Sunday, 12 June 2011

BERITA GEMBIRA DARI TUHAN

Kisah Orang-Orang Yang Di Tolong Allah

Kisah pertama;

Pada zaman Rasulullah s.a.w, hiduplah seorang yang berwajah sangat buruk, namanya Dzun Namrah (namrah ertinya wajah berbintik-bintik). Pada suatu hari, dia menemui Rasulullah s.a.w.
  
“Ya Rasulullah, amal-amal apakah yang telah Allah wajibkan kepadaku?” tanya Dzun Namrah.

Allah telah mewajibkan kepada kamu tujuh belas rakaat setiap hari, berpuasa bulan Ramadan, haji ke Baitullah kalau mampu, dan berzakat,” jawab Nabi.

“Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan kebenaran, selain kewajipan-kewajipan itu, aku tidak akan melakukan lainnya, “ Kata Namrah.

“Mengapa begitu, Wahai Dzun Namrah ?” tanya Nabi.

“Kerana Dia telah menciptakanku berbentuk buruk dan bermuka jelek ini!”.

Pada saat itu Jibrail turun menemui Nabi dan berkata: “Ya Rasulullah, Tuhanku berkata: “Sampaikan salam dariku kepada Dzun Namrah dan katakan padanya, “Mahukah Allah menjadikanmu tampan berwajah seperti Jibrail pada hari kiamat nanti saat kamu dikumpulkan?”

Rasulullah s.a.w. menyampaikan khabar gembira (Bisyarah) dari Allah melalui Jibrail kepada Namrah.

Setelah mendengar kata itu, dia berdoa: “Ya Allah, aku bahagia! Tuhanku, Demi Keagungan-Mu sungguh aku pasti akan melakukan amal baik dan soleh supaya Engkau reda”.


Pengarah Dari: Mahdi Shahib Hunar
Penterjemaah: Syahrin Jasah
Mungkin kita seringkali berfikiran bahawa seseorang yang telah bergelimang dosa dan hanyut dalam lamunan, tidak akan diampuni lagi oleh Allah, meskipun setelah bertaubat dan mengharapkan rahmatNya. Dengan cara berfikir seperti ini, kita malah kian terperosok ke dalam lumpur dosa. Sebaliknya, Allah pasti akan mudah menolong, memaafkan dan mengampuni hamba-Nya jika benar-benar bertaubat.

Saturday, 11 June 2011

salahkah aku jika ingin menangis????sebabnya hanya Allah yang mengetahui apa yang terbuku kt dalam hati aku nih.


adakah aku menangis lepas aku nonton cite wedding dress or ada sebab yang lain, entahlah...aku ingin menangis hanya keranaNya namun d masa yang sama aku menangis sbb yang lain..........berdosakah aku????......betapa lemahnya aku sebagai hambamu Ya Allah Ya Tuhan Ku.............