam baka.

Saat itu diserukan kepada Nabi Musa Alaihissalam, “Wahai Musa, seseorang dari kekasih kami telah meninggal dunia di suatu daerah, pergilah ke sana ! Mandikanlah dia dengan tanganmu sendiri, kafani, solatkan dan kebumikanlah dia.”

Musa Alaihissalam pergi ke tempat itu. Diperhatikannya pemuda yang telah dia usir dari kota dan desa pada suatu hari dahulu.

Allah berfirman kepada Nabi Musa, “Wahai Musa, aku mengasihinya kerana rintihannya yang menyayat dan keterpisahan dari keluarganya. Kerana kerendahan dirinya, telah Aku utus beberapa bidadari dan malaikat berwajah keluarganya supaya mereka mengadakan majlis duka dan tangis untuknya.

“Wahai Musa, saat seorang terasing meninggal dunia, para malaikat langit menangis kerana keadaannya yang amat kasihan. Bagaimana Aku tidak mengasihi atas keadaanya sementara Aku adalah Maha Penyayang di antara yang penyayang?”


So macam mana dengan cerita ini..............
Best tak, tentulah best kan, sekali sekala nak juga dengar cerita yang sebegini, bukan sekali sekala tapi kena selalu............... jangan selalu nak melayan cerita cinta je................... wink2
Itu je untuk hari ini, di lain masa n waktu , ada lagi ceritanya, so jangan ketinggalan, ya adik-adik ku sayang.